Translate

Saturday, September 12, 2015

nasib wanita terlanjur dan anak tidak sah taraf



KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR
NASIB WANITA TERLANJUR DAN
ANAK TIDAK SAH TARAF
OLEH: IZZATUL IQLIMA BINTI ABD LATIF, NUR SYAIRAH    BINTI YUSOP, DAN NUR SYAHIRA ATHIRAH BINTI ALI

ABSTRAK
Dasawarsa , isu sosial semakin membarah. Kelahiran anak tidak sah taraf yang semakin menular membawa kepada kekusutan pelbagai pihak. Mereka bertali arus cuba menyelesaikan fenomena kemanusiaan dan kemasyarakatan ini dengan mengkaji punca-puncanya. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang nasib anak tidak sah taraf. Melihat implikasi-implikasi lahirnya anak sebegini dalam kalangan masyarakat Malaysia khasnya. Selain itu, usaha yang dilakukan pelbagai pihak diambil kira untuk melihat keberkesanan dalam menangani masalah anak luar nikah yang lahir seorang 17 minit . Fakta ini adalah berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari tahun 2000 hingga Julai 2009. Malah, bagaimana pula riaksi dan penerimaan masyarakat. Masih adakah yang prihatin? Kajian ini turut melihat kesan dan akibat daripada masalah yang rungsing ini. Malah, kita juga akan melihat peruntukkan dan hukuman berkaitan kelahiran anak tidak sah taraf di bawah kanun kesiksaan Malaysia dan perspektif islam. Akhirnya, kajian ini akan membuat analisa melalui metodologi perbandingan dan sistem Islam untuk melahirkan beberapa saranan, cadangan, serta mekanisma yang difikirkan paling tepat bagi memperbaiki sistem yang sedia ada agar masalah kelahiran anak tidak sah taraf dapat dibendung dan diselesaikan.




PENDAHULUAN

Isu wanita terlanjur dan anak tidak sah taraf  di Malaysia sudah menjadi masalah sosial yang lumrah dan tidak asing lagi kepada masyarakat hari ini. Kisah-kisah tentang wanita terlanjur serta anak tidak sah taraf  sering mendapat liputan utama di dada akhbar, manakala kes-kes wanita hamil tanpa nikah yang berada di pusat pemulihan semakin bertambah dari semasa ke semasa. Statistik kelahiran anak luar nikah daripada Jabatan Pendaftaran Negara bagi tahun 2000 sehingga Julai 2008 mencatatkan bilangan yang sangat besar, iaitu 155,744 orang.[1]

Pelbagai usaha dilaksanakan bagi membendung masalah ini, antaranya ialah
menempatkan pesalah sosial di pusat pemulihan akhlak, mewujudkan pusat
penjagaan bayi bagi bayi yang tidak dikehendaki dan memberi latihan kemahiran
diri bagi membantu golongan yang bermasalah ini meneruskan kehidupan pada
masa akan datang.
















TOPIK 1 ; PANDANGAN ISLAM TENTANG WANITA TERLANJUR DAN ANAK TAK SAH TARAF SERTA STATISTIK

STATISTIK ANAK TIDAK SAH TARAF BAGI NEGERI-NEGERI (2000-2010)[2]


2000
2001
2002
2003
2004
2005
2006
2007
2008
2009
2010

JOHOR

2620

2973

3058

3136

3812

4011

4409

5239

5622

5425

5251

KEDAH

1046

932

963

940

1098

1116

1354

1799

1741

1742

1754

KELANTAN

517

529

591

646

659

775

850

1076

1145

1221

1279

MELAKA

610

619

659

698

699

707

815

977

1065

1077

984

N.SEMBILAN

751

728

869

1180

1286

1319

1535

1645

1658

1577

1654

PAHANG

1003

1111

1133

1093

1263

1295

1788

2125

1960

2177

2182

P.PINANG

1190

1186

1105

1010

1068

1144

1375

1572

1573

1679

1586

PERAK

2650

2227

2265

2002

2128

2122

2383

2599

2746

2945

3060

PERLIS

79

91

84

122

136

126

171

319

235

244

207

SELANGOR

3559

3553

3853

4076

4547

4222

4993

5728

6162

6211

6610

TERENGGANU

248

310

329

386

235

500

588

701

824

952

891

SABAH

768

2259

2912

3671

5370

8686

9978

10063

10638

15207

15645

SARAWAK

1063

1744

2044

2287

2888

2805

3553

4907

5444

6027

6099

KUALA LUMPUR

2563

2599

2546

2889

2606

2899

3340

4015

4375

3883

3838

LABUAN

98

139

133

126

151

179

195

256

336

394

353

PUTRAJAYA

0

0

0

0

0

535

931

1213

1298

1618

1589




Pada usia remaja, seseorang boleh mengalami pelbagai perubahan yang drastic termasuk perubahan emosi , jasmani dan sosial. Tidak kurang juga golongan remaja yang telah berjaya dan mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang. Namun, kedudukan remaja ini tidak boleh dianggap selesa dan selamat kerana dalam usia remaja banyak pengaruh rakan- rakan serta mengikut hawa nafsu. Maka dijelaskan juga dalam al-Quran menyeru agar manusia jangan sesekali menghampiri zina. Firman Allah:
ولا تقربوا  الزنى[3]
( Al-Quran, Al-Isra’. 17: 32)

 Keruntuhan akhlak di kalangan remaja terutama remaja Islam akan mendatangkan musibah yang besar bermula dengan menjalinkan hubungan yang tidak halal kemudian ke fasa yang lebih serius sehingga akhirnya melahirkan anak tidak sah taraf. Malah , Islam telah menetapkan hukuman yang setimpal kepada mereka yang melakukan hubungan terlarang ini.

Anak tak sah taraf dalam istilah bahasa Arab disebut walad al-zina yang
bermaksud anak zina atau anak luar nikah. Para Fuqaha’ bersepakat bahawa
anak zina ialah merujuk kepada anak yang dilahirkan hasil perzinaan dan bukan
daripada perkahwinan yang sah atau persetubuhan syubhah (persetubuhan oleh
lelaki dan perempuan yang menyangka mereka adalah suami isteri yang sah).
Oleh itu kesahtarafan seseorang anak adalah merujuk kepada perkahwinan yang
sah daripada kedua ibu bapanya. Rasulullah S.A.W bersabda :

Maksudnya : (Kesahtarafan) seorang kanak-kanak berpunca daripada tempat
tidur (kedua ibu bapanya yang sah) dan seorang penzina adalah layak ditahan.
(Riwayat Al-Bukhari)

Berdasarkan peruntukan Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 (Akta 303)
seksyen 2 mentafsirkan anak tak sah taraf adalah satu istilah yang digunakan
bagi anak yang tidak mempunyai nasab atau hubungan darah yang sah
sepertimana berikut :
tak sah taraf, berhubungan dengan seseorang anak, ertinya dilahirkan di luar
nikah dan bukan anak dari persetubuhan syubhah[4]

Pendapat yang telah difatwakan di Malaysia iaitu Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-6 pada 27 Julai 2004 memperincikan takrifan anak tidak sah taraf sebagai:
                                i.            Anak yang dilahirkan luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persebutuhan syubhah atau anak perhambaan.
                              ii.            Anak yang dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah(saat) mengikut takwim kamariah daripada tarikh tamkin(setubuh).
                            iii.            Anak yang dilahirkan lebih dari 6 bulan 2 lahzah(saat) mengikut takwim kamariah daripada tarikh tamkin(setubuh) selepas akad yang sah dan ada bukti dari segi syarak bahawa anak tersebut ialah anak tanpa nikah melalui iqrar
( pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri atau salah seorang daripadanya) atau empat orang saksi yang memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syarak.[5]








TOPIK 2 ; IMPLIKASI  WANITA TERLANJUR DAN ANAK TAK SAH TARAF DALAM ISLAM

Terdapat beberapa implikasi berhubung kedudukan anak taksah taraf dalam
Islam. Implikasi-implikasi tersebut ialah :

i. Penamaan dan Nasab[6]

Anak tidak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada bapanya yang telah melakukan zina tersebut, sebaliknya dinasabkan kepada ibunya.Walaubagaimanapun, si anak boleh dibinkan Abdullah atau mana-mana nama Abdul yang dipadukan dengan nama Allah seperti Abdul Rahman, Abdul Rahim, Abdul Hadi atau sebagainya.

ii. Pergaulan dan Hubungan.[7]

Dalam Islam anak tak sah taraf bebas menjalin apa-apa hubungan atau aktiviti seperti mana yang dilakukan oleh kanak-kanak Islam yang sah tarafnya. Hukum pergaulan anak tak sah taraf dengan lelaki yang melakukan persetubuhan dengan ibunya adalah sama dengan lelaki asing yang tiada kaitan dengannya (bukan mahram) kecuali lelaki tersebut menjadi suami
ibunya maka hubungannya adalah sebagai ayah tiri. Perhubungan antara anak tak sah taraf dengan anak-anak di sebelah ibunya yang sah taraf dan ahli keluarga sebelah ibunya yang lain adalah hubungan kekeluargaan yang sah. Namun, perhubungan ini tidak boleh diperluaskan kepada keluarga sebelah bapanya yang tidak sah kerana keluarga bapa bukan termasuk ahli keluarganya.







iii.Batasan aurat.[8]
Orang yang dikira maharam bagi anak ini ialah ibu yang melahirkannya dan semua saudara sebelah ibunya sahaja, datuk, nenek, pakcik, makcik dan anak saudaranya. Begitu juga adik-beradiknya yang seibu. Jadi, dibolehkan bersentuhan dan mendedahkan aurat pada kadar kebiasaan. Adapun ayah kandungnya dan semua pihak di sebelahnya ialah orang asing (ajnabi) dan mereka bukannya mahram bagi anak tersebut serta bukan kaum kerabatnya. Maka, jika anak luar nikah ini ialah seorang perempuan, wajib baginya menutup keseluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan di hadapan “ayah”nya itu dan tidak boleh bersentuhan kulit seperti bersalaman. Wuduknya juga akan terbatal mengikut mazhab Syafi’e. Namun, apabila kedua ibu-bapanya menikah, sama ada sebelum atau selepas melahirkan anak tersebut, maka hokum aurat luar nikah ini akan berubah. Ini kerana, setelah akad nikah, lelaki itu telah sah menjadi suami kepada ibunya. Apabila lelaki tersebut bersetubuh dengan ibunya , maka lelaki ntadi telah sah menjadi ayah tirinya. Dalam Islam menggariskan bahawa ayah tiri termasuk mahram iaitu haram dinikahi selama-lamanya.
 
iv.Nafkah.
Tanggungjawab nafkah dan saraan hidup anak tak sah taraf terletak kepada ibunya. Ini adalah kerana anak tak sah taraf dinasabkan kepada ibunya dan tidak kepada lelaki yang menyetubuhi ibunya.Peruntukan mengenai tanggungjawab nafkah ini juga terdapat dalam
Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 (Akta 303) seksyen 80 (1)
iaitu :
Jika seseorang perempuan cuai atau enggan menanggung nafkah seseorang anaknya yang tak sahtaraf yang tidak berupaya menanggung nafkah dirinya, melainkan seorang anak yang dilahirkan akibat rogol, mahkamah boleh, apabila hal itu dibuktikan dengan sewajarnya, memerintahkan perempuan itu memberi apa-apa elaun bulanan yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah.




v. Penjagaan.
Hubungan nasab (keturunan) anak tak sah taraf dengan ibu serta ahli keluarganya tidak terputus. Oleh itu tanggungjawab menjaga anak tak sah taraf menjadi tanggungjawab ibu dan ahli keluarga di sebelah ibunya. Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 (Akta 303) seksyen 85 memperuntukkan bahawa :
Penjagaan kanak-kanak tak sahtaraf adalah semata-mata pada ibu dan saudara mara ibu.

Peruntukan ini selaras dengan kehendak Hukum Syarak yang menetapkan hubungan nasabnya (keturunan) hanya dengan ibunya sahaja. Kedudukan ini sudah tentu memberikan hak penjagaan kepada ibunya atau ahli keluarga ibunya.

vi. Harta Pusaka.
Anak tak sah taraf tidak terputus hubungan kekeluargaan dengan ibunya. Begitu juga ibu tidak terputus hubungan kekeluargaan dengan anak tersebut. Oleh itu, kedua-duanya boleh mewarisi pusaka antara satu sama lain.

Seseorang anak tak sah taraf tidak boleh mempusakai harta bapanya yang tidak sah. Begitu juga bapa tidak boleh mewarisi harta anak tersebut kerana kedua-duanya telah terputus hubungan kekeluargaan.

vii. Kematian.
Kematian seorang anak tak sah taraf yang belum baligh adalah menurut hukum agama ibunya. Jika ibunya beragama Islam, maka dia dihukum sebagai seorang Islam. Oleh itu mayatnya hendaklah diurus secara pengurusan jenazah Islam. Jika ibunya bukan seorang yang beragama Islam, maka di dihukum sebagai bukan seorang beragama Islam sekalipun lelaki yang menyetubuhi ibunya adalah seorang Islam.





viii. Pertukaran Status Anak Tak Sah Taraf

Seseorang anak tak sah taraf boleh bertukar sifatnya apabila dia dibuang oleh ibunya dan dijumpai oleh orang lain. Pada ketika itu statusnya akan bertukar menjadi anak laqit (iaitu anak pungut). Dia akan menjadi anak angkat kepada sesiapa yang memungut dan diberi tanggungjawab memeliharanya berdasarkan peruntukan yang diberikan kepada seorang anak angkat.

       

















TOPIK 3 : USAHA- USAHA PELBAGAI PIHAK DALAM MENANGANI MASALAH         WANITA TERLANJUR DAN ANAK TIDAK SAH TARAF

               Sedai maklum, pembuangan bayi adalah bermula dengan kelahiran anak luar nikah atau anak tidak sah taraf dari pasangan yang tiada ikatan perkahwinan yang sah. Sangat mengecewakan kerana kes ini meningkat hari demi hari, tahun demi tahun. Tambahan pula, statistic menunjukkan golongan Melayu yang beragama Islam mencatatkan kedudukan paling tinggi. Menurut Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, isu pembuangan bayi bukanlah satu kesalahan yang boleh di pandang enteng. Katanya lagi, “ saya tidak mahu ada pihak mengambil ringan kes pembuangan bayi sehingga membiarkan kes ini menjadi budaya yang menular dalam masyarakat seolah-olah kita berada pada zaman jahiliyah”.[9] Rentetan itu, apakah reaksi dan tanggungjawab kita? Oleh itu, tindakan yang sepatutnya harus dilakasanakan untuk membendung perkara ini.
3.1 SEKOLAH HARAPAN DAN RUMAH HARAPAN (SHRH)
               Sekolah Harapan dan Rumah Harapan  yang terletak di Jalan Pegawai, Jasin, Melaka iaitu di bangunan lama milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) beroperasi dari jam 8 pagi hingga 10 malam. Kerajaan memperuntukkan Rm 100,000 untuk kos baik pulih dan sekolah itu mempunyai empat kelas, bilik computer, bilik mesyuarat dan pejabat pentadbiran. SHRH yang telah beroperasi pada awal September 2010 sudah menerima 49 remaja hamil dan bilangannya dijangka meningkat kerana permohonan terus bertambah.[10]
SHRH adalah di bawah kendalian Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang ditubuhkan untuk membantu remaja yang berkahwin awal dan pasangan terlanjur dalam membina kehidupan dan membesarkan bayi sambil dapat  meneruskan pelajaran di sekolah itu tanpa gangguan masyarakat. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, ‘ remaja dari negeri ini yang perkahwinannya mengalami masalah juga boleh meneruskan pelajaran mereka di sini. Kita akan membantu mereka daripada melakukan perkara yang tidak baik seperti buang bayi atau lari dari rumah”. Katanya lagi, “cadangan penubuhan sekolah itu untuk member peluang kedua bagi pasangan muda yang sydah terlanjur untuk meneruskan kehidupan tanpa gangguan masyarakat lain sambil meneruskan pendidikan di sini”. [11]
         
           3.2 : PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
       ( PKSPUKM).
               Satu lagi usaha yang dilakukan ialah dengan penubuhan PKSPUKM yang ditubuhkan untuk membantu wanita hamil anak luar nikah dan lebih utama lagi adalah untuk membendung masalah pembuangan bayi.[12] Jabatan Kerja Sosial , Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia tampil menjelaskan alternative yang dapat dikongsi bersama masyarakat agar isu ini dapat ditangani. Jelas, objektif penubuhan PKSPUKM  adalah untuk memastikan kesihatan , kebajikan, dan keperluan ibu ketika mengandung dan selepas melahirkan anak sekaligus memasyikan kesihatan , kebajikan dan keperluan ibu tersebut.
               Suraiyah Harun merupakan Pegawai Kerja Sosial Perubatan PKSPUKM  dalam sesi pembentangan kertas kerja yang bertajuk  “ Pengurusan Kes Ibu Tanpa Nikah di Pusat Perubatan UKM”  menjelaskan, pihaknya menerima sesiapa sahaja di kalangan ibu tanpa nikah untuk mendapatkan rawatan antenatal dan postnatal di sini. Kebanyakan  kes yang diterima ialah apabila pesakit dating sehari sebeleum bersalin. Hanya 10% yang  dating dan mendapatkan rawatan artenal di PPUKM. Pakar penasihat perubatan yang merawat pesakit ini akan mengenalpasti status kes ibu hamil tanpa nikah dan seterusnya bertindak merujuk kepada kes ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan dengan segera. [13]
               Rentetan itu, melalui maklumat yang diperoleh, alternative yang diambil iaitu dengan beberapa tindakan serta intervensi psikologi bertujuan memberikan terapi sokongan emosi kepada pesakit bagi mengembalikan keyakinan diri. PKSPUKM bukanlah badan yang akan menetapkan hidup seseorang ibu hamil itu, tetapi PKSPUKM ialah satu badan yang bermatlamat membantu pesakit untuk membuat pilihan bersesuaian dan membekalkan pesakit dengan maklumat tentang pengurusan bayi serta diri sendiri. Tambahan lagi, PKSPUKM bukanlah tempat atau perantara yang akan mengatur kepada siapa bayi tersebut akan dijaga bahkan PKSPUKM lebih menggalakkan supaya pesakit bersedia memberitahu waris mereka tentang diri pesakit. Justeru, PKSPUKM di sini bertindak sebagai orang tengah yanag akan menjelaskan sebaik mungkin dan sedaya upaya akan meyakinkan keluarga pesakit agar menerima anak mereka.[14]

3.4 : PUSAT KEBAHAGIAAN WANITA DAN REMAJA ( KEWAJA)
               KEWAJA ditubuhkan atas dasar simpatiuntuk melindungi gadis terlanjur. Menurut pengetua KEWAJA , Yahya Muhamad Yusof, “ pusat ini telah membela ratusan malah ribuan remaja yang terlanjur dan hamil sejak ditubuhkankira-kira 12 tahun yang lalu. Yanya, seorang yang aktif dalam bidang kebajikan yang berperanan sebagai kaunselor, matlamat utamanya adalah untuk memberi kesedaran  serta  membimbing remaja yang rosak akhlak dan penagih dadah. Beliau juga mengakui pada mulanya tidak berani untuk mengambil remaja hamil tanpa nikah di bawah tanggungan KEWAJA kerana memikirkan risiko yang akan diterima. Katanya, “ melihatkan betapa ramainya orang membuang bayi ketika itu, saya merasakan satu tanggungjawab dan perlu lakukan sesuatu untuk menangani masalah ini”. Jelas disini, betapa mulianya peribadi Yahya. [15]
               Yahya mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam bidang kaunseling terhadap penagih dadah, pesakit jiwa, masalah rumah tangga dan sebagainya dan beliau menggunakan kebolehan yang dikurniakan oleh Allah kepadanya untuk berdakwah juga sebagai pelindung kepada insan-insan tersebut. Beliau mula mengambil golongan tersebut selepas beliau berumah tangga iaitu pada tahun 1996. Kawasan kediaman KEWAJA ialah di rumah dua tingkaat beliau iaitu di Taman Seri Gombak sebagai tempat perlindungan wanita terlanjur  sehingga melahirkan anak tersebut kerana rata-rata dari mereka tidak di terima lagi oleh keluarga sendiri.[16]
               Atas nasihat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) , Yahya mencari tempat yang lebih kondusif untuk gadis-gadis berkenaan kerana keadaan rumahnya yang kurang sesuai untuk kegiatan kebajikan tambahan pula beliau sudah berumah tangga. Akhirnya , Yahyamemperoleh sebuah bangunan yang agak selesa untuk dijadikan pusat kebajikan dan penjagaan gadis-gadis terlanjur iaitu di Sungai Mulia, Gombak. Bilangan gadis yang ditempatkan di pusat itu kira-kira 15 orang gadis. Akan tetapi, bilangan ini meningkat dari 25 hingga 30 malah lebih daripada itu.
               Yahya juga menceritakan pengalaman beliau di awal penubuhan pusat tersebut , beliau menerima tohmahan dan kritikan daripada pelbagai pihak kerana menaggap perbuatannya itu menggalakkan lagi gejala dan permasalahan ini. Berpaksikan  misinya, Islam sendiri menggalakkan umatnya menutup aib seseorang. Segala tohmahan tersebut sedikit pun tidak menjatuhkan semangat beliau dan beliau meneruskan niatnya yang mulia itu.
               Selain itu, menurut insan mulia yang berasal dari Seri Menanti ini bahawa kebanyakkan penghuni yang datang sendiri ke pusat ini dan pihak KEWAJA sendiri akan menghubungi dan memaklumkan kepada keluarga gadis berkenaan setelah  memperoleh latar belakang mereka. Sementara menunggu saat melahirkan anak penghuni pusat akan di dedahkan dengan sesi kaunseling, kuliah agama, motivasi diri dan lain-lain dengan harapanakan menjadi pegangan dan pedoman kepada gadis tersebut selepas keluar dari KEWAJA kelak. Bayi yang dilahirkan akan diberikan kepada keluarga angkat yanag mana cara ini sebenarnya dapat menguranakan permasalahan pembuangan bayi.[17]  


























KESIMPULAN
Anak tak sah taraf bukanlah seorang insan yang terbiar dan tidak bermaruah seperti yang disangkakan oleh sesetengah masyarakat. Malah dari sudut agama dan undang-undang, dia mendapat perlindungan penuh daripada ibunya, keluarga ibunya dan juga pemerintah. Anak tak sah taraf juga berhak mendapat keistimewaan, faedah, kebajikan, pendidikan dan boleh melakukan aktiviti-aktiviti harian sepertimana kanak-kanak lain yang sah tarafnya. Masyarakat harus memberi pertimbangan yang adil terhadap kedudukan anak tak sah taraf. Dengan adanya pertimbangan yang adil, maka akan terhapus tekanan yang sering menghantui hidupnya. Oleh itu dia mampu menjadi insan soleh dan berguna untuk agama, bangsa dan negaranya.
















BIBLIOGRAFI
1)      Nor Shamshinor Baharin. 2007. Mendidik Anak dari Perspektif Islam. Al-Islam, Disember.
2)       Muhammad Luqman Makhtar. 2011. Nasab dan Pernikahan Anak tidak Sah Taraf. Al-Ustaz, Isu    No.3.

3)      Abd Kadir Mohd Ayub. 2011. Anak luar Nikah. Dewan Masyarakat. Jun.

4)      Badrul Hizar Abd Jabar . 2011. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sekolahremajahamilpenuh/Article. 5 November.
5)      Webah Salleh. 2009. KEWAJA Lindungi Gadis Terlanjur. Aniqah. September.




[1] Dr. Fatimah Abdullah. 2010. Pendaftaran Anak Luar Nikah Setiap 17 Minit 17 Saat. Al-Islam, April. Hlmn.14
[3] Al-Quran 17:32
[4] Nor Shamshinor Baharin. 2007. Mendidik Anak dari Perspektif Islam. Al-Islam, Disember. Hlmn. 66
[5] Muhammad Luqman Makhtar. 2011. Nasab dan Pernikahan Anak tidak Sah Taraf. Al-Ustaz, Isu    No.3.Hlmn.34 

[6]  Ibid. Hlmn.35
[7]  Ibid. Hlmn. 35
[8]  Ustaz Umar Muhammad Noor. 2011. Batasan Aurat Anak tidak Sah Taraf dalam Keluarga. Al-Ustaz,Isu No.3. Hlmn. 37
             [9] Abd Kadir Mohd Ayub. 2011. Anak luar Nikah. Dewan Masyarakat. Jun. Hlmn.38
               
[11]  Ibid. Hlmn 39
             [12] Nur Hasyimah bt Othaman. 2010. PKSPUKM Bantu Elak Buang Bayi. Al-Islam. April. Hlmn.15    
             [13]  Ibid.Hlmn. 16
             [14] Ibid. Hlmn 16
[15]  Webah Salleh. 2009. KEWAJA Lindungi Gadis Terlanjur. Aniqah. September. Hlmn.45
[16]  Ibid. Hlmn. 45
[17] Ibid. Hlmn. 46

No comments:

Post a Comment