Translate

Saturday, September 12, 2015

KALAM JAMAIE- SAHABAT

كلام الجماعي عن الصحابة


أهلا وسهلا يا مشاهدون
Selamat datang para hadirin
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Assalamualaikum w.b.t
يا أصدقائنا
Wahai kawan-kawan kami
نحن من فرقة الأكاديمية الإسلامية
(     )
Kami dari kumpulan Akademi Islam  (C)
نحن سنلقي إليكم القصة...
Kami akan menyampaikan kepada kamu semua sebuah cerita
ندرس في الجامعة بسلنجور
Kami belajar di Universiti di Selangor
وهي الكلية الجامعية الإسلامية العالمية بسلنجور
Dan ianya ialah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
أوه ...مشهور جدا
Ohh, ia sangat terkenal
وهنا تجد بحيرة
Di sini terdapat tasik
جميل! جميل! جميل
Cantik! cantik! cantik!
نعمل الرياضة حول بحيرة دائما
Kami beriadhah di sekeliling tasik
Tingtong!!!
الآن , الساعة إثنا عشر للغداء
Sekarang , jam 12 tengahari untuk makan tengahari
نأكل معا في
Kami makan bersama-sama di …
First Café!
مطعم  Tiga Abdul!
Starbucks!
Nursing!
لذيذ!
Lazat!
الحمدلله
Syukur kepada Allah


في نهاية الأسبوع
Pada hujung minggu,
الرحلة إلى
Bersiar-siar ke…
Mid Valley!
Pavillion!
Time Square!
The Mines!
نحن معا دائما في وقت سعيد والحزن
Kami sentiasa bersama-sama pada saat suka dan duka
#صوت بكي
(Suara menangis)










لا تحزن! لا تحزن!
Jangan sedih! Jangan sedih!
إن الله معنا
Sesungguhnya Allah bersama kita

في نهاية التمهيدية
Di akhir asasi …
نحن حصول بالنجاح
Kami mencapai kejayaan!!
ممتاز! ممتاز! ممتاز
Cemerlang! Cemerlang! Cemerlang!
يا الأصدقاء
Wahai kawan-kawan…
نحن نحب أصدقائنا
Kami sayang kawn-kawan kami …
Muahx!

نحن الاصدقاء ابدا ابد
Kita sahabat untuk selamanya
نحن معن ابدا ابد
Bersama selama-lamanya
أنتم و أنا أصدقاء أبدا أبد
Kau dan aku sahabat selama-lamanya ..
أبدا أبد أوفيا
Selama-lamanya … setia~
الآخر
Ada lagi ..
يجد المسجد الأزهر
Terdapat Masjid Al-Azhar
كبير! كبير! الله أكبر
Besar! Besar! Allah Maha Besar
نصلي جماعة كل وقت
Kami solat berjemaah setiap waktu
صبح ,ظهر,عصر
Subuh ,Zohor, Asar,
مغرب, عشاء
Maghrib, Isyak


ررررررييييننننغغغ
Krriiing !!!!!
تدل الساعة الثامنة صباحا
Jam menunjukkan 8 pagi
كان الوقت لذهاب إلى الفصل
Telah tiba masa untuk ke kelas
نناقش عن الدرس معا
Kami berbincang tentang pelajaran bersam-sama
صباح الخير يا المحاضر
Selamat pagi  guru
صباح النور يا الطلاب
Selamat pagi pelajar-pelajar









































اهلى كلام الجماعي




1-     MUHAMAD RIDHWAN BIN OMAR
2-     AHMAD NAJIB BIN OTHMAN
3-     MOHD HAIKAL BIN MUHAMAD YUSOP
4-     MUHAMMAD FIRDAUS BIN RAMLY
5-     MOHD FAKHRULLAH BIN MOHAMAD
6-     MUHAMMAD AMIRUL BIN SYEDDIN ALMUSTAKIM
7-     NURHAFIZAH BINTI AHMAD SABRI
8-     IZZATUL IQLIMA BINTI ABD LATIF
9-     NASIHAH BINTI NORISHAM
10-  NON FARIZAH BINTI OTHMAN
11-  UMMI FARAH HANIM BINTI SOHAIMI
12-  NUR SYAIRAH BINTI YUSOP
13-  NUR ALYA ADIBAH BINTI MOHD RAFIE
14-  NURAQILAH BINTI NORAZAHAR
15-  AQILAH BINTI KAMARULZAMAN
16-  SOBAHINNUR BINTI MOKHTAR
17-  SITI MURSYIDAH BINTI MD NOOR
18-  NUR HUSNINA BINTI MOHD KHALID
19-  NURUSSYAFIAH BINTI MUHTARUDDIN
20-   SYAHIRAH ATHIRAH BINTI ALI













OBSESSIVE CUMPLOSIVE DISORDER, WAS-WAS

ISI KANDUNGAN

TOPIK 1 : PENGENALAN                                                                                                 
1.1 : PENGENALAN ANXIETY (KECEMASAN)                                                                        2
1.2 : PENGERTIAN KECELARUAN OBSESIF-KUMPOLSIF(OCD)                            3
 
TOPIK 2 : SIMPTOM- SIMPTOM OCD
2.1 : KERAP KALI MENBASUH TANGAN                                                                     4
2.2 : KERAP KALI  MEMERIKSA                                                                                     4
2.3 : KERAP KALI MENGHITUNG DAN MENGULANG                                             5
2.4 : JIJIK TERHADAP BAHAN BUANGAN                                                                   5

TOPIK 3 : RAWATAN- RAWATAN
3.1 : PSIKOTERAPI                                                                                                              6
3.2 : TERAPI KOGNITIFR TINGKAH-LAKU                                                                  6
3.3 : UBAT-UBAT YANG DISARANKAN OLEH PSIKIATRI                                      7

TOPIK 4 : OCD MENURUT PERSPEKTIF ISLAM                                                  8 & 9

KESIMPULAN                                                                                                           10 & 11



TOPIK 1.1 : PENGENALAN KECELARUAN KEBIMBANGAN (ANXIETY DISODER)
 Kecelaruan keresahan berdasarkan pengertian umum adalah suatu perasaan takut atau kebimbangan terhadap sesuatu perkara yang belum berlaku lagi. Menurut Drever (1952), kebimbangan adalah perasaan takut yang kronik dan ia wujud dalam pelbagai jenis kecelaruan mental dan saraf. Altrocchi (1980) menyebut berdasarkan pandangan ahli psikologi mentakrifkan kebimbangan sebagai perasaan yang hadir dalam diri seseorang walhal perkara tersebut dikenal pasti belum berlaku dan ia hanya sebagai tindak balas terhadap tindak balas dalaman yang tidak realistik.
 Pesakit yang menghidapi penyakit ini akan mengalami beberapa symptom seperti berpeluh dan degupan jantung yang deras dan kuat. Ini menyebabkan pesakit sukar untuk meneruskan kehidupan harian.Di bawah kecelaruan kebimbangan ini terdapat lagi beberapa penyakit iaitu Generalized Anxiety Disorder (GAD), Obesessive Compulsive Disorder (OCD), Panic Disorder, Social Anxiety Disorder dan fobia spesifik.
            Apa yang kami tekankan disini ialah penyakit Obesessive Compulsive Disorder (OCD) atau dikenali sebagai Kecelaruan Obsessif Kompulsif.Kecelaruan obsessif disorder ialah satu penyakit mental dimana pesakit mengalami perasaan bimbang yang keterlaluan sehingga melakukan sesuatu perkara berulang kali.Tanda-tanda kecelaruan yang membimbangkan ini wujud pada perkara yang paling ringan seperti kerap membasuh tangan dengan berulang kali. Tanda-tanda ini boleh merenggangkan hubungan sosial dan menganggu kehidupan pesakit . Ia juga seringkali menyebabkan kesan buruk kepada emosi dan pengurusan diri pesakit.
     Pesakit yang mengalami penyakit obsesif kompulsif  perlu dirawat dan didekati. Penggunaan ubat-ubatan seperti Prozac dan Zoloft juga boleh ditetapkan oleh seorang doktor untuk merawat penyakit ini. Seringkali doktor menggabungkan penggunaan ubat-ubatan dan kaunseling untuk mereka yang menghidap gangguan ini dan mereka mendapati bahawa pendekatan ini kerja-kerja yang paling baik.



TOPIK 1.2 :PENGERTIAN KECELARUAN OBSESI-KUMPOLSIF

            Obsesi merujuk kepada idea, imej atau impuls yang tidak dikehendaki dan sentiasa berulang-ulang memasuki fikiran seseorang. Obsesif ini terbina dalam diri individu dan bertujuan untuk memenuhi kehendak kesempurnaan yang dibut oleh dirinya sendiri tetapi hakikatnya sangat member tekanan kepada mereka. Manakala kumpolsif ialah pengulangan perbuatan atau aktiviti mental yang dibina berdasarkan satu peraturan yang mesti dilaksanakan secara tegar. Pesakit tidak akan berasa bahagia dan tenang dalam melakukan sesuatu amalan dan sering kali gagal menyempurnakannya dengan baik.[1]
            Menurut Davison dan Neale, gangguan obsesif kumpolsif adalah gangguan cemas dimana fikiran seseorang individu itu dipenuhi oleh sesuatu bisikan yang tidak menetap dan individu itu merasakan dia dipaksa untuk lakukan perbuatan itu berulang kali.[2]
            Individu yang berisiko untuk mengalami gangguan ini adalah individu yang mengalami permasalahan dalam keluarga mereka iaitu dari broken family yang mana ibu bapa kurang memberi didikan dan dorongan kepada anak-anak. Kedua ialah factor neurobiology dan ketiga adalah individu yang mengalami stress yang tinggi . akhir sekali, individu yang berisiko terlibat ialah individu nyang mengaami ganggual seksual.[3]
Beberapa gejala yang sering muncul pada pesakit OCD iaitu seperti melakukan tindakan berulang-ulang kali . hal ini dapat kita lihat pada seseorang yang membasuh tangan berkali-kali. Selain itu, pesakit OCD selalu berasa resah. Sebagai contoh, apabila pesakit OCD keluar daripada rumah. Mereka akan berfikir-fikir sama ada tombol pintu sudah dikunci atau belum. Tambahan pula, pesakit OCD juga amat bimbang akan kuman dan bakteria.
Oleh itu, pada dasarnya OCD tidak berbahaya, akan tetapi perkara ini perlu ditangani kerana supaya individu tidak mengalami stress yang melampau yang akhirnya boleh memudaratkan diri seseorang itu.

TOPIK 2. : SIMPTOM KECELARUAN OBSESIF-KUMPOLSIF (OCD)

2.1  : KERAP KALI MEMBASUH TANGAN
 SITUASI 1
 Kisah James yang mengalami kecelaruan obsesif kumpolsif sejak kecil lagi . Dia akan membasuh tangannya sebanyak 100 kali kerana bagi dia, tanpa berbuat sedemikian dia akan merasakan tangannya tidak bersih dan tidak selesa. Rakannya, Ruby selalu memerhati tingkah laku  James itu,. Malah perbuatan itu menjadi tabiat bagi James.  Sejak itu, Ruby mengetahui James mengalami permasalahan itu. Malah, sampai satu tahap dimana James akan memakai sarung tangan untuk menyentuh sesuatu objek bagi mengelakkan tangannya itu terkena objek tersebut. Namun begitu, dia akan tetap mencuci tangannya beulang-ulang kali.[4]

2.2 :MEMERIKSA DAN MENELITI
SITUASI 2
            Hal ini berlaku kepada seorang  bekas pesakit yang mengalami masalah ini. Pesakit ini sering kali melakukan perbuatan tersebut.  Beliau akan memeriksa dan mengecek, sebelum dan selepas keluar dari rumah perbuatan itu menjadi berulang-ulang kali dalam beberapa minit seterusnya. Perilaku itu dapat dikenalpasti oleh diri pesakit itu sendiri dan keluarga terdekat pesakit. Pesakit cuba mengawal perbuatan kebiasaan itu namun tidak berhasil.  Pesakit akan berfikiran negatif sehingga perbuatan itu menjadi berulang-ulang kali. Perkara itu telah menjadi kebiasaan pada pesakit itu.[5]




2.3  : MENGHITUNG DAN MENGULANG
SITUASI 3
  Di mana individu itu mengalami perasaan ketidakpuasaan hati atau risau yang berlebihan sehingga berfikiran untuk melakukan perkara sedemikian berulang-ulang kali. Individu ini akan melakukan perbuatan seperti mengira sehingga nombor tertentu berhenti. Kemudian, individu itu akan ulang mengira sehingga jumlah yang sama dengan beberapa kali sehingga berterusan. Perilaku ini berlaku secara sedar oleh individu itu sendiri bagi mengelakkan rasa cemas dan mengurangkan perasaan stres pada diri. Malah, individu akan mengulang bagi memastikan perbuatan itu benar-benar sudah dilakukan. Individu ini lebih banyak menghabiskan waktu lebih dari satu jam dalam sehari dengan diri sendiri atau secara normalnya menganggu had batasan seseorang itu untuk bersosial dan berhubung dengan orang lain.[6]

2.4 : JIJIK TERHADAP BAHAN BUANGAN
SITUASI 4
            Mengisahkan seseorang individu yang terlalu obsess kepada kebersihan sehingga terlalu   jijik untuk mengutip sampah atau bahan buangan yang terdapat di rumahnya sehingga satu tahap dia membiarkan sampah tersebut di situ daripada mengutipnya.   Hal sedemikian menyebabkan sampah semakin bertambah tanpa ada sesiapa pun yang membersihkannya. Malah, individu ini akan segera menukar pakaian atau kasut seandainya pakaian itu terkena bahan buangan tersebut. Dapat dilihat disini, individu ini lebih mementingkan kebersihan diri semata-mata tanpa memikirkan kebersihan sekelilingnya.[7]


TOPIK 3 : RAWATAN –RAWATAN

Kaedah rawatan yang lengkap dan diteliti oleh psikiatris dapat membantu golongan yang mengalami kecelaruan Obsesif Kompulsif. Kaedah psikoterapi untuk gangguan obsesif kompulsif umumnya diberikan hampir sama dengan gangguan kecemasan lainnya. Rawatan segera amatlah diperlukan bagi tidak mengganggu rutin harian.

3.1 : PSIKOTERAPI
Antara rawatan bagi Obsesif Kompulsif ialah Psikoterapi.  Kaedah ini melibatkan sesi bercakap tanpa batasan antara psikiatri dengan orang yang mengalami Obsesif Kompulsif. Kaedah ini dilakukan untuk menemui sebab sebenar yang membawa kepada keresahan, mengenal diri, dan mengenal pasti kaedah alternatif yang sesuai untuk menangani masalah mereka dengan lebih berkesan[8].

3.2 : TERAPI KOGNITIF TINGKAH-LAKU
Seterusnya, kaedah rawatan Terapi Kognitif-tingkah laku turut membantu menyelesaikan masalah ini. Terapi ini mengubah cara mereka berfikir dan memerhati keadaan di sekeliling mereka. Mereka juga akan belajar cara baru untuk menangani keadaan yang mengganggu mereka dengan memberi pendedahan kepada keadaan itu dengan cara yang teratur dan memberi kesan yang positif. Misalnya, jika seorang penderita takut dengan kuman maka ia akan diajak untuk menyentuh sesuatu yang dipercayai memiliki kuman dan tidak mencuci tangan. Hal ini dilakukan secara terus menerus, sementara psikiatri akan terus memberikan terapi yang pada akhirnya membuat kecemasan mereka menghilang. Terapi yang cukup sukar dilakukan pada awalnya, namun cukup efektif.[9]




3.4 : UBAT YANG DISARANKAN OLEH PSIKIATRI

Selain itu, ubat-ubatan yang ditentukan oleh psikiatri seperti Selective serotonin reuptake inhibitors (SSRIs) yang dapat mengubah tahap serotonin dalam otak. SSRIs ini adalah  Fluoxetine  (Prozac),sertraline (Zoloft), escitalopram (Lexapro), paroxetin (Paxil),dan citalopram (Celexa).Ia bekerja terutama pada terminal akson presinaptik dengan mendesak ambilan kembali serotonin. Pendesakan ambilan kembali serotonin diakibatkan oleh ikatan ubat (misalnya: fluoxetine) pada transporter ambilan kembali yang spesifik, sehinggga tidak ada lagi neurotransmitter serotonin yang dapat berkaitan dengan transporter. Hal tersebut akan menyebabkan serotonin bertahan lebih lama di celah sinaps. Pengguanaan Selective Serotonin Reuptake Inhibitor (SSRI) terutama ditujukan untuk memperbaiki perilaku stereotipik , perilaku melukai diri sendiri, resisten terhadap perubahan hal-hal rutin, dan ritual obsesif dengan ansietas yang tinggi Penggunaan ubat untuk mengurangkan keresahan (anxiolytic) selalunya digunakan untuk tempoh yang singkat untuk memberi kelegaan yang cepat sebelum timbulnya kesan ubat lain.[10]













TOPIK 4 : KECELARUAN OBSESIF KUMPOLSIF MENURU PERSPEKTIF       ISLAM

            Menurut pandangan Islam, OCD merujuk kepada was-was iaitu fikiran-fikiran yang tidak diingini datang ke dalam diri seseorang yang mana fikiran ini datangnya daripada bisikan syaitan dan jin.[11]
            OCD menjadikan manusia sentiasa lelah dan penat melayan bisikan syaitan ke dalam fikiran mereka yang mana manusia akan berasa tidak selesa dengan ibadah yang mereka lakukan. Menurut Ibnu Qayyim dalam mentafsirkan ayat 5 surah Annas:
                       
من الجنة و الناس
Maksudnya : “( Bisikan ) daripada jin dan manusia”.
            Maksud jin dan manusia dalam ayat di atas ialah bisikan ataupun was-was. Begitu juga, pasti kita pernah melihat orang yang sering kali mengangkat wuduk, mengangkat takbir berulang kali dan sebagainya. Jelas disini, seseorang yang mengalami masalah ini tergolong ke dalam golongan yang menghadapi masalah OCD. 
Secara asasnya, gangguan jin dan syaitan dalam hati manusia adalah suatu  yang normal berlaku, kerana itulahujian daripada Allah buat hamba-Nya. Tiada satu makhluk pun terlepas dari gangguan syaitan dan jin. Oleh itu, antara langkah-langkah yang boleh di ambil untuk memastikan kesejahteraan Ibadah seseorang muslim antaranya ialah     membersihkan hati daripada bisikan jin dan syaitan dan tidak melayannya. Sesungguhnya, bukanlah tanda ketinggian taqwa dan iman jika seseorang itu melayan bisikan syaitan dengan mengulangi beberapa kali erbuatan dan perkataan dalam ibadahnya. [12]


Selain itu, langkah yang kedua ialah dengan memohon perlindungan daripada Allah agar syaitan tidak terus menganggu kerana semakin kuat kita cuba mendapatkan pertolongan daripada Allah , semakin banyaklah kemanangan yang kita dapat untuk menentang bisikan syaitan.[13]  Langkah yang ketiga disarankan ialah dengan mendapatkan bimbingan dan bantuan daripada individu lain yang bertindak sebagai pemerhati. Peranan ini sangat baik dilakukan oleh kawan baik atau ahli keluarga dengan menegur pesakit ini jika dia mengulangi perbuatan yang sama berulang kali dan memberi dorongan serta keyakinan kepada pesakit tersebut. [14]
Oleh yang demikian, kita perlulah melatih diri agar tidak terlalu mengikut bisikan-bisikan halus yang datang ke dalam pemikiran . tidak berlebihan dalam memikirkan dan juga tidak berlebihan dalam mengamalkannya kerana daripada sikap berlebihan inilah munculnya bisikan syaitan yang membawa kepada OCD.













KESIMPULAN
            Konklusinya, gangguan ini adalah sebahagian daripada bidang psikologi yang menumpukan perhatian kepada tingkah laku manusia. Selain daripada kajian ke atas tingkah laku manusia, para pengkaji psikologi juga mengkaji berkaitan perasaan, tanggapan, kepercayaan, sikap, niat, matlamat dan sebagainya. Ia juga mengkaji secara psikologi ke atas tingkah laku yang berlaku daripada aspek kognitif dan faktor yang membentuk dan mempengaruhi segala tingkah laku dan tindakan manusia dalam latar sosial yang berbeza. Bidang ini juga membolehkan seseorang individu memahami konsep perhubungan adalah berbeza disebabkan oleh latar belakang, taraf hidup, pemikiran, sikap dan budaya.
            Obsessive Compulsive Disorder (OCD) adalah tingkah laku yang anda rasa anda mesti menjalankan berulang-ulang dan melakukannya secara berjam-jam. Jenis biasa ‘compulsions’ termasuk pembersihan, mengira, memeriksa, meminta atau menuntut jaminan, mengulangi frasa atau urutan perkataan, dan adanya pemikiran atau bayangan yang menyebabkan perasaan cemas. Walaupun gejala OCD boleh bermula tidak mengira umur, penyelidikan menunjukkan bahawa terdapat dua tempoh yang berbeza dan ia mungkin  menandakan permulaan OCD. Yang pertama berlaku di sekitar umur 10 hingga 12 tahun atau sebelum baligh, dan yang kedua ialah antara umur 18 hingga 23 tahun. Individu yang mengalami OCD sebelum baligh dianggap mempunyai permulaan awal OCD manakala mereka yang mengalami OCD kemudian dalam kehidupan mempunyai lewat permulaan OCD.
Psikologi memainkan peranan yang penting dalam terapi tingkah laku, kaunseling dan rawatan ke atas masalah tingkah laku. Hidup dengan OCD adalah seperti hidup dengan lain-lain jenis penyakit kronik seperti kencing manis atau asma. Ini kerana ia memerlukan keberanian, sokongan sosial daripada rakan-rakan, keluarga, dan rakan sekerja. Kehadiran OCD menyebabkan kesusahan utama atau gangguan kepada kehidupan harian. Walau bagaimanapun, cara di mana gejala OCD berpengalaman berbeza-beza dari seorang ke seorang. OCD mempunyai gejala yang sering menyerupai lain-lain bentuk penyakit mental termasuk keresahan dan gangguan personaliti. 


            Demikian, terapi psikologi diiktiraf oleh kedua-dua penyelidik dan doktor sebagai rawatan yang berkesan untuk mengurangkan kekerapan dan keamatan gejala OCD. Rawatan psikologi untuk OCD menekankan perubahan dalam tingkah laku atau pemikiran (kadang-kadang dipanggil cognitions). Apabila rawatan yang sesuai, tingkah laku dan kognitif digabungkan secara bersendirian atau dengan ubat-ubatan akan mendapatkan hasil yang terbaik kepada pesakit. Sesorang individu itu boleh mengetahui sama ada dirinya mempunyai OCD atau pun tidak dengan mempelajari asas-asas mengenai gejala OCD dan bagaimana ia didiagnosis oleh profesional kesihatan yang berkelayakan.
           





[1]  Mohd Al- Adib Samuri. 2010. Ibadah diancam Bisikan Syaitan? . Solusi, Isu no. 24. Hlmn.93

[2] Atrof Ardiansyah. 2013. www.psycholovegy.com/.../definisi. 26 Mei.
[4] Lester A. Lefton dan Linda Brannon. 2008. Psycology.Amerika. Vango Books Sdn. Bhd. Hlm. 606.
[5] James W.Kalat. 2008.Introduction To Psycology. Edisi 8. USA. Thomson Wad Sworth. Hlm. 607-609

[8] Dr.Mohd Nasir Bin Abd Kadir . 2008. http://www.myhealth.gov.my/ . 29 Jun.


[9] Ahmad Syahmi .2011 .http://ahmadsyahmistory.blogspot.com. 22 Januari.

[10] Ibid.
[11] Muhammad Awais Tahir. 2011. islamandpsychology.blogspot.com/. 13 April.
[12] Mohd Al- Adib Samuri. 2010. Ibadah diancam Bisikan Syaitan? . Solusi, Isu no. 24. Hlmn.94
[13] Ibid. Hlmn.94
[14] Ibid. Hlmn. 94