ISI KANDUNGAN
PENDAHULUAN 2
TOPIK 1 :
APA ITU ASSABIYYAH 3
& 4
TOPIK 2:FAKTOR-FAKTOR ASSABIYYAH
2.1 : SOSIAL 5
2.2 : AGAMA DAN KETURUNAN 6
2.3 : POLITIK 7
& 8
TOPIK 3 : PANDANGAN IMAM EMPAT MAZHAB 9
3.1 : IMAM ABU HANIFAH 10
3.2 : IMAM MALIK B. ANAS 10
3.3 : IMAM SYAFIEE 11
3.4 : IMAM AHMAD BIN HAMBAL 11
TOPIK 4 : KESAN ASSABIYYAH
4.1 : DUNIA AKAN DIKUASAI BARAT 12
4.2 : BERLAKU KETIDAKADILAN DAN PENINDASAN 12
4.3 : BERLAKU PERTELINGKAHAN DAN PERGADUHAN
13
KESIMPULAN 14
BIBLIOGRAFI 15
PENDAHULUAN
ياأيها االناس إنا خلقنكم من ذكر وأنثى وجعلنكم شعوبا
وقبائل لتعرفوا إن أكرمكم عند الله أتقكم إن الله عليم خبير(13)
(Surah Al-Hujurat ayat
13)
Maksudnya: Wahai manusia! Sungguh, kami
telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian
kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal.
Sungguh , yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang
paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui ,Maha Teliti.
Berdasarkan
ayat di atas, dapat kita lihat bahawa Allah menjadikan manusia itu
berbagai-bagai jenis dari suku dan kaum yang pelbagai agar kita saling mengenal
dan saling melengkapi antara satu sama lain. Tidaklah Allah menciptakan manusia
itu hanya untuk suka-suka tetapi kita sendiri sudah maklum bahawa tujuan utama
manusia diciptakan sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini.
Sedia
maklum, asal-usul manusia adalah dari setitis air mani dan kita dibuat daripada
tanah. Oleh itu, dapat kita simpulkan disini, bahawa manusia itu sama sahaja
,jadi, mengapa perlu ada persengketaan dan pertelingkahan sesama manusia?
Justeru, kajian kali ini mendapati puncanya adalah pelbagai iaitu kerana adanya
perbezaan agama dan fahaman dalam sesuatu kaum itu. Dalam topik dua, kita akan
melihat punca-punca tercetusnya assabiyah dan dalam topik 3 pula ialah
kesan-kesan assabiyah kepada masyarakat.
Kesimpulanya,
sebagai manusia yang berakal, kita perlulah mengawal setiap tingkah laku yang
kita lakukan kerana seseungguhnya setiap apa yang kita lakukan akan dibicarakan
dengan seadilnya di akhirat kelak. Firman Allah dalam surah Annahl ayat 111
yang bermaksud : “ Ingatlah pada hari ketika setiap orang datang untuk membela
dirinya sendiri dan bagi setiap orang diberi balasan yang sesuai dengan apa
yang telah dikerjakan dan mereka ridak dizalimi.
TOPIK 1: APA ITU ASSABIYYAH?
Assabiyyah
berasal dari perkataan Arab yang mana kata dasarnya dari perkataan asab yang
bermaksud mengikat.[1] Sebagai contoh, meningkatnya individu
membentuk sebuah masyarakat. Assabiyyah juga berasal dari perkataan asaba yang
diistilahkan oleh Ibnu Khaldun sebagai sesuatu yang sangat sukar untuk
ditentukan. [2]
Oleh itu, Ibnu Khaldun membahagi istilah assabiyyah kepada dua pengertian. Bagi
sudut yang positif, assabiyyah merujuk kepada konsep persaudaraan (brotherhood).
Dalam sejarah peradaban Islam, konsep ini membentuk solidaritas sosial
masyarakat Islam untuk saling bekerjasama
dan memenuhi kewajipan sesamaa kelompok. Dari sudut negatif pula, dapat
menimbulkan kesetiaan dan fanatisme yang melampau yang tidak disandarkan kepada
kebenaran.[3]
Definisi
yang diberi oleh Rasulullah s.a.w dapat difahami menerusi hadith baginda yang
mana mafhumnya ialah: “ Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah, adakah
dianggap assabiyyah, puak orang yang saying kepada kaum bangsanya? Jawab
baginda s.a.w: Tidak,tetapi assabiyah ialah apabila seseorang itu menolong
bangsanya kepada kezaliman.(hadith riwayat Ibnu Daud, Ibnu Majah dan
lain-lain).[4]
Pada masa sebelum Rasulullah diutus menjadi rasul, yang bakal memipin
manusia, penduduk Makkah lemah pemikirannya. Jadi ketika itu, tidak ada hubngan
antara kematangan berfikur dan kematangan naluri mahupun hubungan antara keterbelakangan
kelompok-kelompok masyarakat di dalam bidang pemikiran. [5]Oleh
itu, lahirlah berbagai-bagi kelompok masyarakat yang berbeza latar belakang
mereka dan pendapat serta pandangan.
Apabila
adanya semangat assabiyyah itu, berlakunya persaingan merebut kekayaana dan
kedudukan, mengingkari Hari Akhirat, menyambut berbagai-bagai kesenangan
duniawi dan sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan kabilah. Inilah
tradisi dan adat masyarakat Arab jahiliyah iaitu dalam susunan masyarakat
mereka yang berkabilah terdapat kewajipan –kewajipan individu terdapat kabilah
mereka yang mesti dilaksanakan.[6]
Pada
dasarnya, pengkajian tentang bangsa Arab yang berasal dari keturunan Sam bin
Nuh ini meliputi golongan Badwi(desa) dan Hadhari (kota). Keterasingan ini menjadikan
puak itu bersifat assabiyah kerana perbezaan keturunan, bahasa , ekonomi dan
kebudayaan. Dalam aspek kesuteraan Arab jahiliyah , suatu hakikat yang mungkin
tidak dapat ditolak bahawa para penyair adalah kepunyaan kaumnya. Ini adalah ciri
assabiyyah dimana seseorang itu hanya mentaati kaumnya sahaja.[7]
Masyarakat
Arab jahiiyah pula mengamalkan sistem Kabilah yang berasaskan cara hidup
berpuak-puak dan berkelompok. Dalam sebuah kabilah, ahkinya terdiri daripada
suku tertentu dan mereka tinggal dalam sebuah kawasan. Setiap kabilah mempunyai
identiti dan peraturannya sendiri sementara ahli kabilah pula sangat taasub dan
fanatik terhadap kabilah masing-masing. Amalan sisitem kabilah ini mendatangkan
kesan yang negatif kepada kehidupan
masyarakat Arab dan yang paling utamanya ialah semangat assabiyah atau
semangat kesukuan yang melampau. Assabiyah ini berpunca daripada struktur
sistem kabilah yang berasaskan keturunan. Selain itu, kemunculan sifat ini
berkaita rapat dengan keadaan geografi dan suasana tempat tinggal mereka yang
panas dan kering-kontang dan mereka bersama dalam satu kumpulan yakni kabilah
mengharungi kehidupan yang sukar itu.[8]
TOPIK 2: FAKTOR-FAKTOR ASSABIYYAH
2.1 : SOSIAL
Golongan
Assabiyyah ditolak oleh syarak kerana kelompok Assabiyyah mengamalkan
penindasan dan berbuat zalim dan bersifat marah. Walaubagaimanapun, golongan
ini mengamalkan sifat kasih yang kuat
pada golongangannya sendiri. Bahkan, mereka juga hidup berkerja sama dan
saling berhubung antara satu sama lain menyebabkan lahirnya perpaduan antara
mereka. Tetapi golongan Asabiyah ini
terlalu keterlaluan kerana menyokong
golongan sendiri tanpa mengira kesalahannya dan menidakkan hak orang
lain yang benar adalah ditentang oleh Islam. Itulah yang berlaku pada zaman
Jahiliyah sehinggalah sekarang.
Assabiyyah telah
mencorakkan sejarah Arab dan seterusnya mempengaruhi sejarah dunia. Golongan
Asabiyah juga telah membahagi pengaruh atau peranan semangat Assabiyyah Arab
pada zaman Jahiliyah dimana mereka hidup
berpuak-puak yang dikenali dengan nama-nama tertentu seperti Aus dan Khazraj di
Madinah manakala Bani ‘Adnan dan Bani Qahtan di Semenanjung Tanah Arab dan
lain-lain . Setiap puak ini juga berlainan mengikut tempat sama ada disemenanjung
Tanah Arab, Syam, Iraq dan lain-lain.[9]
2.2 : AGAMA DAN KETURUNAN
Assabiyyah mempunyai kaitan
yang kuat dengan nasionalisme. Nasionalisme merupakan satu konsep yang sangat
berbeza dengan Islam. Golongan ini menyeru kepada kesatuan berdasarkan ikatan kekeluargaan dan kesukuan,
mahupun satu negara, sedangkan Islam menyatukan manusia mengikut kepada aqidah
iaitu keimanan kepada Allah S.W.T dan
Rasul-Nya S.A.W. Islam menyeru agar umatnya disatukan mengikut ikatan ideology
Islam dan melarang bersatu kerana kaum. Diriwayatkan dari Abu Daud bahawa
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :
“Bukan dari golongan kami orang yang menyeru kepada asabiyah, orang
yang berperang kerana asabiyah serta orang yang mati kerana assabiyyah” (Abu
Daud) 24.[10]
Firman Allah S.W.T yang bermaksud : “Wahai orang-orang
yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan
keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah,
sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabatmu.
Kalaulah orang(yang didakwa) itu kaya atau miskin(maka jangan kamu terhalang
daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang
rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah
kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika
kamu memutarbalikkan keterangan ataupun enggan(daripada menjadi saksi), maka
sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu
lakukan”[11]
2.3 :POLITIK
Pada zaman jahiyah, mereka telah mengamalkan semangat assabiyyah.
Ini disebabkan cara hidup mereka secara
berkabilah, mereka mempunyai semangat assabiyyah yang sangat kuat. Semangat ini
menyebabkan sering berlakunya peperangan yang berpanjangan di antara satu
kabilah dengan kabilah yang lain. Mereka akan segera bertindak sekiranya
terdapat anggota kabilah yang dizalimi. Kehidupan mereka secara berpuak-puak, menyebabkan mereka ini
sering berperang sesama sendiri sama ada secara individu atau kelompok.
Tujuannya adalah untuk mendapat kuasa, restu puak, perlindungan dan pengaruh
daripada penjajah.
Keimanan, ketakwaan, amal soleh, beribadat, adil, benar, pemurah,
belas kasihan, tolong-menolong dalam melakukan kebajikan dan melarang
kemungkaran dan sebagainya. Jika sifat ini sebati dalam diri seseorang muslim
terutama pemerintah maka ia secara langsung menjadi sempurna seperti yang
dikehendaki oleh Allah s.w.t. Sifat ini dapat ditonjolkan lagi sekiranya
al-Quran, Sunnah dan ijmak menjadi sumber utama dalam sesebuah pemerintahan
berpolitik tersebut.[12]
Namun kini, realitinya dapat kita lihat assabiyah banyak berlaku
terhadap kaum Muslim di seluruh dunia, walaupun mereka berkongsi aqidah, namun
mereka bercerai-berai dalam politik, ekonomi dan hala tuju. Di dalam Al-Quran,
Allah SWT menjelaskan bahawa kaum Muslim itu bersaudara, bukan setakat 'rasa'
persaudaraan, namun kaum Muslim pada hakikatnya merupakan satu tubuh; bersatu
dalam aqidah, aspirasi politik dan ekonomi serta hala tuju. Namun, situasi ini
telah cuba diubah oleh penjajah dan buat sekian lamanya dipertahankan oleh kaum
Muslim itu sendiri.[13]
Assabiyyah sudah sedia maklum keharamannya. Keharaman menyerukannya
juga jelas dinyatakan dalam hadis Nabi SAW:
"Aku perintahkan kamu lima perkara : Mengikuti jama'ah,
mendengar, taat, hijrah dan berjihad di jalan Allah dan sesungguhnya orang yang
keluar dari jama'ah sekadar sejengkal maka sesungguhnya ia telah menarik tali
Islam dari lehernya melainkan ia kembali semula kepada jama'ah. Barangsiapa
yang mengajak kepada di'ayah (seruan) jahiliyyah maka sesungguhnya dia adalah
sebahagian dari timbunan sampah sarap Jahannam walaupun dia berpuasa, bersolat
dan ia menyangka sebagai seorang Islam".[14]
Akhir-akhir ini kita dapati bagaimana media massa termasuk tv,
radio, akhbar dan sebagainya cuba membangkitkan semangat kebangsaan atau
perkauman sempit yang merbahaya terutama di negara yang mempunyai pelbagai
bangsa dan agama. Golongan yang mendakwa mereka adalah pejuang bangsa bangun
menonjol diri kepada masyarakat dengan menyeru supaya kembali bersatu atas
dasar bangsa demi memastikan kedaulatan bangsa terus dipertahankan. Golongan
ini hanya bertempik menjaga kedaulatan bangsa setelah tersepit kerana kuasa
mereka digoyah oleh rakyat yang bencikan kezaliman dan penindasan. Ketika
berada dipuncak pemerintahan dengan kuasa begitu besar hasil sokongan rakyat
maka kita dapati golongan ini tanpa rasa bersalah dan bertanggungjawab kepada
bangsa dan agama membiarkan masalah murtad tanpa menghiraukan agar digubalkan
suatu undang-undang berdasarkan Islam bagi menangani masalah yang menggugat
agama ini. Golongan ini juga begitu rakus menarik bantuan kepada sekolah agama
rakyat serta menuduh sebagai sarang pengganas sehingga banyak yang terpaksa
ditutup, penafian biasiswa kepada pelajar dengan menukar kepada pinjaman riba
yang membebankan, meruntuh masjid dan menyekat kebebasannya sedangkan dalam
masa yang sama aktiviti maksiat dan hiburan melampau diberikan kebebasan yang
sepenuhnya sehingga kerosakan akhlak rakyat bertambah melarat.[15]
Kesimpulannya, Inilah antara
bahayanya bila berpegang kepada semangat kebangsaan yang sempit bila bangsa dianggap
lebih berharga dan bernilai daripada agama sehingga golongan ini tanpa rasa
bersalah sanggup menghina Islam. Kita mesti yakin bahawa mulianya sesuatu
bangsa kerana berpegang kepada Islam dan hina serta mundurnya suatu bangsa
kerana membuang Islam daripada kehidupan mereka.
TOPIK 3 :PENJELASAN IMAM 4 MAZHAB
Assabiyyah merujuk kepada sikap fanatik kepada sesuatu puak atau
bangsa secara melampau sehingga menjangkau batasan pemikiran yang waras dan
batasan agama. Sikap fanatik kepada bangsa atau puak yang merupakan fitrah
semulajadi manusia sebenarnya sudah wujud bersama kewujudan manusia di bumi
ini. Sebelum kedatangan Islam, umat manusia berada di dalam keadaan
berpecah-belah dan hanya terikat di antara mereka dengan semangat kesukuan,
kepuakan atau asabiyah. Perkauman itu pula terbahagi kepada beberapa fahaman
etnik, puak dan juga kabilah seperti Aus dan Khazraj di Madinah, Bani ‘Adnan
dan Bani Qahtan di Semenanjung Tanah Arab, golongan Asyuriyyin di Iraq dan
Lubnan dan bangsa Barbar di Maghribi.Contoh yang dibawa oleh al-Quran tentang
sikap Asabiyah ini ialah;
Apabila Islam muncul, keadaan itu mulai berubah apabila semua umat
manusia dari suku, etnik dan kabilah yang berbeza diseru supaya meninggalkan
fahaman Asabiyah dan bersatu membentuk satu umat. Sebagaimana firman Allah yang
bermaksud:
“Sesungguhnya agama Islam
ini ialah agama kamu iaitu agama yang mempunyai satu asas pokoknya, dan Akulah
Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepada-Ku.[16]
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa
menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan
kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu
mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil
(kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan
bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam
akan apa yang kamu lakukan”.[17]
Oleh kerana itulah, para empat Imam rahimahumullah telah
mewasiatkan kaum muslimin supaya tidak fanatik kepada mereka, namun meletakkan
ittiba’ dan fanatik kepada Allah S.W.T (Al-Quran) dan Rasulullah S.A.W (hadis
sahih), di dalam beberapa ucapan mereka berikut ini,
3.1: AL-IMAM ABU HANIFAH
1). Apabila aku berkata satu perkataan yang berselisih dengan al-quran
dan hadis maka tinggalkanlah perkataanku[18].
2). Tidak halal bagi seseorang untuk mengambil pendapat kami selama
ia tidak mengetahui dari mana kami telah mengambilnya[19].
3). Haram bagi seseorang yang tidak mengetahui dalilku untuk
berfatwa dengan perkataanku.
3.2 :AL-IMAM MALIK BIN ANAS
1). Aku ini hanyalah manusia, ada salah dan ada juga benar. Oleh
sebab itu perhatikanlah pendapatku itu dengan seksama. Maka semua yang sesuai
dengan al-quran dan sunnah maka ambillah. Dan semua yang tidak sesuai dengan
al-quran dan sunnah maka tinggalkanlah[20].
2). Tidak ada seseorang sesudah Nabi S.A.W yang diambil dan
ditinggalkan kecuali Nabi S.A.W. [21]
3.3: AL-IMAM SYAFIE
1). Apabila kalian mendapatkan di dalam kitabku ada yang
menyelisihi sunnah Rasulullah S.A.W maka hendaklah kalian bepegang dengan
sunnah Rasulullah S.A.W dan tinggalkan
apa yang telah aku katakan. Di dalam satu riwayat: Maka ikutilah sunnah
tersebut dan janganlah kalian berpaling kepada perkataan seseorang. [22]
3.4: AL-IMAM AHMAD BIN HAMBAL
1). Janganlah kalian taklid kepadaku, jangan pula taklid kepada
Malik, asy-Syafi’i, al-Awza’iy dan juga ats-Tsauriy. Tetapi ambillah dari arah
mana mereka mengambil. [23]
2). Pendapat al-Awza’iy, pendapat Malik dan pendapat Abu Hanifah,
semuanya itu hanyalah pendapat. Di sisiku semuanya itu sama. Hujah itu hanyalah
ada pada atsar.[24]
Kesimpulannya, seorang da’i itu hanyalah berkewajiban mengajak umat
Islam ini agar mereka beribadah dan mengabdikan diri kepada Allah S.W.T semata
untuk mendapatkan ampunan dan keredhanNya, dengan cara mengikuti dan
menteladani petunjuk Rasulullah S.A.W melalui dua sumber umat Islam iaitu
al-quran dan hadis-hadis sahih. Di sisi lain, iapun
berkewajiban membongkar dan memerangi perkara-perkara bid’ah dan asabiyah atau
fanatik golongan yang terlarang menurut syariat.
TOPIK 4 : KESAN KEHIDUPAN ASSABIYYAH
4.1 : DUNIA AKAN DIKUASAI BARAT
Ada pun assabiyyah sebenarnya adalah sikap berpuak yang diamalkan oleh masyarakat jahiliah. Namun sikap ini masih lagi wujud dan sukar di bendung dikalangan umat islam masa kini. Pandangan dan pemahaman yang berbeza akhirnya mendorang kearah pepecahan dan lahirnya amalan asssabiyah ini. Pepecahan yang berlaku ini sebenarnya membuka ruang kepada kuasa barat untuk menakluki dunia. Meskipun kini kebanyakan Negara atau masyarakat islam dan asia telah mencapai kemerdekaan, tetapi kesan pemerintahan dan dominasi penjajah masih ketara. Ini kerana tidak ada kesatuaan diantara umat islam. Jadi seharusnya umat islam memandang serius tentang perkara ini dan membendung sifat assabiyyah.
4.2 : BERLAKU KETIDAKADILAN DAN PENINDASAN
4.1 : DUNIA AKAN DIKUASAI BARAT
Ada pun assabiyyah sebenarnya adalah sikap berpuak yang diamalkan oleh masyarakat jahiliah. Namun sikap ini masih lagi wujud dan sukar di bendung dikalangan umat islam masa kini. Pandangan dan pemahaman yang berbeza akhirnya mendorang kearah pepecahan dan lahirnya amalan asssabiyah ini. Pepecahan yang berlaku ini sebenarnya membuka ruang kepada kuasa barat untuk menakluki dunia. Meskipun kini kebanyakan Negara atau masyarakat islam dan asia telah mencapai kemerdekaan, tetapi kesan pemerintahan dan dominasi penjajah masih ketara. Ini kerana tidak ada kesatuaan diantara umat islam. Jadi seharusnya umat islam memandang serius tentang perkara ini dan membendung sifat assabiyyah.
4.2 : BERLAKU KETIDAKADILAN DAN PENINDASAN
Pengamalan
kehidupan assabiyah hanya akan membawa kepada ketidak adilan dan pepecahan
ummah. Perkara ini selalunya berlaku di dalam sesuatu organisasi atau jawatan
dalam sesebuah kerajaan. Sejak dari zaman bani umayyah lagi perkara ini telah
berlaku. Kerajaan Bani Umayyah bertindak mewujudkan dasar membeza-bezakan
golongan mawali (bukan Arab) dengan orang Arab, khususnya dalam bidang
ketenteraan. Tiada satu pun jawatan tinggi atau rendah
diberikan kepada golongan mawali. Malah, semua tentera Arab didaftar dan
dibayar gaji manakala golongan mawali hanya berkhidmat dan tidak didaftar dalam
diwan (Jabatan Tentera) dan tidak dibayar gaji. Perkara sebegini sepatutnya
tidak patut terjadi kerana ianya merupakan suatu penindasan.
4.3 :BERLAKU PERTELINGKAHAN DAN PERGADUHAN
Dengan berlakunya ketidak adilan dan penindasan yang di terangkan tadi, maka secara tidak langsung , ianya juga mendorong kepada berlakunya pertelagahan dan pergaduhan. Akibat mengamalkan sikap assabiyah ini, perpaduan tidak dapat di bentuk sama sekali. Yang ditindas akan bangun menegakkan hak masing-masing. Manakala yang menindas akan cuba cari jalan untuk terus-menerus menegakkan kesalahan nya. Akhirnya berlaku pertelagahan dan pergaduhan. Sebagai contoh, pertelagahan antara parti politik yang berpuak-puak menghuru-harakan keadaan dengan fitnah dan penghinaan.walaupun tidak bermandikan darah tetapi tetap bermandikan dosa dan noda serta saling memburukkan antara satu sama lain seperti tiada kesudahan.Masing-masing ingin menjaja kemegahan sendiri.Sama seperti bangsa yahudi yang berperang demi kemegahan.
Dengan berlakunya ketidak adilan dan penindasan yang di terangkan tadi, maka secara tidak langsung , ianya juga mendorong kepada berlakunya pertelagahan dan pergaduhan. Akibat mengamalkan sikap assabiyah ini, perpaduan tidak dapat di bentuk sama sekali. Yang ditindas akan bangun menegakkan hak masing-masing. Manakala yang menindas akan cuba cari jalan untuk terus-menerus menegakkan kesalahan nya. Akhirnya berlaku pertelagahan dan pergaduhan. Sebagai contoh, pertelagahan antara parti politik yang berpuak-puak menghuru-harakan keadaan dengan fitnah dan penghinaan.walaupun tidak bermandikan darah tetapi tetap bermandikan dosa dan noda serta saling memburukkan antara satu sama lain seperti tiada kesudahan.Masing-masing ingin menjaja kemegahan sendiri.Sama seperti bangsa yahudi yang berperang demi kemegahan.
KESIMPULAN
Jadi
secara kesimpulannya, assabiyah Asabiyah merujuk kepada sikap fanatik kepada
sesuatu puak atau bangsa secara melampau sehingga melanggar batasan pemikiran
yang waras dan batasan agama.
Sikap
fanatik kepada bangsa atau puak yang merupakan fitrah semulajadi manusia
sebenarnya sudah wujud bersama kewujudan manusia di bumi ini. Sebelum
kedatangan Islam, umat manusia berada di dalam keadaan berpecah-belah dan hanya
terikat di antara mereka dengan semangat kesukuan, kepuakan atau asabiyah.
Perkauman itu pula terbahagi kepada beberapa fahaman etnik, puak dan juga kabilah
seperti Aus dan Khajraj di Madinah.
Apabila Islam muncul, keadaan itu mulai berubah apabila semua umat manusia dari suku, etnik dan kabilah yang berbeza diseru supaya meninggalkan fahaman Asabiyah dan bersatu membentuk satu umat. Sebagaimana Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Apabila Islam muncul, keadaan itu mulai berubah apabila semua umat manusia dari suku, etnik dan kabilah yang berbeza diseru supaya meninggalkan fahaman Asabiyah dan bersatu membentuk satu umat. Sebagaimana Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya agama Islam ini ialah agama
kamu iaitu agama yang mempunyai satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka
bertaqwalah kamu kepada-Ku.”
(al-Mu’minun,23:52)
.
Jadi seharusnya umat islam kini bersatu dan membuang segala sifat assabiyah
dalam kehidupan. Penyatuan antara umat islam
tanpa ada sifat assabiyah ini akan menjadikan umat islam umat yang
bersatu , di samping dapat mengukuhkan kedudukan agama Islam itu sendiri.
BIBLIOGRAFI
1.
Cikgu Jamali. 2008. http://fastnote.wordpress.com/asabiyah-dari-perspektif-ibnu-khaldun/.
September.
2.
Taufik Azlaf. 2012. http://archivehidayatillah.wordpress.com/2012/01/28/ibnu-khaldun-konsep-ashabiyah-dan-teori-siklus-pemerintahan/. Januari.
4.
Muhammad Al-Ghazaly. 1997. Fiqh
Sirah( Menghayati Nilai Riwayat Hidup Nabi
Muhammad s.a.w).
5.
Mohd Nor Jusoh. 2011. Tamadun Islam
dan Tamadun Asia.
6.
Nik Hassan Shuhaimi Bin Nik Abdul
Rahman & rakan-rakan. 2002. Sejarah Tingkatan 4.
7.
Maruwiyah Ahmat
.2010..http://maruwiyah.com.. April
8.
Mustafa Haji Daud. 2002. Tamadun
Islam.
9. Mohd
Afdal. 2012. Hapuskan Semangat Asobiyah. http://pendakwahonline.blogspot.com/2012/05/hapuskan-semangat-asobiyah.html. 12 Mei.
10. Ibnu
Atiq. 2011. Kelahiran Rasulullah s.a.w
Perubah Tamadun. http://khutbahku.blogspot.com/2011_02_01_archive.html.
11.
Sifat Solat an-Nabi S.A.W oleh asy-Syaikh
al-Albaniy
12.
ar-Rosa’il as-Salafiyyah
[1] Cikgu Jamali.
2008. http://fastnote.wordpress.com/asabiyah-dari-perspektif-ibnu-khaldun/.
September.
[3] Taufik Azlaf.
2012. http://archivehidayatillah.wordpress.com/2012/01/28/ibnu-khaldun-konsep-ashabiyah-dan-teori-siklus-pemerintahan/. Januari.
[4] Hadith diambil
dari : Ahli Panel Muis. 2011. http://muis.ismaweb.net/2010/05/maksud-asobiyyah-yang-dilarang/.Mei.
[5] Muhammad Al-Ghazaly. 1997. Fiqh Sirah(
Menghayati Nilai Riwayat Hidup Nabi Muhammad s.a.w). Selangor. Klang Book
Centre. Hlmn. 35
[8] Nik Hassan
Shuhaimi Bin Nik Abdul Rahman & rakan-rakan. 2002. Sejarah Tingkatan 4. Dewan
Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Hlmn.102
[12] Mustafa Haji
Daud. 2002. Tamadun Islam. Kuala lumpur. Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd. Hlm. 385.
[13] Mohd Afdal.
2012. Hapuskan Semangat Asobiyah.
http://pendakwahonline.blogspot.com/2012/05/hapuskan-semangat-asobiyah.html. 12 Mei.
[14] HR. Ahmad dan Tirmidzi
[15] Ibnu Atiq.
2011. Kelahiran Rasulullah s.a.w Perubah
Tamadun. http://khutbahku.blogspot.com/2011_02_01_archive.html. 3 Februari.
[16] Al-Quran,23:52
[17] Al-Quran ,5:8.
[18] (Sifat Solat
an-Nabi S.A.W oleh asy-Syaikh al-Albaniy halaman 48, Fat-h al-Majid halaman 468
dan Majmu’ah Rosa’il at-Taujihat al-Islamiyah oleh asy-Syaikh Muhammad bin
Jamil Zainu halaman 35).
[19] (Sifat Solat
an-Nabi S.A.W halaman 46 dan ar-Rosa’il as-Salafiyyah oleh al-Imam
asy-Syaukaniy halaman 207).
[20] (Sifat Solat
an-Nabi S.A.W halaman 48, Majmu’ah Rosa’il at-Taujihat al-Islamiyah halaman 135
dan ar-Rosa’il as-Salafiyyah halaman 208, 215).
[21] (Sifat Solat
an-Nabi S.A.W halaman 49).
[22] (Sifat Solat
an-Nabi S.A.W halaman 26, ar-Rosa’il as-Salafiyyah halaman 216, Dewan al-Imam
asy-Syafie halaman 57, 64, Mukhtashor ash-Showa’iq al-Mursalah oleh al-Allamah
Ibnu Qoyyim al-Jauziyyah tahqiq Sayyid Ibrahim halaman 519, Fat-h al-Majid
halaman 468 dan Taysir al-Aziz al-Hamid halaman 487).
[23] (Sifat Solat
an-Nabi S.A.W halaman 53, ar-Rosa’il as-Salafiyyah halaman 220 dan I’lam
al-Muwaqqi’in: II/ 201).
[24] (Sifat Solat
an-Nabi S.A.W halaman 53
No comments:
Post a Comment