Translate

Saturday, September 12, 2015

black metal



BLACK METAL


syukran ahli group assingment ,husnina


TOPIK 1 : PENGENALAN TAJUK BLACK METAL
Black Metal merupakankumpulan anti-ketuhanan dan pemujaan iblis melalui muzik- muzik yang mempunyai rentak yang keras ,sebutan yang sukar difahami dan mengagungkan syaitan. Isu Black Metal telah pun menular di Malaysia sejak tahun 2001 pada bulan Mei. Kami akan mengupas tentang asal usul Black Metal ,cabang-cabang dalam Black Metal ,kegiatan –kegiatan dan aktiviti kumpulan ini. Lantaran itu, kami akan mengutarakan usaha-usaha untuk membendung isu Black Metal yang semakin merunsing kini .
Pada masa ini,di negara kita sudah banyak tedapat ajaran-ajaran yang terpesong akidahnya yang muncul dari semasa ke semasa di mana hamper keseluruhannya tidak dapat dihapuskan oelh pihak-pihak tertentu. Jika ditinjau masalah ajaran sesat ini ianya bukan sahaja lahir dalam masyarakat umat islam sahaja bahkan semua agama dan semua bangsa menghadapi cabaran dengan kelahiran ajaran yang menyeleweng dari ajaran sebenar seperti tragedi Guyana di mana pengikut-pengikutnya seramai 912 orang sanggup membunuh diri dengan meminum racun di bawah pimpinan Jim Jones.












1.1   : ASAL USUL BLACK METAL

Black  Metal yang juga dikenali sebagai Porn Metal, Punk Metal dan Death Metal merupakan kumpulan yang mengagungkan dan memuja syaitan melalui muzik. Asalnya pada awal tahun70an ,lahir irama yang berat selepas irama rock. Irama ini menekankan teknik pukulan drum dan dan teknik petikan gitar dengan pitch yang kecil tetapi octave yang tinggi. Irama yang dinamakan Heavy Metal dan Soft Metal Ballad telah dipopularkan oleh kumpulan The Led Zeppelien, Van Halen(1974), Deflappard (1977), Black Sabbath, Deep Purple dan lain-lain lagi. Tema yang dibawakan oleh kumpulan ini ialah pemujaan syaitan, nafsu, seks dan dadah.
Selepas lahirnya aliran muzik rock dan metal yang diperkenalkan pada tahun 60an hingga 80an ,lahir pula satu lagi aliran dalam muzik yang secara langsung telah mempertuhankan syaitan ,dadah dan seks. Selepas itu, pada awal tahun 90an irama muzik Black Metal mula menyerlah  dan mendapaT tempat daripada penggemar muzik. Irama muzik kumpulan ini yang membingitkan tanpa mempunyai lirik yang tersusun sebagaimana sebelumnya juga disebut sebagai “alternatives’.antara kumpulan yang popular dengan irama ini ialah Cranberries dan nirvana.Ini kerana mereka bosan dengan muzik sedia ada dan mencampuradukkan kristiani, zionis dan yahudi dalam muzik ini. Simbol  kemegahan ialah salib, bintang lima bucu, janin bayi, tengkorak dan puaka . Mereka juga suka akan keganasan dan membenci kasih sayang seperti yang disarankan oleh hadith rasulullah saw, mafhumnya tidak beriman seseorang muslim jika dia tidak mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.
Setelah beberapa tahun menyelinap di bawah aliran muzik underground dan alternative,kumpulan ini akhirnya menonjol di dunia muzik antarabangsa dengan nama baru iaitu Black metal. Kumpulan ini yang anti agama dan anti kristian mempromosikan pemujaan hawa nafsu dalam muzik mereka.Sehinggalah pada akhir dekad 90 an munculnya satu lagi muzik yang agak sama dengan muzik Black Metal yang dinamakan modern rock. Muziknya yang bersifat tempo yang cepat dan memberontak serta membingitkan telah dipopularkan oelh kumpulan Linkin Park. Akhirnya kumpulan ini mula menyerlah di Malaysia pada akhir dekad 90an.

1.2   : SUMBER BERMULANYA MUZIK BLACK METAL

           Dr. Yusuf Al-Qardhawi iaitu merupakan seorang ilmuwan islam menjelaskan mengenai kaum Israel dan kaum islam .Beliau  menyatakan bahawa Israel adalah kaum yang keras hati kerana menolak ajaran yang disampaikan daripada utusan Allah. Bani Israel juga mengetepikan risalah  kitab samawi iaitu Zabur, Taurat, Injil dari Nabi Musa dan Al-Quran yang agong. Malah, mereka juga berhasrat untuk mengubah Al-Quran tetapi menemui kegagalan kerana Allah sud berjanji akan memelihara Al-Quran daripada sebarang bentuk penyewelengan sehingga Hari Kiamat.Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 23 dan 24 yang bermaksud : ‘dan jika kamu meragui Al-Quran yang Kami turunkan kepada hamba kami (Muhammad), maka buatlah satu surah semisal dengannya dan ajaklah penolong-penolong kamu selain Allah,jika kamu orang-orang yang benar. Jika kamu tidak mampu membuatnya, dan pasti tidak akn mampu, maka takutlah kamu akan api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu yang disediakan bagi orang-orang kafir.
       Keangkuhan yang tebal dalam diri orang yahudi, merekameneruskan usaha untuk memalingkan dan memesongkan akidah orang islam dengan pelbagai cara semata-mata untuk memastikan matlamat untuk hancurkan islam tercapai. Apa yang ingin dikaitkan di sini ialah, kegiatan Black Metal dikaitkan dengan propaganda yahudi untuk hancurkan islam.sebagai bukti, kumpulan yang pertama muncul ialah Black Metal ,Dark Reign pada tahun 1979 yang mana pemuziknya berasal dari yahudi.
          Menurut pendapat seorang penulis, asal usul muzik Black Metal adalah bertitik-tolak daripada falsafah post-moderisme (pasca moden) yang mempunyai bermacam-macam trend seperti aliran deconstructionnisme adalam agma kristian, structuralism, relativism dan lain-lain lagi. Kemuncak daripada proses sekularisasi apabila seorang ahli falsafah German,Fredrick Nietzshel(m.1900) mengisyhtiharkan tuhan telah mati lantas meruntuhkan nilai-nilai murni yang diasaskan oleh agama. Sebaliknya menggunakan akal dan saains yang kononnya mampu menangani masalah manusia. Selain itu, Fredrick menganggap ilmu dan pengetahuan yang datang daripada agama sama taraf dengan mitos, tahyul, magik dan lain-lain.
        Konklusinya,doktrin inilah yang menjadi penyebab kepada kelumpuhan masyarakat islam sedunia. Islam sangat memandang berat pemikir-pemikir yang cuba menggugat akidah umat islam.manusia sudan tidak lagi bertuhankan Allah sebaliknya bertuhankan syaitan dan membiarkan nafsu bermaharajalela menguasai diri. Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 3 yang bermaksud; Orang-orang yang menyukai kehidupan dunia daripada kehidupan akhirat, yang menghalang manusia dari jalan Allah dan menginginkan jalan yang bengkok. Mereka itu berada dalam kesesatan yang jauh.




TOPIK 2:ISU BLACK METAL DI MALAYSIA

Malaysia digemparkan dengan isu Black Metal yang berlaku di Kedah pada bulan Mei 2001. Ternyata, kumpulan anti agama dan anti moral semakin mendapat sambutan masyarakat.Malah, pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah yang dikategorikan sebagaI remaja telah terpengaruh dengan kegiatan kumpulan ini.
        Pelbagai album Black Metal diedarkan ke seluruh dunia termasuk Malaysia dengan mengedarkan album, pita video, kaset, dan cekera padat, poster serta majalah kepada peminat aliran muzik tersebut. Kebanyakan kumpulan Black Metal di Malaysia menerbitkan pita video lagu Inggeris dengan menggunakan rentak yang sama tetapi liriknya lebih cenderung kepada ketahyulan dan mistik. Antaranya contoh liriknya ialah ‘Puteri Kijang Emas ye beautiful name, for thou who do not know thou hidden mystic, how extensiving yer kingdom’s throne in the vast skies, the sparkling stars as yer guardiance at the thine palace’.
        Walaubagaimanapun, lagu Black Metal tempatan tidak bersifat anti-ketuhanan dan pemujaan iblis seperti muzik Black Metal barat. Justeru, satu perkembangan sihat di Malaysia ialah munculnya muzik yang berbentuk nasyid yang berkisar mengenai mengagungkan Allah ,personaliti Nabi Muhammad ,akhlak nabi yang mana dapat membuktikan dalam islam juga masih dibenarkan muzik asalkan muzik itu tidak membawa kepada kelalaian.
          Sabda rasulullah s.a.w daripada ali b. abi talib yang bermaksud: “apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka pasti akan turun bala kepada mereka,iaitu:                                                                                                                                                              
1.      Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2.      Apabila amanah dijadikan  suatu sumber keuntungan.
3.      Zakat dijadikan hutang.
4.      Suami memperturutkan kehendak isteri.
5.      Anak derhaka terhadap ibunya.
6.      Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7.      Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8.      Suara sudah ditinngikan di dalam masjid.
9.      Yang menjadi ketua suatu kaum adalah orang yang terhina diantara mereka.
10.   Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11.   Khamar(arak) sudah diminum di merata tempat.
12.   Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13.   Para artis-artis disanjung-sanjung.
14.   Muzik banyak dimainkan.
15.   Generasi akhir umat ini melakanat(menyalahkan) generasi pertama(sahabat).
Maka  pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diroboh menjadi makhluk lain”.
         Jika diteliti dan difahami hadith di atas, muzik yang banyak dimainkan merupakan perkara maksiat juga akan mengundang bala dan kemurkaan Allah. Sebagai umat islam, kita tidak perlulah mendengar muzik secara berlebihan semata-mata untuk menghilangkan tekanan mahupun masalah yang dihadapi. Firman  Allah dlam surah Arra’du ayat 28 yang bermaksud : Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati allah. Ingatlah, dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram. Maka berbanyaklah berzikir kepadaNya agar kita sentiasa dalam keadaan yang tenang.





TOPIK 3: KEGIATAN-KEGIATAN PENGIKUT BLACK METAL

3.1: MENGADAKAN PERTUNJUKKAN PENTAS YANG BERTEMAKAN     KONSEP LIAR.

          Diantara pertunjukkan pentas yang menampilkan unsur-unsur seperti pemujaan syaitan, roh manusia, kritikan terhadap politik .sosial dan maslah perkauman. Lizy Boorden,sebuah kumpulan rock Trash Metal yang pernah menyimbah darah kepada penonton .srlain itu, pemain drumnya, Motley Crue bermain alat muzik dengan kepala di bawah dan kaki di atas. Tambahan  pula, mereka juga menonojolkan unsur-unsur seks dalam persembahan menyampaikan muzik mereka.

3.2 : CORAK KEHIDUPAN YANG BERLAINAN

           Kumpulan ini melakukan tindakan seperti minum darah kambing .perkara ini hanya dilakukan oleh ahli tertinggi sahaja. Selain itu, mereka memotong kepala kambing berwarna hitam di tepi pantai dan melukis gambar salib. Ada juga setengah kumpulan yang menetapkan peraturan utama kepada pengikutnya iaitu tidak dibenarkan mengadakan apa-apa hubungan dengan wanita sama ada melakukan hubungan seks atau bercinta. Walaubagaimanapun, mereka tetap minum arak dan mengambil dadah. Cara pemakaian mereka juga serba hitam dan mengenakan aksesori-aksesori yang pelik serta melukis tatu dan mempunyai kad nama berlambangkan Black Metal.

3.3 : MENGHINA AL-QURAN

     Dalam upacara kumpulan ini yang diadakan di kawasan perkuburan ,aktiviti yang dilakukan ialah mengoyak Al-Quran dan membakar Al-Quran. Malah, ada yang kencing di atas sisa-sisa Al-Quran mereka yang dibakar . Selepas itu, barulah persembahan muzik metal secara live dimulakan. Selain  itu,apa yang menyedihkan kita ialah , banyak nama gelaran serta kumpulan muzik Black Metal telah diambil daripada bahasa Arab dan ayat-ayat Al-Quranyang mana maknanya menjerumus kepada makna negative. Ini kerana, ramai di kalangan ahli veteran kumpulan itu mempunyai pengetahuan mengenai Al-Quran malah mereka bukanlah pengikut biasa, mereka juga mempunyai  lulusan universiti.
3.4: MEMILIH KUASA GHAIB SEBAGAI PEMUJAAN

          Mereka sering mendendangkan lagu-lagu bertemakan hantu syaitan dan dadah. Sebagai contoh, penyanyi kumpulan nirvana, Kort Cobain telah membunuh diri kerana dikatakan terlalu taksub dengan pemujaannya tehadap syaitan sehingga sanggup bunuh diri untuk mencapai nirvana(penyatuan diri dengan tuhan).

  



TOPIK 4: PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA GEJALA BLACK METAL

4.1  Kegagalan ibubapa dalam mendidik anak-anak

            Kegagalan ibubapa dalam memberikan sepenuh perhatian dalam mendidik anak-anak menjadi punca anak-anak tergolong dalam gejala sosial yang amat teruk serta mendatangkan kebimbangan kepada orang sekeliling seperti contoh aktiviti black metal. Hal ini berlaku disebabkan permasaalahan keluarga yang menjadi kesan anak-anak hilang didikan dan dorongan sehingga mereka terjebak dalam gejala aktiviti ini. Perkara ini terjadi kerana tidak adanya pengawasan ibubapa ketika anak-anak berada di dalam atau di luar  rumah.


4.2  Tidak mengamalkan kehidupan yang dianjurkan agama

          Kurangnya didikan agama menyebabkan remaja yang di didik oleh ibubapa adakalanya bersikap biadap dan tidak senonoh sehingga berlakunya perbuatan yang dilarang oleh syarak islam. Seperti contoh, berzina, membakar al-quran, dan mempersendakan ajaran islam.

   
4.3  Terpengaruh dengan unsur-unsur barat

             Kebanyakkan remaja pada masa kini,lebih banyak cenderung meminati unsur-unsur barat yang adakalanya menyebabkan mereka remaja tidak sedar bahawa mereka lalai dalam mengigati ajaran sebenar islam. Hal ini kerana, remaja terlalu taksub sehingga tidak sedar bahawa unsur-unsur barat itu menyebabkan mereka mula terjerumus kepada fahaman anti keagamaan dan anti moral.

 
   


4.4  Terpengaruh dengan muzik yang melalaikan
             Satu persoalan yang timbul ialah apakah muzik boleh mempengaruhi keadaan jiwa lantas meghasilkan tindakan yang bermoral. Adakah muzik dan lirik yang baik boleh mendidik dan membentuk jiwa lantas menghasilkan akhlak terpuji,atau muzik yang buruk mempengaruhi jiwa sekaligus mencernakan perbuatan yang tidak bermoral. Muzik lagu dan lirik yang bertemakan pemujaan sukar untuk dikesan kerana kebanyakkan lagu susah untuk difahami. Tetapi itu lah perkara yang membimbangkan kerana majoriti generasi muda dan pelajar melayu minat mendengar lagu  yang sedemikian rupa sehingga mereka tidak sedar akan lagu yang boleh menyebabkan mereka terpesong akidah dan akhlak.



TOPIK 5: PENYELESAIAN MASALAH BAGI GEJALA BLACK METAL

5.1 Keluarga (ibu bapa)
a.       Ibu bapa seharusnya mengambil peranan dalam memberikan didikan agama kepada anak-anak dengan secukupnya. Hal ini, bagi mengelakkan anak-anak dapt berfikir dengan rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan agar tidak mudah terpengaruh dengan gejala sosial yang semakin meningkat ini seperti aktiviti black metal. Walhal itu lah perkara yang membimbangkan ibubapa dalam mencorak anak-anak agar menjauhi gejala yang boleh meruntuhkan akhlak dan aqidah seseorang individu itu.

b.      Pantauan ibu bapa sama ada di luar atau di dalam rumah juga harus dititik beratkan supaya ibubapa mengetahui gerak geri anak-anak ketika mereka berada di luar bersama rakan-rakan mereka. Hal demikian bagi memudah-kan ibu bapa mengetahui kemana dan dimana pergi anak-anak ketika bersama rakannya,untuk mengelakkan mereka dari terpengaruh dengan perbuatan yang tidak sihat yang boleh membawa kerosakkan akhlak dalam diri seseorang yang mula meningkat usia remaja.

c.       Dalam memberikan didikan kepada mereka, ibu bapa perlu kerap dalam memberikan nasihat dan kata-kata dorongan  yang bermanfaat yang boleh menaikkan semangat mereka dalam melakukan sesuatu perkara. Hal ini dapat membantu pelajar berfikir dengan baik sama ada perkara itu baik untuk dilakukan atau tidak.agar tidak mudah dipandang serong oleh masyarakat sekeliling.

d.      Menghadiri program yang berteraskan agama islam secara bersama. Ibu bapa boleh menerapkan nilai agama dan nilai murni dalam diri anak-anak mereka kerana dengan cara ini ibu bapa dapat terus  memberikan dorongan ketika anak-anak dalam proses mengenal ajaran islam dengan lebih mendalam agar mereka tidak mudah terpesong akhlak nya di kemudian hari. Malah ibu bapa juga dapat menambah ilmu dalam diri ketika bersama-nya. Aktiviti seperti ini harus ada pada setiap keluarga agar tidak di kata kan cetek ilmu agama.
                              
              
5.2   Masyarakat

a.       Merapatkan masyarakat dengan institusi agama setempat seharusnya di ambil berat kerana dengan cara ini dapat menerapkan lebih banyak ilmu agama dalam diri masyarakat agar masyarakat kreatif dalam mengeluarkan idea untuk membangunkan  Negara islam yang berlandaskan hukum syarak  yang sesuai. Dengan cara ini , dapat meneruskan kehidupan mengikut perspektif islam.


b.      Cara mengelakkan permasaalahan gejala sosial  black metal ini semakin berleluasa. Masyarakat perlu menubuhkan biro khas di masjid bersama-sama atau di kawasan-kawasan yang berdekatan agar dapat memantau aktiviti yang songsang ini di rumah-rumah yang kosong dan terbiar supaya tidak menjadi sarang tempat mereka terus melakukan aktiviti yang tidak bermoral ini.

c.       Masyarakat perlu mengadakan aktiviti yang bertemakan akidah islamiah untuk menarik minat remaja di luar sana untuk mengikuti program seperti motivasi dan kuliah agama, bagi memberi kesedaran kepada mereka bahawa aktiviti yang dilakukan dapat menambah sikap nilai murni pada diri. Motif aktiviti ini diada kan untuk menerapkan nilai cinta kepada agama agar tidak terjerumus ke lembah maksiat.

   



       
5.3  Kerajaan

a.       Pihak berkuasa juga harus mengambil berat dalam mencari penyelesaian masalah gejala sosial ini berlaku. Contohnya, pihak berkuasa perlu menyediakan pengajaran dan pendidikan islam secara berterusan. Hal demikian, supaya masyarakat dapat dibentuk dengan adanya bahan-bahan bacaan dan kuliah-kuliah yang berteraskan agama islam agar tidak dikatakan cetek ilmu agama oleh orang lain.



b.      Memperbanyakkan ceramah dan taklimat agama.
pihak kerajaan harus memperbanyakkan  aktiviti yang berteraskan agama islam, supaya remaja pada masa kini dapat mengikuti dan  mengambil peluang untuk menerapkan nilai-nilai positif dalam diri mereka agar dapat memaju kan diri dalam semua bidang yang diminati mengikut syariat islam dan menjauhi larangan nya seperti gejala sosial
Black Metal.
c.       Penerangan kuliah agama melalui media elektronik.
Media elektronik juga memainkan peranan dalam menarik tumpuan masyarakat untuk mengikuti program-program yang dianjurkan oleh pihak berkuasa agama. Masyarakat dapat menambah ilmu pengetahuan dalam diri.











KESIMPULAN
           
           Konklusinya, sudah terang lagi bersuluh Black Metal merupakan golongan yang sesat akibat tiada pegangan agama yang mantap dalam diri. Sebagai seorang muslim, wajib ke atas kita menuntut dan mempraktikkan dalam kehidupan kita agar setiap yang kita lakukan mendapat berkat daripadaNya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud diwajibkan ke atas setiap muslim menuntut ilmu.
                 Manusia mempunyai sifat untuk berubah dan mampu mengawal dirinya sendiri sendiri,mampu bergerak dan bertindak di dalam batas-batas yang ditentukan Allah s.w.t. terutamanya manusia itu dikurniakan akal fikiran dan minda yang amat tinggi kapasitinya. Tetapi,kita masih menghadapi golongan muslim  yang amat kompleks dan bermasalah pada hari ini . di manakah silapnya islam sehingga berjumlah yang ramai di atas muka bumi ini terpesong dari akidah yang betul. Penduduk islam di dunia kini hanya berjumlah 1.57 billion atau nisbanhya ¼ daripada penduduk dunia dan islam merupakan agama kedua  terbesar selepas kristian. Mari kita sama-sama  fikirkan berapakah bilangan umat islam 20 tahun akan datang? Sejarah islam sangat gemilang dengan bilangan penganutnya ¾ dunia. Oleh itu, kita harus berganding tenaga dalam membendung isu ini.
                Akhir kata,setiap individu perlumenitik beratkan soal agama dalam hidupnya. Agama seharusnya sipelajari dengan penuh hikmah yang mampu menusuk dalam hati sanubari dan jiwa raga penganut agama itu sekali gus dapat mempengaruhi tingkah laku dan perbuatan penganutnya. Agama yang berpandukan nilai moral dan kerohanian wahyu Allah, mampu melahirkan manusia yang sempurna pembangunan fizikal luaran dan dalaman.
             












1 comment:

  1. btl ke tu black metal...npk cm bkn je...aku rase admin ketom lebeh ni...

    ReplyDelete