ISI KANDUNGAN
BIL.
|
TAJUK
|
MUKA SURAT
|
1.
|
RESENSI
(PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU KANANK-KANAK AUTISME)
|
2 & 3
|
2.
|
LAMPIRAN
|
4-7
|
PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
KANAK-KANAK AUTISME
Jurnal
membahaskan mengenai kaedah-kaedah pembelajaran Bahasa Melayu oleh kanak-kanak
autisme dan kesan-kesan negatif terhadap kanak-kanak tersebut jika menggunakan
teori-teori pembelajaran kanak-kanak normal.
Autisme
dapat ditakrifkan sebagai kanak-kanak yang mempunyai kehidupannya tersendiri
tanpa menhiraukan orang di sekeliling mereka dan bersifat suka menyendiri,
bertutur dengan perkataan yang berulang-ulang dan lebih cenderung kepada objek
bukan bernyawa. Oleh yang demikian, terdapat beberapa kaedah pembelajaran yang
diuar-uarkan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti Program Pendidikan
Khas Intergrasi (PPKI) dan National Autism Society of Malaysia (NASOM) untuk
membantu kanak-kanak tersebut dalam bidang pembelajaran mereka memandangkan
kaedah pembelajaran kanak-kanak normal tidak relevan untuk dilaksanakan. Kaedah
yang pertama ialah Kaedah Biasa, di mana kaedah ini menetapkan bahawa guru
pendidikan khas mencorakkan bagaimana cara pembelajaran yang hendak disampaikan
mengikut kreativiti tersendiri. Sebagai contoh, seorang guru menggunakan kad
gambar, muzik atau nyanyian dalam proses Pembelajaran dan Pengajaran (PNP)
dengan berpandukan sukatan pelajaran yang telah dihasilkan. Seterusnya, Kaedah
Muzik digunakan dengan cara memainkan muzik-muzik yang bersesuaian di dalam
kelas, kemudian, kanak-kanak tersebut akan bertindak balas terhadap muzik
tersebut dengan melakukan gerakan-gerakan. Misalnya, melakukan bunyi ayam
berkokok, bunyi loceng dan bunyi hon kereta. Selain itu, pelbagai variasi muzik
didengangkan seperti jaz, rock untuk melihat perbezaan gerakan yang dilakukan.
Di samping itu, Kaedah Nyanyian juga dijalankan dengan cara mengecam sesuatu
melalui lagu yang didengarkan sebagai contoh, melalui lagu seniman P.Ramlee
iaitu Bujang Lapok. Rentetan itu, dengan harapan agar kanak-kanak tersebut
dapat memupuk semangat cintakan lagu klasik dan mengenali seniman negara.
Lantas, kaedah yang keempat iaitu Kaedah Drama. Kaedah ini dilaksanakan melalui
tugasan lakonan yang mana mereka perlu lakonkan watak yang diberikan seperti
watak juruwang, pembeli dan pengurus. Oleh yang demikian, pemerhatian akan
dilakukan dengan melihat reaksi kanak-kanak autisme melalui lakonan tadi dalam
aspek berkomunikasi , menggunakan peralatan dan tolak ansur antara satu sama
lain. Akan tetapi, kaedah yang paling berkesan ialah Kaedah Santai Tutur (KST)
iaitu kaedah ini dijalankan dengan menggabungkan kaedah muzik, nyanyian dan
drama. Setelah dikaji, KST dapat menimbulkan keseronokan kanak-kanak autisme
untuk belajar dengan berkurangnya kadar tingkah laku seperti meletakkan kepala
di atas meja, menggosok mata, berjalan dan menjerit sekali gus dapat
meningkatkan minat belajar kanak-kanak tersebut.
Walakin,kita akan menghadapi kesan-kesan
yang negatif jika kanak-kanak autisme dihidangkan dengan kaedah dan modul pembelajaran
kanak-kanak normal. Sedia maklum, kanak-kanak iaitu mereka yang belajar di
peringkat pra sekolah diajar dengan kaedah membaca,mengira dan menulis. Akan
tetapi, jikalau kanak-kanak autisme diajar menggunakan kaedah tersebut
barangkali peratusan kanak-kanak tersebut menerima pembelajaran sangat sedikit.
Ini kerana, kanak-kanak autisme mempunyai kurang tumpuan belajar dan mereka
cepat berasa bosan. Tambahan pula, kanak-kanak autisme lebih gemar berimiginasi
dengan dunianya sendiri dan mustahil untuk mereka menangkap apa yang diajarkan
oleh guru-guru apatah lagi berupaya untuk menulis dan membaca seperti
kanak-kanak normal yang lain. Pembelajaran Bahasa Melayu khususnya , memerlukan
pemahaman untuk mempelajarinya, jadi, bagaimanakah kanak-kanak autisme dapat
menerima pelajaran yang diajarkan hanya dengan proses satu hala iaitu guru
bercakap di hadapan kelas dan anak murid mendengar serta menerima. Seterusnya,
kesan kedua yang dapat dirungkaikan ialah kanak-kanak autisme akan hilang minat
untuk menimba ilmu. Kanak-kanak autisme yang cenderung untuk menyendiri
memperlihatkan kepada kita bahawa suasana yang ramai orang bukanlah keadaan yang
selesa dan menenangkan mereka. Walhal,
kita ketahui bahawa kuantiti pelajar untuk sesebuah kelas ialah dalam
lingkungan 20 hingga 30 orang pelajar. Oleh yang demikian, bagaimanakan
penerimaan mereka terhadap keadaan ini? Sudah tentu mereka tidak berasa selesa
seterusnya menanamkan dalam diri mereka bahawa sekolah di mana tempat proses
PNP menjadi tempat yang yang asing untuk mereka. Secara tidak langsung, mereka
tidak berminat untuk mengikuti pembelajaran seterusnya. Akhir sekali, peratusan
kanak-kanak yang buta huruf di negara ini akan terus meningkat. Perkara ini
sebenarnya akan menimbulkan kebimbangan pihak kerajaan kerana gagal melahirkan masyarakat
yang celik huruf. Bukan sekadar itu sahaja, para ibu bapa kanak-kanak autisme
jugal bakal runsing memikirkan masa depan anak-anak mereka kerana
ketidakupayaan mereka menguasai ilmu lebih-lebih lagi pelajaran Bahasa Melayu
yang merupakan subjek teras.
Konklusinya, kaedah-kaedah pembelajaran
kanak-kanak normal sama sekali tidak boleh di sama tarafkan dengan kanak-kanak
autisme. Justeru, ia merupakan kesalahan yang besar jika masyarakat masih tidak
ambil cakna terhadap pembelajaran Bahasa Melayu kanak-kanak autisme khususnya.
Sebagai warga yang berwawasan, marilah kita menggembleng tenaga serta mencurahkan idea yang bernas untuk memastikan
perjalanan pembelajaran yang lancar bagi kanak-kanak autisme kerana simptom
autisme ini sukar untuk diubati. Alangkah bagusnya jika kita dapat membantu
mencegah kanak-kanak tersebut daripada
terus duduk dalam kelompok yang tiada perubahan seperti pepatah yang mengatakan
“ mencegah lebih baik daripada mengubati” agar negara kita dapat melahirkan
ramai cendekiawan seperti Kota Banghdad yang dikenali sebagai kota ilmu pada
suatu masa dahulu.
No comments:
Post a Comment