كلام
الجماعي عن الصحابة
أهلا
وسهلا يا مشاهدون
Selamat
datang para hadirin
السلام
عليكم ورحمة الله وبركاته
Assalamualaikum
w.b.t
يا
أصدقائنا
Wahai
kawan-kawan kami
نحن
من فرقة الأكاديمية الإسلامية
( )
Kami dari
kumpulan Akademi Islam (C)
نحن
سنلقي إليكم القصة...
Kami akan
menyampaikan kepada kamu semua sebuah cerita
ندرس
في الجامعة بسلنجور
Kami
belajar di Universiti di Selangor
وهي
الكلية الجامعية الإسلامية العالمية بسلنجور
Dan ianya
ialah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
أوه
...مشهور جدا
Ohh, ia
sangat terkenal
وهنا
تجد بحيرة
Di sini
terdapat tasik
جميل!
جميل! جميل
Cantik!
cantik! cantik!
نعمل
الرياضة حول بحيرة دائما
Kami
beriadhah di sekeliling tasik
Tingtong!!!
الآن
, الساعة إثنا عشر للغداء
Sekarang ,
jam 12 tengahari untuk makan tengahari
نأكل
معا في
Kami makan
bersama-sama di …
First Café!
مطعم Tiga Abdul!
Starbucks!
Nursing!
لذيذ!
Lazat!
الحمدلله
Syukur kepada Allah
في نهاية الأسبوع
Pada hujung
minggu,
الرحلة
إلى
Bersiar-siar
ke…
Mid Valley!
Pavillion!
Time Square!
The Mines!
نحن
معا دائما في وقت سعيد والحزن
Kami
sentiasa bersama-sama pada saat suka dan duka
#صوت بكي
(Suara menangis)
![]() |
لا
تحزن! لا تحزن!
Jangan
sedih! Jangan sedih!
إن
الله معنا
Sesungguhnya
Allah bersama kita
في
نهاية التمهيدية
Di akhir
asasi …
نحن
حصول بالنجاح
Kami
mencapai kejayaan!!
ممتاز!
ممتاز! ممتاز
Cemerlang!
Cemerlang! Cemerlang!
يا
الأصدقاء
Wahai
kawan-kawan…
نحن
نحب أصدقائنا
Kami sayang
kawn-kawan kami …
Muahx!
نحن
الاصدقاء ابدا ابد
Kita
sahabat untuk selamanya
نحن
معن ابدا ابد
Bersama
selama-lamanya
أنتم
و أنا أصدقاء أبدا أبد
Kau dan aku
sahabat selama-lamanya ..
أبدا
أبد أوفيا
Selama-lamanya
… setia~
الآخر
Ada lagi ..
يجد
المسجد الأزهر
Terdapat
Masjid Al-Azhar
كبير!
كبير! الله أكبر
Besar!
Besar! Allah Maha Besar
نصلي
جماعة كل وقت
Kami solat
berjemaah setiap waktu
صبح
,ظهر,عصر
Subuh
,Zohor, Asar,
مغرب,
عشاء
Maghrib,
Isyak
ررررررييييننننغغغ
Krriiing
!!!!!
تدل
الساعة الثامنة صباحا
Jam
menunjukkan 8 pagi
كان
الوقت لذهاب إلى الفصل
Telah tiba
masa untuk ke kelas
نناقش
عن الدرس معا
Kami
berbincang tentang pelajaran bersam-sama
صباح
الخير يا المحاضر
Selamat
pagi guru
صباح
النور يا الطلاب
Selamat
pagi pelajar-pelajar
اهلى كلام
الجماعي
1-
MUHAMAD
RIDHWAN BIN OMAR
2-
AHMAD NAJIB
BIN OTHMAN
3-
MOHD HAIKAL
BIN MUHAMAD YUSOP
4-
MUHAMMAD
FIRDAUS BIN RAMLY
5-
MOHD
FAKHRULLAH BIN MOHAMAD
6-
MUHAMMAD
AMIRUL BIN SYEDDIN ALMUSTAKIM
7-
NURHAFIZAH
BINTI AHMAD SABRI
8-
IZZATUL
IQLIMA BINTI ABD LATIF
9-
NASIHAH
BINTI NORISHAM
10- NON
FARIZAH BINTI OTHMAN
11- UMMI
FARAH HANIM BINTI SOHAIMI
12- NUR
SYAIRAH BINTI YUSOP
13- NUR
ALYA ADIBAH BINTI MOHD RAFIE
14- NURAQILAH
BINTI NORAZAHAR
15- AQILAH
BINTI KAMARULZAMAN
16- SOBAHINNUR
BINTI MOKHTAR
17- SITI
MURSYIDAH BINTI MD NOOR
18- NUR
HUSNINA BINTI MOHD KHALID
19- NURUSSYAFIAH
BINTI MUHTARUDDIN
20-
SYAHIRAH
ATHIRAH BINTI ALI
|
MELAKA, PAHANG KUIS SEMUA DALAM BLOG INI ADALAH HASIL ASSIGNMENT YANG PERNAH DIBUAT SELAMA ASASI DAN DEGREE :)
Translate
Saturday, September 12, 2015
KALAM JAMAIE- SAHABAT
OBSESSIVE CUMPLOSIVE DISORDER, WAS-WAS
ISI KANDUNGAN
TOPIK 1 : PENGENALAN
1.1 : PENGENALAN ANXIETY (KECEMASAN) 2
1.2 : PENGERTIAN KECELARUAN
OBSESIF-KUMPOLSIF(OCD) 3
TOPIK 2 : SIMPTOM- SIMPTOM OCD
2.1 : KERAP KALI MENBASUH TANGAN 4
2.2 : KERAP KALI MEMERIKSA 4
2.3 : KERAP KALI MENGHITUNG DAN MENGULANG 5
2.4 : JIJIK TERHADAP BAHAN BUANGAN 5
TOPIK 3 : RAWATAN- RAWATAN
3.1 : PSIKOTERAPI 6
3.2 : TERAPI KOGNITIFR TINGKAH-LAKU 6
3.3 : UBAT-UBAT YANG DISARANKAN OLEH
PSIKIATRI 7
TOPIK 4 : OCD MENURUT PERSPEKTIF ISLAM 8
& 9
KESIMPULAN 10
& 11
TOPIK 1.1 :
PENGENALAN KECELARUAN KEBIMBANGAN (ANXIETY DISODER)
Kecelaruan keresahan berdasarkan
pengertian umum adalah suatu perasaan takut atau kebimbangan terhadap sesuatu
perkara yang belum berlaku lagi. Menurut Drever (1952), kebimbangan adalah
perasaan takut yang kronik dan ia wujud dalam pelbagai jenis kecelaruan mental
dan saraf. Altrocchi (1980) menyebut berdasarkan pandangan ahli psikologi
mentakrifkan kebimbangan sebagai perasaan yang hadir dalam diri seseorang
walhal perkara tersebut dikenal pasti belum berlaku dan ia hanya sebagai tindak
balas terhadap tindak balas dalaman yang tidak realistik.
Pesakit yang menghidapi penyakit
ini akan mengalami beberapa symptom seperti berpeluh dan degupan jantung yang
deras dan kuat. Ini menyebabkan pesakit sukar untuk meneruskan kehidupan
harian.Di bawah kecelaruan kebimbangan ini terdapat lagi beberapa penyakit
iaitu Generalized Anxiety Disorder (GAD), Obesessive Compulsive Disorder (OCD),
Panic Disorder, Social Anxiety Disorder dan fobia spesifik.
Apa
yang kami tekankan disini ialah penyakit Obesessive Compulsive Disorder (OCD)
atau dikenali sebagai Kecelaruan Obsessif Kompulsif.Kecelaruan obsessif
disorder ialah satu penyakit mental dimana pesakit mengalami perasaan bimbang
yang keterlaluan sehingga melakukan sesuatu perkara berulang kali.Tanda-tanda
kecelaruan yang membimbangkan ini wujud pada perkara yang paling ringan seperti
kerap membasuh tangan dengan berulang kali. Tanda-tanda ini boleh merenggangkan
hubungan sosial dan menganggu kehidupan pesakit . Ia juga seringkali
menyebabkan kesan buruk kepada emosi dan pengurusan diri pesakit.
Pesakit yang mengalami penyakit obsesif
kompulsif perlu dirawat dan didekati.
Penggunaan ubat-ubatan seperti Prozac dan Zoloft juga boleh ditetapkan oleh
seorang doktor untuk merawat penyakit ini. Seringkali doktor menggabungkan
penggunaan ubat-ubatan dan kaunseling untuk mereka yang menghidap gangguan ini
dan mereka mendapati bahawa pendekatan ini kerja-kerja yang paling baik.
TOPIK 1.2 :PENGERTIAN KECELARUAN
OBSESI-KUMPOLSIF
Obsesi
merujuk kepada idea, imej atau impuls yang tidak dikehendaki dan sentiasa
berulang-ulang memasuki fikiran seseorang. Obsesif ini terbina dalam diri
individu dan bertujuan untuk memenuhi kehendak kesempurnaan yang dibut oleh
dirinya sendiri tetapi hakikatnya sangat member tekanan kepada mereka. Manakala
kumpolsif ialah pengulangan perbuatan atau aktiviti mental yang dibina berdasarkan
satu peraturan yang mesti dilaksanakan secara tegar. Pesakit tidak akan berasa
bahagia dan tenang dalam melakukan sesuatu amalan dan sering kali gagal
menyempurnakannya dengan baik.[1]
Menurut
Davison dan Neale, gangguan obsesif kumpolsif adalah gangguan cemas dimana
fikiran seseorang individu itu dipenuhi oleh sesuatu bisikan yang tidak menetap
dan individu itu merasakan dia dipaksa untuk lakukan perbuatan itu berulang
kali.[2]
Individu
yang berisiko untuk mengalami gangguan ini adalah individu yang mengalami
permasalahan dalam keluarga mereka iaitu dari broken family yang mana ibu bapa
kurang memberi didikan dan dorongan kepada anak-anak. Kedua ialah factor
neurobiology dan ketiga adalah individu yang mengalami stress yang tinggi .
akhir sekali, individu yang berisiko terlibat ialah individu nyang mengaami
ganggual seksual.[3]
Beberapa gejala yang sering
muncul pada pesakit OCD iaitu seperti melakukan tindakan berulang-ulang kali .
hal ini dapat kita lihat pada seseorang yang membasuh tangan berkali-kali.
Selain itu, pesakit OCD selalu berasa resah. Sebagai contoh, apabila pesakit
OCD keluar daripada rumah. Mereka akan berfikir-fikir sama ada tombol pintu
sudah dikunci atau belum. Tambahan pula, pesakit OCD juga amat bimbang akan
kuman dan bakteria.
Oleh itu, pada dasarnya OCD tidak
berbahaya, akan tetapi perkara ini perlu ditangani kerana supaya individu tidak
mengalami stress yang melampau yang akhirnya boleh memudaratkan diri seseorang
itu.
TOPIK 2. : SIMPTOM KECELARUAN OBSESIF-KUMPOLSIF (OCD)
2.1
: KERAP KALI MEMBASUH TANGAN
SITUASI 1
Kisah James yang mengalami kecelaruan
obsesif kumpolsif sejak kecil lagi . Dia akan membasuh tangannya sebanyak 100
kali kerana bagi dia, tanpa berbuat sedemikian dia akan merasakan tangannya
tidak bersih dan tidak selesa. Rakannya, Ruby selalu memerhati tingkah
laku James itu,. Malah perbuatan itu
menjadi tabiat bagi James. Sejak itu,
Ruby mengetahui James mengalami permasalahan itu. Malah, sampai satu tahap
dimana James akan memakai sarung tangan untuk menyentuh sesuatu objek bagi
mengelakkan tangannya itu terkena objek tersebut. Namun begitu, dia akan tetap
mencuci tangannya beulang-ulang kali.[4]
2.2 :MEMERIKSA DAN MENELITI
SITUASI 2
Hal ini berlaku kepada seorang bekas pesakit yang mengalami masalah ini.
Pesakit ini sering kali melakukan perbuatan tersebut. Beliau akan memeriksa dan mengecek, sebelum
dan selepas keluar dari rumah perbuatan itu menjadi berulang-ulang kali dalam
beberapa minit seterusnya. Perilaku itu dapat dikenalpasti oleh diri pesakit
itu sendiri dan keluarga terdekat pesakit. Pesakit cuba mengawal perbuatan
kebiasaan itu namun tidak berhasil.
Pesakit akan berfikiran negatif sehingga perbuatan itu menjadi
berulang-ulang kali. Perkara itu telah menjadi kebiasaan pada pesakit itu.[5]
2.3 : MENGHITUNG
DAN MENGULANG
SITUASI 3
Di mana individu itu
mengalami perasaan ketidakpuasaan hati atau risau yang berlebihan sehingga
berfikiran untuk melakukan perkara sedemikian berulang-ulang kali. Individu ini
akan melakukan perbuatan seperti mengira sehingga nombor tertentu berhenti.
Kemudian, individu itu akan ulang mengira sehingga jumlah yang sama dengan
beberapa kali sehingga berterusan. Perilaku ini berlaku secara sedar oleh
individu itu sendiri bagi mengelakkan rasa cemas dan mengurangkan perasaan
stres pada diri. Malah, individu akan mengulang bagi memastikan perbuatan itu
benar-benar sudah dilakukan. Individu ini lebih banyak menghabiskan waktu lebih
dari satu jam dalam sehari dengan diri sendiri atau secara normalnya menganggu
had batasan seseorang itu untuk bersosial dan berhubung dengan orang lain.[6]
2.4 : JIJIK TERHADAP BAHAN BUANGAN
SITUASI 4
Mengisahkan seseorang individu yang terlalu obsess kepada
kebersihan sehingga terlalu jijik untuk
mengutip sampah atau bahan buangan yang terdapat di rumahnya sehingga satu
tahap dia membiarkan sampah tersebut di situ daripada mengutipnya. Hal sedemikian menyebabkan sampah semakin
bertambah tanpa ada sesiapa pun yang membersihkannya. Malah, individu ini akan
segera menukar pakaian atau kasut seandainya pakaian itu terkena bahan buangan
tersebut. Dapat dilihat disini, individu ini lebih mementingkan kebersihan diri
semata-mata tanpa memikirkan kebersihan sekelilingnya.[7]
TOPIK 3 : RAWATAN –RAWATAN
Kaedah rawatan yang lengkap dan diteliti oleh psikiatris dapat
membantu golongan yang mengalami kecelaruan Obsesif Kompulsif. Kaedah psikoterapi untuk gangguan obsesif
kompulsif umumnya diberikan hampir sama dengan gangguan kecemasan lainnya.
Rawatan segera amatlah diperlukan bagi tidak mengganggu rutin harian.
3.1 : PSIKOTERAPI
Antara rawatan bagi Obsesif Kompulsif ialah Psikoterapi. Kaedah ini melibatkan sesi bercakap tanpa
batasan antara psikiatri dengan orang yang mengalami Obsesif Kompulsif. Kaedah
ini dilakukan untuk menemui sebab sebenar yang membawa kepada keresahan,
mengenal diri, dan mengenal pasti kaedah alternatif yang sesuai untuk menangani
masalah mereka dengan lebih berkesan[8].
3.2 : TERAPI KOGNITIF TINGKAH-LAKU
Seterusnya, kaedah rawatan Terapi Kognitif-tingkah laku turut
membantu menyelesaikan masalah ini. Terapi ini mengubah cara mereka berfikir
dan memerhati keadaan di sekeliling mereka. Mereka juga akan belajar cara baru
untuk menangani keadaan yang mengganggu mereka dengan memberi pendedahan kepada
keadaan itu dengan cara yang teratur dan memberi kesan yang positif. Misalnya,
jika seorang penderita takut dengan kuman maka ia akan diajak untuk menyentuh
sesuatu yang dipercayai memiliki kuman dan tidak mencuci tangan. Hal ini
dilakukan secara terus menerus, sementara psikiatri akan terus memberikan
terapi yang pada akhirnya membuat kecemasan mereka menghilang. Terapi yang
cukup sukar dilakukan pada awalnya, namun cukup efektif.[9]
3.4 : UBAT YANG
DISARANKAN OLEH PSIKIATRI
Selain itu,
ubat-ubatan yang ditentukan oleh psikiatri seperti Selective
serotonin reuptake inhibitors (SSRIs)
yang dapat mengubah tahap serotonin dalam otak. SSRIs ini adalah Fluoxetine (Prozac),sertraline (Zoloft), escitalopram (Lexapro), paroxetin (Paxil),dan citalopram (Celexa).Ia bekerja terutama
pada terminal akson presinaptik dengan mendesak ambilan kembali
serotonin. Pendesakan ambilan kembali serotonin diakibatkan oleh ikatan
ubat (misalnya: fluoxetine) pada transporter ambilan kembali yang
spesifik, sehinggga tidak ada lagi neurotransmitter serotonin yang dapat
berkaitan dengan transporter. Hal tersebut akan menyebabkan serotonin
bertahan lebih lama di celah sinaps. Pengguanaan Selective Serotonin
Reuptake Inhibitor (SSRI) terutama ditujukan untuk memperbaiki perilaku
stereotipik , perilaku melukai diri sendiri, resisten terhadap perubahan
hal-hal rutin, dan ritual obsesif dengan ansietas yang tinggi Penggunaan
ubat untuk mengurangkan keresahan (anxiolytic) selalunya digunakan untuk
tempoh yang singkat untuk memberi kelegaan yang cepat sebelum timbulnya kesan
ubat lain.[10]
TOPIK 4 : KECELARUAN OBSESIF KUMPOLSIF
MENURU PERSPEKTIF ISLAM
Menurut
pandangan Islam, OCD merujuk kepada was-was iaitu fikiran-fikiran yang tidak
diingini datang ke dalam diri seseorang yang mana fikiran ini datangnya daripada
bisikan syaitan dan jin.[11]
OCD
menjadikan manusia sentiasa lelah dan penat melayan bisikan syaitan ke dalam
fikiran mereka yang mana manusia akan berasa tidak selesa dengan ibadah yang
mereka lakukan. Menurut Ibnu Qayyim dalam mentafsirkan ayat 5 surah Annas:
من الجنة و الناس
Maksudnya : “( Bisikan ) daripada jin dan
manusia”.
Maksud
jin dan manusia dalam ayat di atas ialah bisikan ataupun was-was. Begitu juga,
pasti kita pernah melihat orang yang sering kali mengangkat wuduk, mengangkat
takbir berulang kali dan sebagainya. Jelas disini, seseorang yang mengalami
masalah ini tergolong ke dalam golongan yang menghadapi masalah OCD.
Secara
asasnya, gangguan jin dan syaitan dalam hati manusia adalah suatu yang normal berlaku, kerana itulahujian
daripada Allah buat hamba-Nya. Tiada satu makhluk pun terlepas dari gangguan
syaitan dan jin. Oleh itu, antara langkah-langkah yang boleh di ambil untuk
memastikan kesejahteraan Ibadah seseorang muslim antaranya ialah membersihkan hati daripada bisikan jin dan syaitan
dan tidak melayannya. Sesungguhnya, bukanlah tanda ketinggian taqwa dan iman
jika seseorang itu melayan bisikan syaitan dengan mengulangi beberapa kali
erbuatan dan perkataan dalam ibadahnya. [12]
Selain itu,
langkah yang kedua ialah dengan memohon perlindungan daripada Allah agar
syaitan tidak terus menganggu kerana semakin kuat kita cuba mendapatkan
pertolongan daripada Allah , semakin banyaklah kemanangan yang kita dapat untuk
menentang bisikan syaitan.[13] Langkah yang ketiga disarankan ialah dengan
mendapatkan bimbingan dan bantuan daripada individu lain yang bertindak sebagai
pemerhati. Peranan ini sangat baik dilakukan oleh kawan baik atau ahli keluarga
dengan menegur pesakit ini jika dia mengulangi perbuatan yang sama berulang
kali dan memberi dorongan serta keyakinan kepada pesakit tersebut. [14]
Oleh yang
demikian, kita perlulah melatih diri agar tidak terlalu mengikut
bisikan-bisikan halus yang datang ke dalam pemikiran . tidak berlebihan dalam
memikirkan dan juga tidak berlebihan dalam mengamalkannya kerana daripada sikap
berlebihan inilah munculnya bisikan syaitan yang membawa kepada OCD.
KESIMPULAN
Konklusinya, gangguan ini adalah sebahagian daripada
bidang psikologi yang menumpukan perhatian kepada tingkah laku manusia. Selain
daripada kajian ke atas tingkah laku manusia, para pengkaji psikologi juga
mengkaji berkaitan perasaan, tanggapan, kepercayaan, sikap, niat, matlamat dan
sebagainya. Ia juga mengkaji secara psikologi ke atas tingkah laku yang berlaku
daripada aspek kognitif dan faktor yang membentuk dan mempengaruhi segala
tingkah laku dan tindakan manusia dalam latar sosial yang berbeza. Bidang ini
juga membolehkan seseorang individu memahami konsep perhubungan adalah berbeza
disebabkan oleh latar belakang, taraf hidup, pemikiran,
sikap dan budaya.
Obsessive Compulsive Disorder (OCD) adalah tingkah laku yang anda rasa anda
mesti menjalankan berulang-ulang dan melakukannya secara berjam-jam. Jenis
biasa ‘compulsions’ termasuk pembersihan, mengira, memeriksa, meminta atau
menuntut jaminan, mengulangi frasa atau urutan perkataan, dan adanya pemikiran
atau bayangan yang menyebabkan perasaan cemas. Walaupun gejala OCD boleh
bermula tidak mengira umur, penyelidikan menunjukkan bahawa terdapat dua tempoh
yang berbeza dan ia mungkin menandakan
permulaan OCD. Yang pertama berlaku di sekitar umur 10 hingga 12 tahun atau
sebelum baligh, dan yang kedua ialah antara umur 18 hingga 23 tahun. Individu
yang mengalami OCD sebelum baligh dianggap mempunyai permulaan awal OCD
manakala mereka yang mengalami OCD kemudian dalam kehidupan mempunyai lewat
permulaan OCD.
Psikologi memainkan peranan
yang penting dalam terapi tingkah laku, kaunseling dan rawatan ke atas masalah
tingkah laku. Hidup dengan OCD adalah
seperti hidup dengan lain-lain jenis penyakit kronik seperti kencing manis atau
asma. Ini kerana ia memerlukan keberanian, sokongan sosial daripada
rakan-rakan, keluarga, dan rakan sekerja. Kehadiran OCD menyebabkan kesusahan
utama atau gangguan kepada kehidupan harian. Walau bagaimanapun, cara di mana
gejala OCD berpengalaman berbeza-beza dari seorang ke seorang. OCD
mempunyai gejala yang sering menyerupai lain-lain bentuk penyakit mental
termasuk keresahan dan gangguan personaliti.
Demikian, terapi psikologi diiktiraf oleh kedua-dua
penyelidik dan doktor sebagai rawatan yang berkesan untuk mengurangkan
kekerapan dan keamatan gejala OCD. Rawatan psikologi untuk OCD menekankan
perubahan dalam tingkah laku atau pemikiran (kadang-kadang dipanggil
cognitions). Apabila rawatan yang sesuai, tingkah laku dan kognitif digabungkan
secara bersendirian atau dengan ubat-ubatan akan mendapatkan hasil yang terbaik
kepada pesakit. Sesorang individu itu boleh mengetahui sama ada dirinya
mempunyai OCD atau pun tidak dengan mempelajari asas-asas mengenai gejala OCD
dan bagaimana ia didiagnosis oleh profesional kesihatan yang berkelayakan.
[4] Lester A.
Lefton dan Linda Brannon. 2008. Psycology.Amerika. Vango Books Sdn. Bhd.
Hlm. 606.
[5] James W.Kalat.
2008.Introduction To Psycology. Edisi 8. USA. Thomson Wad Sworth. Hlm.
607-609
[6] Nik
Mat Hasan. 2009. http://www.eserikasih.com/penyakit-ocd-kecelaruan-obsesif-kompulsif. 18
April
4 Mohammad
Hanafi. 2011. http://www.psychologymania.com/2011/09/gangguan-obsesif-kompulsif-obsessive.html. 28
September
Subscribe to:
Posts (Atom)