PENDAHULUAN 2
TOPIK 1: TAKRIF 3&4
1.1 : TAKRIF JAHILIYAH
TOPIK 2 : CIRI –CIRI MASYARAKAT JAHILIYAH
2.1 :
ASPEK SOSIAL 5& 6
2.2 :
ASPEK EKONOMI 7
2.3 :
ASPEK POLITIK 8
TOPIK 3 : CARA ISLAM MENDEPANI JAHILIYAH 9 &
10
KESIMPULAN 11
PENDAHULUAN
يا يها الذين ءامنوا إنما الخمر والميسر
والانصاب والازلم رجس من عمل عمل الشيطن
فاجتنبوه لعلكم تفلحون (90) إنما يريد الشيطان ان يوقع بينكم العدوة
والبغضاء فى الخمر والميسر ويصدكم عن ذكر الله وعن الصلوة فهل انتم منتهون (91)
Maksudnya:
“wahai orang-orang yang beriman!
Sesungguhnya minuman keras, berjudi, (berkorban untuk) berhala, dan mengundi
nasib dengan anak panah,adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan.
Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu beruntung. Dengan minuman
keras dan berjudi itu, syaitan hanyalah bermaksud menimbulkan permusuhan dan
kebencian di antara kamu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan
melaksanakan solat ,maka tidakkah kamu berhenti?
Berdasarkan
ayat di atas, Allah menerangkan tentang perilaku orang jahiliyah yang mana akan
menyebabkan perpecahan dalam kalangan manusia dan menjauhkan diri seseorang
hamba daripada penciptanya. Masyarakat Arab jahiliyah ialah masyarakat yang
hidup berada di semenanjung Tanah Arab dalam jangka masa selepas runtuhnya
Empangan Maarib. Masyarakat Arab ini digelar sebagai masyarakat Arab jahiliyah
kerana mereka tidak mengikut ajaran para nabi dan rasul sebelumnya seperti Nabi
Sulaiman, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Ismail dan lain-lain.
Zaman
ini juga dianggap sebagai zaman kegelapan kerana masyarakat Arab jahiliyah
tidak menyembah Allah yang Maha Esa malah kebanyakan mereka menyembah berhala
dan mempercayai animisme. Kehidupan mereka kucir-kacir kerana pada masa itu,
tiada nabi dan kitab suci yang boleh dijadikan petunjuk dalam kehidupan. Akhlak
mereka juga rendah, misalnya mereka bersifat kejam, angkuh dan degil. Dengan
kedatangan islam, kehidupan masyarakat arab jahiliyah mulai mengalami proses
perubahan.
TOPIK 1.1 : MAKSUD JAHILIAH
Maksud jahiliah boleh di takrifkan
dengan definisi yang berbeza mengikut pandangan yang berbeza. Namun, hampir
kesemua pandangan tersebut membawa
definisi sama iaitu merujuk kepada sebuah masyarakat yang jahil dalam aspek
kehidupan, seperti aspek agama, akhlak, ilmu pengetahuan , sosial ekonomi dan
politik .[1]
Lebih khusus lagi , Jahiliah dari
perspektif bahasa pula berasal daripada perkataan bahasa arab iaitu Jahila (( جهل
, Yajhalu (يجهل) yang bermaksud bodoh , dungu ,
kasar, biadap , tidak mengetahui , tidak berilmu , sesat, kekeliruan dan
sebagainya[2].Menurut
istilah pula maksud jahiliah membawa pentakrifan yang berbeza menurut beberapa
pandangan darpada para sarjana islam. Antaranya ialah :
Syed Qutb
:
Beliau menyatakan bahawa masyarakat
jahiliah di takrifkan sebagai masyarakat yang tidak menerima islam dan tidak
meletakkan pengabdian sepenuhnya kepada Allah, iaitu dari sudut kepercayaan
dalan keyakinan dalam peribadatan , juga dalam peraturan serta undang-undang.
Muhammad Qutb :
Beliau memberi takrif masyarakat jahiliah
ini bukan sahaja terdiri daripada orang-orang arab sebelum kedatangan islam ,
malah termasuk juga sekali masyarakat yang hidup menyimpang daaripada hidayah
Allah, menurut hawa nafsu dan enggan mematuhi apa yang diperintahkan oleh Allah
S.W.T .
Bagaimanapun , dalam konteks sejarah,
istilah jahiliah biasanya dipakai terhadap suatu masyarakat di tanah arab pada
masa fatrah , iaitu masa kekosongan sebelum kebangkitan Nabi Muhammad S.A.W .
Ironinya, Jahiliah ini masyarakat yang
tidak tulen pengabdiannya kepada Allah, baik dari segi aqidah, syariaat dan
juga akhlak., Ertinya, sebuah masyarakat dalam bentuk ini di ruang dan waktu
mana sekalipun adalah dengan sendirinya dianggap sebagai masyarakat jahiliah.
2.1
: ASPEK SOSIAL
Masyarakat arab jahiliyah juga terbentuk di dalam aspek sosial.
Masyarakat juga mengenali dan mengamalkan sistem kelas tinggi dan kasta. Kelas
tertinggi dipegang oleh golongan bangsawan keturunan Quraisy. Bukan sahaja
mengikut keturunan bahkan kekayaan turut dititikberatkan seperti Abu
Talib. Manakala golongan kasta atau
rendah pula tidak mempunyai apa-apa hak sehingga batang tubuh mereka juga dapat
dijualbeli. Kebanyakannya berbagsa arab tetapi terdapat segelintir yang bukan
berbangsa arab seperti Bilal bin Rabah yang dimiliki oleh Umayyah bin Khalaf. [3]
Di zaman itu wanita mendapat penghormatan yang amat sedikit sekali.
Pada waktu-waktu tertentu di kalangan sebahagian kecil bangsa Arab. Ramai wanita
dianiayai.Beberapa contoh terburuk perlakuan bahkan paling kejam ialah
menguburkan bayi hidup-hidup. Bayi perempuan di kalangan Arab zaman jahiliyah
amat menyedihkan dan sangat hina. Banyak kes penguburan hidup-hidup bayi yang
tidak berdosa. Kes bunuh bayi hidup-hidup itu dilakukan kerana takut jatuh
miskin. Gambaran itu tercatat di dalam al-Quran.
Allah
S.w.t berfirman yang maksudnya,
“Dan
apabila seseorang dari mereka diberi khabar dengan kelahiran anak perempuan,
hitamlah (merah padamlah) mukanya dan dia sangat marah. Ia menyembunyikan
dirinya dari orang ramai disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya.
Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan
menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup), ketahuilah alangkah buruknya apa
yang mereka tetapkan itu.”[4]
“Dan
demikianlah pemimpin-pemimpin mereka menjadikan orang-orang musyrik itu
menganggap baik membunuh anak-anak mereka untuk membinasakan mereka dan untuk mengaburkan mereka bagi agama
mereka. Dan kalau Allah mengkehendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya,
tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.” [5]
Mengenai perkahwinan pula
terdapat empat cara perkahwinan yang biasa diamalkan. Pertama, perkahwinan
secara biasa yang mana pihak wali menerima pinangan seseorang yang tertentu.
Kedua, disebut “ kahwin mencari anak
pintar” iaitu si suami mencari seseorang yang pintar untuk digauli bersama
isterinya agar bakal anaknya juga pintar. Ketiga, beberapa orang (biasanya 10
orang) menyetubuhi seorang wanita kemudian wanita itu menentukan siapa bapa anaknya. Keempat, Setelah wanita
itu disetubuhi oleh beberapa orang lelaki kemudian lelaki tersebut akan bermesyuarat
untuk memilih siapa menjadi suami bagi wanita tersebut.[6]
Dalam sesebuah keluarga, ketua adalah seorang lelaki dan mempunyai
kuasa untuk membatalkan atau meneruskan perkahwinannya. Mereka juga
mengamalkan poligami yang tidak
terbatas, bahkan seorang anak dapat mewarisi isteri-isteri ayahnya.
Penghormatan mereka terhadap kaum lelaki ketara sekali.[7]
2.2
: ASPEK EKONOMI
Pada mulanya ekonomi ini
dipegang oleh orang-orang
Yaman yang memasarkan
hasil-hasil dari Hadhramaut, Zofar,
India lalu membawanya
ke Syam dan ke
Mesir. Tetapi selepas
itu kedudukan itu diambil-alih
oleh orang-orang Hijaz
yang menjadikan Makkah
sebagai pusat ekonomi
yang baru kerana
Yaman dijajah oleh
Habsyah.[8]
Ketika Makkah dipimpin oleh Abdul Manaf, urusan
perdagangan diagihkan tugas
kepada anak-anaknya. Misi-misi
perdagangan dihantar ke Syiria,
Habsyah, Yaman dan
Parsi. Antara barang-barang
dagangan yang diimport ialah
rempah, permata, emas,
sutera dan lain. Manakala, berhala,
buah tamar, kulit
binatang dan lain-lain dieksport melalui
pelabuhan-pelabuhan. Pasar-pasar
diadakan di Makkah dan
sekitarnya. Sistem tukar
barang diamalkan. Aktiviti
perniagaan yang dijalankan
berasaskan riba dan penindasan juga
berlaku kerana mementingkan keuntungan yang
maksima.
Perdagangan menjadi kurang
menguntungkan disebabkan pertelegahan
sesama kabilah. Puak Quraisy
mengekplotasi perdagangan dengan
mengenakan tekanan kepada kaum
Badwi yang tinggal
di padang pasir.
Bagaimanapun , sebagai golongan yang
miskin dan terdesak
kehidupanya, kegiatan merompak
dan merampas barangan
daripada kafilah di padang
pasir merupakan sumber
ekonomi masyarakat Jahiliah. Mereka
menyerang suku-suku yang
dimusuhinya dan merampas
ternakan, wanita, atau
anak-anak. Pergolahan ini tidak
akan berhenti kerana
mangsa rompakan tadi
akan mencari kesempatan untuk menyerang balas
terhadap golongan Jahiliah. Oleh sebab
itulah mereka sentiasa
hidup berpindah –randah.[9]
2.3:ASPEK POLITIK
Akhir
sekali, kita akan mengkaji dan mengupas apa yang dimaksudkan dengan jahiliyah dari segi politik. Dalam
konteks masyarakat Arab jahiliyah sistem politik yang diamalkan oleh masyarakat
badwi adalah berasaskan kabilah dimana terhasilnya kabilah apabila beberapa
kumpulan keluarga membentuk khemah yang disebut Hayy . Hayy ini
bergabung dan terbentuklah satu kaum dan salah seorang ketua dilantik dalam
kalangan mereka yang digelar syeikh kabilah.[10] Fanatisme kekabilahan sanagt diutamakan
sehingga soal kedamaian pun mahu berperang dan boleh dilakukan demi kepentingan
sesebuah kabilah itu.[11] Lain pula dengan golongan Hadhari yang
mengamalkan sistem yang lebih teratur dan tetap tetapi sistem politiknya
bermaacam-macam ragam.[12]
Di
utara pula, jahiliyah politik ini dapat dilihat dengan adanya jajahan takhluk
seperti negara Rome yang mana jajahan takhluknya ialah Syam dan Mesir.
Penyalahgunaan politik berlaku berlaku apabila penduduk agama asal yang
menganut agama nasrani iaitu agama Nabi Isa a.s telah meminda ajaran tersebut
dan membahagikan kepada berbagai-bagai mazhab yang mereka anggap agama yang
berlainan dengan agama nasrani tadi. [13] Ada juga segolongan manusia yang melaksanakan
pemerintahan dengan melakukan kezaliman dan penindasan terhadap rakyat tambahan
pula, mereka berlagak seperti Tuhan.[14]
Kesimpulannya, politik jahiliyah dapat
disimpulkan sebagai satu pemerintahan yang telah diseleweng oleh manusia
sendiri dengan cara mereka sendiri yang telah menimbulkan pelbagai masalah
politik. Dapat juga kita lihat jahiliyah politik masa kini sebagai contoh,
konflik di Syria. Pemerintahan yang dilaksanakan di Syria ialah pemerintahan
kuku besi oleh rejim Presiden Basyar Al-Assad yang telah mendapat perhatian
dunia ekoran kematian ribuan penentang kerajaan di tangan pasukan keselamatan
Syria[15] dimana kuasa politik berada di tangan
pemerintah yang paling kejam dan jahat.
TOPIK 3: CARA ISLAM MENDEPANI JAHILIYAH
حديث أبي مالك الاشعري رضي الله عنه أن رسول الله صلى
عليه وسلم قال : ((أربع في أمتي من أمر الجاهلية لا يتركونهن ، الفخر في الأحساب ،
و الطعان في الأنساب ، والاستسقاء بالنجوم والنياحة)).[16]
Berdasarkan hadith di atas dapat kita
gambarkan bagaimana perilaku orang jahiliyah yang ditentang oleh mana-mana
insan yang mempunyai sifat berperikemanusiaan. Lantas, Islam datang untuk
menghalang kejahilan itu terus berlaku saban hari yang pasti akan mengundang
kekalutan dan kecelaruan kepada umat manusia sendiri. Ini kerana mereka yang
jahiliyah itu tiada pegangan agama yang betul untuk memandu hidup mereka. Sudah
terang lagi bersuluh agama yang benar dan tepat ialah agama Allah yakni agama
Islam.[17]
Lalu, Allah mengutuskan Nabi Muhammad
sebagai manusia yang ditugaskan untuk membawa manusia ke jalan yang benar dan hakiki dengan mengurniakan mukjizat
sebagai bukti kerasulan baginda. Firman Allah s.w.t
Maksudnya:
“Wahai manusia! Sesungguhnya telah sampai
kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmmu, (Muhammad dengan mukjizatnya) dan telah
Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang yakni Al-Quran.
Semenanjung
Arab dan bangsa Arab menjadi tempat pilihan untuk Nabi Muhammad membawa
masyarakat ke arah tersebut kerana bangsa Arab berada di dalam keadaan
jahiliyah iaitu di dalam kekosongan fikrah yang mana keadaan tersebut mudah
diisi dan diterima dengan pembaharuan.
Manusia pada ketika itu diajar tentang ajaran islam yang sangat sistematik
iaitu merangkumi aspek aqidah (kepercayaan), syariat dan akhlak. [19]
Setelah aqidah yang terdiri daripada enam
lapisan iaitu rukun iman di amalkan oleh masyarakat Arab setiap hari. Lahirlah
insan yang berakhlak muttaqin dalam bidang sosial, ekonomi, politik dan
lain-lain. Selain itu, dapt melahirkan insan yang rendah diri, tidak bersifat
egoistic dan individualistic serta mementingkan kemewahan dan kebendaan dunia
dalam hidup.
Sungguh pun Rasulullah sudah wafat, bukan bermakna ajaran Islam itu
terhenti. Umat Islam sepatutnya menjadikan Al-Quran dan Assunnah sebagai
rujukan jika menghadapi masalah dalam kehidupan masyarakat. Meskipun Rasulullah
hidup dalam kalangan orang jahiliyah tetapi mendapat lindungan Allah daripada
perbuatan-perbuatan orang jahiliyah. Sebagai bukti, Nabi Muhammad s.a.w seorang
yang mudah mengikuti masyarakat lain dalam bergotong-royonguntuk membangunkan
kembali Kaabah. Baginda pun membantu mengusung batu-bata tetapi bahagian bawah
jubahnya tidak dibuka seperti orang lain yang mana keadaan jubah itu menganggu
kelancaran baginada mengusung batu-bata tersebut. Melihat perkara itu,
pamannya, iaitu Ibnu Abbas menyeruh baginda melepaskan jubah dan baginda pun
mengikut saranan pamannya. Baru sahaja baginda meniru adat jahiliyah itu,
baginda telah jatuh pengsan. Sejak itu, baginda tidak pernah lagi terlanjang
seperti yang diamalkan orang jahiliyah.[20]
KESIMPULAN
Secara
rumusannya, Masyarakat Jahiliah ialah sebuah masyarakat yang menolak hidayah
Allah dan memilih kekufuran , serta menjadikan hawa nafsu serta makhluk sebagai
tuhan selain Allah, dan mencipta sistem sendiri tanpa merujuk kepada syariaat.
Kehidupan masyarakat jahiliah yang
mengamalkan material sebagai jalan hidup , telah membina tamadun yang membawa
kepada kehancuran.
Namun
setalah muncul nya agama islam, kehidupan masyarakat jahiliah yang gemar
menindas antara satu sama lain,
merendahkan martabat kaum wanita, membunuh bayi perempuan sejak dari kecil,
mengamalkan riba dan perkara-perkara mungkar yang lain dapat dibendung dan
akhirnya ajaran yang dibawa Raulullah SAW dapat membentuk mereka menjadi
masyarakat yang bertamadun meskipun masih ada segelintir yangtetap memilih jalan hidup yang sama.
Meskipun
begitu, kita sebagai masyarakat islam zaman kini seharusnya mengamalkan cara hidup islam yang
benar. Kita seharusnya memupuk diri supaya sentiasa mengabdikan diri kepada
Allah, baik dari segi aqidah mahupun syariaat dan akhlak. .
Masalah sosial yang menular kini seharusnya
kita renung dan bermuhasabah kembali. Masyarakat islam zaman kini sudah mula
dilihat mengamalkan kembali amalan yang dilakukan masyarakat jahiliah dahulu .
Sedangkan kita umat islam telah diberi panduan dan ajaran cara mengamalkan
kehidupan islam yang sebenar.
Jadi seharusnya, kita memandang serius akan
perkara ini dan memupuk diri agar
menjadi umat islam yang lebih baik pengabdiannya kepada Allah sama ada dari
segi aqidah, syariaat mahupun akhlak agar kehidupan ‘ masyarakat jahiliah’ itu
tidak berulang pada kita masyarakat islam akhir zaman ini.
[1] Nik
Mohd Rosdi Nik Ahmad & Nik Kamaliah bt Nik Abdullah. 2008. Kenalilah
Tamadun ( Al-Hadarah). Kuala Lumpur. Visual Print Sdn.Bhd. Hlmn.40
[2] Dr.
Abdul Rahman Bin Haji Abdullah. 2007. Sejarah
dan Tamadun Islam. Pustaka Darussalam. Kedah. Hlmn. 40
[3] Ibid..Hlmn.42-44
[4] Al-Quran, Al-Nahl.16:58,59
[5] Al-Quran,
Al-Anaam.6:137
[6] Op.cit.
Hlmn.43
[7] Op.cit
.Hlmn.44
[8] Op.cit
.Hlmn.44
[9] Op.cit.
Hlmn.46
[10] Nik
Mohd Rosdi Nik Ahmad & Nik Kamaliah bt Nik Abdullah. 2008. Kenalilah
Tamadun ( Al-Hadarah). Kuala Lumpur. Visual Print Sdn.Bhd. Hlmn.46
[11] Muhammad
Al-Ghazaly. 1997. Fiqh Sirah( Menghayati Nilai Riwayat Hidup Nabi Muhammad
s.a.w). Selangor. Klang Book Centre. Hlmn. 37
[12] Op.cit.
Hlmn. 47
[13] Haji
Abdul Hadi Awang. 2001. Fiqh Harakah dari Sirah Nabawiyyah.Selangor.
Dewan Pustaka Fajar. Hlmn.11
[14] Ibid.
Hlmn. 18
[15] Haris
Zulkapli.2012. Kebangkitan Gerakan Islam dalam Fenomena Arab Spring.
Kuala Lumpur. Junadi Resourseas. Hlmn. 40
[16] Hadith
diambil dari:
ابراهيم
العلى . 2007. صحيح السيره النبويه . بيروت . دار النفس . ص.34 &35
[17] Mohd
Fazril Mohd Salleh. 2012. Kebangkitan Tamadun. Dewan Tamadun Islam.Bil.1.Hlmn.
42
[18] Al-Quran:
Surah Annisa ayat 174
[19] Mohd
Noor Jusoh. 2011. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kedah. Sarjana Media
Sdn.Bhd. Hlmn.35
[20] Dr.Mahdi
Rizqullah Ahmad.2009. Biografi Rasulullah. Indonesia. Qisthi Press.Hlmn.
144
No comments:
Post a Comment