Translate

Saturday, September 12, 2015

misteri cap jari

PENDAHULUAN

Firman Allah dalam surah annisa ayat 174:
يايها الناس قد جاءكم برهن من ربكم وأنزلنا إليكم نورا مبينا(174)
Maksudya:
Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak).
Al- Quran ialah wahyu Allah dan peninggalan rasulullah s.a.w yang akan kekal memandu manusia ke jalan yang diredhai Allah hingga ke hari kiamat. Menurut imam Ghazali, seluruh cabang ilmu pengetahuan yang terdahulu dan yang kemudian sama ada yang telah ditemui atu belum semua sumbernya daripada al-Quran. Ini dapat disimpulkan bahawa segala ilmu adalah daripada al-Quran dan lebih tepat lagi, ilmu merupakan kurniaan Allah. Terbuktilah bahawa Allah s.w.t sangat berkuasa dan kita tidak boleh meraguinya.
Al-Quran juga merupakan mukjizat abadi Nabi Muhammad s.a.w. Tidak hairanlah apabila al-Quran menjadi kitab yang paling banyak dibaca oleh manusia serta dikaji isi kandungannya. Maka, apabila ditemui penemuan yang dikaji membuktikan bahawa al-Quran ini adalah benar. Kajian kami akan menyingkap rahsia yang terdapat di sebalik cap jari .


ISI KANDUNGAN
PENDAHULUAN                                                                                   1
TOPIK 1
            1.1: PENGENALAN CAP JARI                                                            3 & 4
1.2  : PENGANTAR HISTORI                                                                  5                                                   

TOPIK 2
2.1  : BUKTI DARIPADA AL-QURAN                                                     6
          2.2 : BUKTI DAN PANDANGAN SAINTIFIK                                        7
         2.3 : FAKTA-FAKTA DAN PENJELASAN ILMIAH                                8

TOPIK3
3.1 : APLIKASI CAP JARI DARI SUDUT KESIHATAN                          9
3.2 : APLIKASI CAP JARI DALAM MENGESAN JENAYAH                10

KESIMPULAN                                                                                              12
BIBLIOGRAFI                                                                                               13


TOPIK 1
1.1:  PENGENALAN CAP JARI  

 Cap jari mempunyai pengertian  yang istimewa, Hal ini adalah kerana bentuk dan fizikal set cap jari itu sentiasa ada pada setiap individu. Malah, setiap individu yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia juga mempunyai set cap jari yang unik bagi diri mereka sendiri. Apabila  turunnya ayat daripada Allah S.W.T, menyatakan  dalam Quran amat mudah bagi-Nya untuk membangkitkan manusia selepas mati. Cap jari manusia secara khusus ditekankan dalam surah Qiyamah iaitu[1]:
لآ أقسم بيوم القيمة (1) ولآ أقسم بالنفس اللوامة (2) أيحسب الانسن الن نجمع عظامة (3) بلى قدرين على أن نسوى بنانه (4)
  ( Surah Qiyamah:1-4)
Maksudnya:
            Aku bersumpah dengan hari kiamat (1) Dan aku bersumpah demi jiwa yang selalu  menyesali (dirinya sendiri)  (2) Apakah manusia mengira, bahwa kami tidak akan mengumpulkan kembali tulang belulangnya (3)  Bahkan  kami mampu menyusun kembali jari jemarinya dengan sempurna (4)
           Cap jari adalah satu bukti penting dalam mengenal identiti pengenalan diri seseorang itu. Tambahan pula, pasangan yang dilahirkan kembar sekalipun mempunyai cap jari tersendiri walaupun mereka mempunyai DNA yang serupa. Selain itu, cap jari adalah satu bentuk yang kekal hingga ke akhir hayat kecuali terdapat parut yang kekal di tempat tersebut. Malah, tedapat beberapa penjelasan pakar tafsir tentang cap jari ini. Pendapat daripada Al-Qurtubi, bermula daripada perkataan البنان  iaitu jari, apa yang dikatakan oleh kalangan orang Arab. Malah kalimah  بنانة menunjukkan keseluruhan jari.[2]   
          Jelas dan terbuktilah bahawa kekuasaan Allah dalam mencipta anggota  fizikal manusia terutama cap jari  adalah sebuah fakta yang menarik dan ajaib sekaligus menarik tumpuan kita untuk mengkaji dengan lebih terperinci. Kehebatan yang diciptakan oleh Allah mempunyai hikmah sebaliknya, kerana dari situ cap jari menjadi pengenalan individu untuk mencari jalan penyelesaian dalam sesuatu masalah dan jenayah.





1.2: PENGANTAR HISTORI(SEJARAH)
         
              Pada tahun 1823 seorang pakar saraf  iaitu Cheko Purkinje telah berjaya merumuskan hakikat sidik jari atau lebih diketahui sebagai cap jari .Cheko Purkinje menemukan bahawa garis-garis lembut yang ada dihujun setiap jari berbeza-beza antara satu sama lain. Garis-garis ini terbahagi kepada 3 bentuk iaitu lengkungan, lingkaran, bulatan atau bentuk keempat yang disebut bertingkat kerana tersusun dari bentuk-bentuk yang banyak sekali.[3]
 Pada tahun 1858,ilmuan inggeris Wiliam Herschell memberitahu adanya perbezaan jari manusia yang boleh menjadi bukti identiti setiap orang. Pada tahun 1882 pula,  Dr Francis Galton membuktikan bahawa bentuk sidik jari selamanya tidak akan berubah meskipun banyak kejadian yang menimpanya. Bahkan ,salah seorang ilmuan menemukan bahawa salah satu mummia di Mesir yang diawekkan beribu-ribu tahun tetap boleh dikenali dengan sidik jarinya yang masih jelas kelihatan dengan pancaindera yang dikurniakan Allahkepada kita. Selain itu, Gilton menjelaskan tidak ada seorang pun di dunia ini yang memiliki garis halus yang sama dan ditegaskannya lagi bahawa kelok ini sudah nampak pada jari-jari janin ketika di dalam perut ibunya lagi[4] . Sungguh menghairankan, garis-garis ini sudah tampak pada kulit janin, saat ia masih di dalam perut ibunya, yakni ketika berumur 100-120 hari. Cap jari juga tidak akan berubah meskipun berlaku kecederaan seperti terbakar.

            TOPIK 2
2.1: BUKTI  DARIPADA AL-QURAN
Mengikut kefahaman agama dalam Islam, seluruh manusia di atas muka bumi ini akan dihidupkan dan dibangkitkan pada hari pembalasan. Di mana sebelum itu manusia akan mati dan dikuburkan sehingga tubuh serta jasad manusia akan mereput dimamah ulat,cacing dari tahun demi tahun. Allah telah berjanji di dalam al-Quran bahawa manusia akan dibangkitkan pada hari kiamat kelak dengan mengumpulkan kembali tulang belulang dari mana sahaja walaupun telah menjadi atom, zarah atau debu-debu halus[5]. Allah berfirman melalui surah Al-Qiyamah ayat 3 dan 4:
أيحسب الإنسن ألن نجمع عظامهُِ بل يريد الإنسان ليفجر أمامهُِ                                                                   
Apakah manusia mengira, bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-belulangnya? (Bahkan) Kami mampu menyusun (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna.”
  
Merujuk ayat lafaz banaanah ertinya ‘hujung-hujung jarinya’ menunjukkan betapa rupa bentuknya yang sangat ajaib. Kekuasaan dan kebesaran Allah jelas terpancar apabila rajah dan jaluran jari-jemari setiap orang tidak sama antara satu sama lain. Disebabkan perbezaan inilah lahirnya hikmah penciptaan tuhan iaitu dijadikan pengenalan diri seseorang yang menjadi teras penyelesaian banyak masalah yang melibatkan cap jari dan kemanusiaan.[6]
      Satu hal lagi yang menakjubkan adalah Allah mampu menyusun kembali jari-jemari secara sempurna. Kalangan pakar tafsir telah berupaya menyingkap rahsia jari-jemari dan menunjukkan nilai-nilai kreatif yang terkandung dalam struktur pangkal-pangkal jari yang terdiri dari tulang-tulang lembut, juga komposisi kuku di dalamnya, ada saraf-saraf sensitive dan sebagainya.[7]

    Inilah beberapa bukti dan keterangan kepada manusia yang mengingkari hari kebangkitan dan fakta inilah yang dibuktikan oleh penemuan-penemuan dan percubaan ilmiah sejak akhir abad 19.

2.2: BUKTI DARIPADA KAEDAH SAINTIFIK
Merujuk Encyclopedia Britanica bahawa cap jari berperanan sebagai penjaga kesalahan dalam mengidentifikasikan seseorang disebabkan susunan garis atau lekuk pada jari setiap manusia bersifat tunggal,dalam erti kata lain tidak ada menyamai dan tidak berubah seiring dengan bertambahnya usia[8].
Para saintis telah mengkaji bahawa setiap manusia mempunyai cap jari yang berlainan identiti dan cap jari merupakan pola bekas yang tinggal pada mana-mana permukaan rata oleh kulit timbul pada hujung jari. Kulit timbul ini juga dikenali sebagai “rabung dermis” atau “papilia dermis”. [9]
       Asas pengenalan cap jari adalah kekal dan berlainan. Secara teori, sebahagian besar ciri-ciri cap jari ditentukan oleh persekitaran pada tempoh bulan ke-3 dan ke-4 semasa mengandung dan ia tidak bertukar. Secara fakta, tiada seorang individu pun termasuk kembar seiras yang memiliki cap jari yang sama.
       Sir Francis Galton mendapati bahawa cap jari biasa memiliki 35-50 titik pengenalan (minutiae) dan kemungkinan dua yang sama adalah 1 dalam 64 billion. Hujung jari bukannya satu-satu bahagian badan manusia yang mempunyai rabung geser (friction ridges).[10] Ia juga terdapat pada sepanjang jari,telapak tangan dan kulit yang seumpanya pada ibu jari kaki dan ianya turut juga digunakan sebagai forsenik. Antara fungsi yang terpenting melalui perbezaan cap jari manusia ini ialah pembentukan sistem pengenalan diri dan dapat kepelbagaian perbezaan cap jari sistem pengenalan dapat dibentuk.[11]
       Pembentukan sistem pengenalan ini dapat membantu menyelesaikan masalah jenayah apabila teknologi DNA (Deoxyribonucleic Acid) dan dapat perbezaan cap jari dikenal pasti oleh Unit Forensik pihak polis.[12] Sejumlah doktor pernah melakukan studi saraf secara mendalam ke atas beberapa orang dengan pelbagai jenis kelamin dan umur. Mereka mengeluarkan fakta yang dimana tidak ada seorang pun yang mampu menyamakan garis-garis jari meskipun hanya diantara dua orang sahaja.

2.3  : FAKTA-FAKTA DAN PENJELASAN ILMIAH
Tujuan Allah mencipta epidermal ridge atau cap jari kerana dua tujuan iaitu yang pertama, untuk menghasilkan satu permukaan yang berliku-liku di atas permukaan kulit kita agar dapat menghasilkan geseran-geseran yang membantu kita untuk berjalan dan memegang sesuatu barang. Kawasan yang paling tinggi kandungan epidermal ridge ini adalah permukaaan tapak kaki dan tapak tangan.tujuan yang kedua ialah bertujuan untuk hasilkan identity diri sendiri.[13]
Empat fakta yang didapati ialah pertama ,pembentukan garis-garis jari pada janin berlangsung pada bulan ke-4. Garis -garis ini akan tetap dan tidak berubah sepanjang hidupnya. Fakta yang kedua, garis-garis  jari adalah duplikasi kelak-kelok yang muncul kerana pelebaran lapisan kulit luar dengan kulit ari. Ketiga, kelak-kelok  ini antara orang berbeza-beza sehinnga tidak ada  dua orang yang cap jarinya sama. Keempat, garis-garis ini menjadi seperti alat untuk mengidentifikasikan identiti seseorang. [14]
Jelas di sini bahawa tujuan Allah menjadikan cap jari adalah sama dengan fakta sains yang dijumpai. Terbukti bahawa sains dan al-Quran dua perkara yang sangat berkait rapat.

TOPIK 3
3.1: APLIKASI CAP JARI DARI SUDUT KESIHATAN
Jari-jemari manusia menyimpan seribu satu rahsia dan antara misteri rahsia jari adalah penentu kesihatan manusia. Sebagai bukti kekuasaan Ilahi yang menciptakan jari bagaimana penghidap kencing manis adalah dinasihatkan oleh pakar kesihatan untuk membuat pemeriksaan sendiri antaranya pada jari-jemari dan juga jari kaki yang sering kebas bagi mengesan tanda luka atau jangkitan kuman.[15]
             Selain itu, perokok yang tegar  juga dapat dikesan melalui tanda-tanda tindak  balas bahan kimia dalam rokok yang terdapat di jari-jemari. Antara kesan serius ialah kulit cepat berkedut,gigi dan jari-jemari menjadi kuning kerana buktinya setiap kali perokok menyedut,ia akan menyerap masuk lebih dari 4,700 bahan kimia yang telah terbukti memberi kesan buruk pada setiap inci anggota tubuh badan.[16]
    Hakikatnya cap jari dan jari manusia merupakan tanda diantara tanda kekuasaan dan kebesaran Allah.   


3.2: APLIKASI CAP JARI DALAM MENGESAN KES JENAYAH
Beberapa sindiket penjenayah di Chicago, Amerika yang member alas an mampu mengubah cap jari mereka kononya. Untuk itu, mereka mengupas kulit jari-jari mereka dan menggantikan dengan memotong daging baru yang diambil dari bahagian yang lain dari tubuh mereka. Tetapi malang sekali mereka menemukan bahawa potongan kulit yang ditampal tersebut tumbuh dan memiliki cap jari yang sama dengan sebelumnya.[17]
             Dalam kes pecah amanah dua kakitangan Tabung Haji di Sandakan, Sabah, didapati pecah amanah sebanyak RM400 000 diarah membayar semula. Hal ini dapat dikesan dengan cara mengambil cap jari pemilik akaun dan kes ini selsesai disiasat.[18]
Hal ini dapat mendorong autoriti polis untuk menjadikan cap jari sebagai sebagai bukti paten untuk mengenali seseorang dan mengesan penjenayah.
















     KESIMPULAN
Sudah terang lagi bersuluh, cap jari manusia menyimpan banyak keajaiban yang kita tidak tahu selama ini. Segala sesuatu penciptaan Allah menunjukkan kebesarannya dan orang yang beriman akan menundukkan pandangan hati kepada kebesaran Allah. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Jathiyah ayat 1-6
حم (1) تنزيل الكتاب من الله العزيز الحكيم (2) إن فى السموت والأرض لأيت للموءمنين (3) وفي خلققكم وما يبث من دابة ءايت لقوم يوقنون(4) واختلف اليل والنهار وما أنزل الله من السماء من رزق فأيا به الارض بعد موتها وتصريف الريح ءايت لقوم يعقلون (5) تلك ءايت الله نتلوها عليك بالحق فبأي حديث بعد الله وءايته يوءمنون (6).
Maksudnya:  Haa Miim.(1) Kitab (ini) diturunkan dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.(2) Sesungguhnya pada langit dan bumi benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) untuk orang-orang yang beriman.(3) Dan pada penciptaan kamu dan pada binatang-binatang yang melata yang bertebaran (di muka bumi) terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) untuk kaum yang meyakini(4) dan pada pergantian malam dan siang dan hujan yang diturunkan Allah dari langit lalu dihidupkan-Nya dengan air hujan itu bumi sesudah matinya; dan pada perkisaran angin terdapat pula tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berakal.(5) Itulah ayat-ayat Allah yang Kami membacakannya kepadamu dengan sebenarnya; maka dengan perkataan manakah lagi mereka akan beriman sesudah (kalam) Allah dan keterangan-keterangan-Nya.(6)


BIBLIOGRAFI

1.        Harun Yahya. 2003. Keajaiban Al-Quran . Johor Bharu. Comtech Marketing Sdn.Bhd.
2.      Yusuf Al-Hajj Ahmad. 2010. Sains Moden Menurut Pperspektif Al-Quran dan Assunnah. Johor Bharu . perniagaan Jaha Bersa Sdn. Bhd. Hlmn.288
4.      Iskandar Shah Mohamed. 2010.  http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Selesaikestertangguh/Article/index_html. 3 November.
5.      Mohamad Shukri Osman. 2008. Menyingkap Rahsia Kebesaran Allah Melalui Jari-jemari. Manusia.Majalah Islam. September.  




[1] Al-Quran . Al-Qiyamah .75 :1-4
[2]  Harun Yahya. 2003. Keajaiban Al-Quran . Johor Bharu. Comtech Marketing Sdn.Bhd. Hlmn.63
[3]  Yusuf Al-Hajj Ahmad. 2010. Sains Moden Menurut Pperspektif Al-Quran dan Assunnah. Johor Bharu . perniagaan Jaha Bersa Sdn. Bhd. Hlmn.288
[4]  Ibid. hlmn 288
[5] Mohamad Shukri Osman. 2008. Menyingkap Rahsia Kebesaran Allah Melalui Jari-jemari Manusia. Majalah Islam. September .Hlmn. 41
[6] Ibid. hlmn .42
[7] Yusuf Al-Hajj Ahmad. 2010. Sains Moden Menurut Pperspektif Al-Quran dan Assunnah. Johor Bharu . perniagaan Jaha Bersa Sdn. Bhd. Hlmn. 290
                                                                
[8] Ibid. hlmn. 290
[9] Op.cit. hlmn. 42
[11] Op.cit. Hlmn.42
[12] Op.cit.Hlmn.42
[14] Yusuf Al-Hajj Ahmad. 2010. Sains Moden Menurut Pperspektif Al-Quran dan Assunnah. Johor Bharu . perniagaan Jaha Bersa Sdn. Bhd. Hlmn. 290
[15] Mohamad Shukri Osman. 2008. Menyingkap Rahsia Kebesaran Allah Melalui Jari-jemari. Manusia.Majalah Islam. September. Hlmn.42

[16] Ibid. hlmn. 42
[17]  Op.cit .hlmn. 291

No comments:

Post a Comment