BLACK METAL
syukran ahli group assingment ,husnina
TOPIK 1 : PENGENALAN TAJUK BLACK METAL
Black Metal
merupakankumpulan anti-ketuhanan dan pemujaan iblis melalui muzik- muzik yang
mempunyai rentak yang keras ,sebutan yang sukar difahami dan mengagungkan syaitan.
Isu Black Metal telah pun menular di Malaysia sejak tahun 2001 pada bulan Mei.
Kami akan mengupas tentang asal usul Black Metal ,cabang-cabang dalam Black Metal
,kegiatan –kegiatan dan aktiviti kumpulan ini. Lantaran itu, kami akan mengutarakan
usaha-usaha untuk membendung isu Black Metal yang semakin merunsing kini .
Pada masa
ini,di negara kita sudah banyak tedapat ajaran-ajaran yang terpesong akidahnya
yang muncul dari semasa ke semasa di mana hamper keseluruhannya tidak dapat
dihapuskan oelh pihak-pihak tertentu. Jika ditinjau masalah ajaran sesat ini
ianya bukan sahaja lahir dalam masyarakat umat islam sahaja bahkan semua agama
dan semua bangsa menghadapi cabaran dengan kelahiran ajaran yang menyeleweng
dari ajaran sebenar seperti tragedi Guyana di mana pengikut-pengikutnya seramai
912 orang sanggup membunuh diri dengan meminum racun di bawah pimpinan Jim
Jones.
1.1 : ASAL USUL BLACK METAL
Black Metal yang juga dikenali
sebagai Porn Metal, Punk Metal dan Death Metal merupakan kumpulan yang mengagungkan
dan memuja syaitan melalui muzik. Asalnya pada awal tahun70an ,lahir irama yang
berat selepas irama rock. Irama ini menekankan teknik pukulan drum dan dan teknik
petikan gitar dengan pitch yang kecil tetapi octave yang tinggi. Irama yang
dinamakan Heavy Metal dan Soft Metal Ballad telah dipopularkan oleh kumpulan
The Led Zeppelien, Van Halen(1974), Deflappard (1977), Black Sabbath, Deep Purple
dan lain-lain lagi. Tema yang dibawakan oleh kumpulan ini ialah pemujaan syaitan,
nafsu, seks dan dadah.
Selepas lahirnya aliran muzik rock dan metal yang diperkenalkan pada tahun
60an hingga 80an ,lahir pula satu lagi aliran dalam muzik yang secara langsung telah
mempertuhankan syaitan ,dadah dan seks. Selepas itu, pada awal tahun 90an irama
muzik Black Metal mula menyerlah dan mendapaT
tempat daripada penggemar muzik. Irama muzik kumpulan ini yang membingitkan tanpa
mempunyai lirik yang tersusun sebagaimana sebelumnya juga disebut sebagai
“alternatives’.antara kumpulan yang popular dengan irama ini ialah Cranberries
dan nirvana.Ini kerana mereka bosan dengan muzik sedia ada dan mencampuradukkan
kristiani, zionis dan yahudi dalam muzik ini. Simbol kemegahan ialah salib, bintang lima bucu,
janin bayi, tengkorak dan puaka . Mereka juga suka akan keganasan dan membenci
kasih sayang seperti yang disarankan oleh hadith rasulullah saw, mafhumnya tidak
beriman seseorang muslim jika dia tidak mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi
dirinya sendiri.
Setelah beberapa tahun menyelinap di bawah aliran muzik underground dan
alternative,kumpulan ini akhirnya menonjol di dunia muzik antarabangsa dengan
nama baru iaitu Black metal. Kumpulan ini yang anti agama dan anti kristian
mempromosikan pemujaan hawa nafsu dalam muzik mereka.Sehinggalah pada akhir
dekad 90 an munculnya satu lagi muzik yang agak sama dengan muzik Black Metal
yang dinamakan modern rock. Muziknya yang bersifat tempo yang cepat dan
memberontak serta membingitkan telah dipopularkan oelh kumpulan Linkin Park.
Akhirnya kumpulan ini mula menyerlah di Malaysia pada akhir dekad 90an.
1.2 : SUMBER BERMULANYA MUZIK BLACK METAL
Dr. Yusuf Al-Qardhawi iaitu merupakan seorang ilmuwan islam menjelaskan
mengenai kaum Israel dan kaum islam .Beliau
menyatakan bahawa Israel adalah kaum yang keras hati kerana menolak
ajaran yang disampaikan daripada utusan Allah. Bani Israel juga mengetepikan
risalah kitab samawi iaitu Zabur,
Taurat, Injil dari Nabi Musa dan Al-Quran yang agong. Malah, mereka juga
berhasrat untuk mengubah Al-Quran tetapi menemui kegagalan kerana Allah sud
berjanji akan memelihara Al-Quran daripada sebarang bentuk penyewelengan
sehingga Hari Kiamat.Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 23 dan 24 yang
bermaksud : ‘dan jika kamu meragui Al-Quran yang Kami turunkan kepada hamba kami
(Muhammad), maka buatlah satu surah semisal dengannya dan ajaklah
penolong-penolong kamu selain Allah,jika kamu orang-orang yang benar. Jika kamu
tidak mampu membuatnya, dan pasti tidak akn mampu, maka takutlah kamu akan api
neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu yang disediakan bagi orang-orang
kafir.
Keangkuhan yang tebal dalam
diri orang yahudi, merekameneruskan usaha untuk memalingkan dan memesongkan
akidah orang islam dengan pelbagai cara semata-mata untuk memastikan matlamat
untuk hancurkan islam tercapai. Apa yang ingin dikaitkan di sini ialah,
kegiatan Black Metal dikaitkan dengan propaganda yahudi untuk hancurkan
islam.sebagai bukti, kumpulan yang pertama muncul ialah Black Metal ,Dark Reign
pada tahun 1979 yang mana pemuziknya berasal dari yahudi.
Menurut pendapat seorang penulis, asal usul muzik Black Metal adalah
bertitik-tolak daripada falsafah post-moderisme (pasca moden) yang mempunyai bermacam-macam
trend seperti aliran deconstructionnisme adalam agma kristian, structuralism,
relativism dan lain-lain lagi. Kemuncak daripada proses sekularisasi apabila
seorang ahli falsafah German,Fredrick Nietzshel(m.1900) mengisyhtiharkan tuhan
telah mati lantas meruntuhkan nilai-nilai murni yang diasaskan oleh agama.
Sebaliknya menggunakan akal dan saains yang kononnya mampu menangani masalah
manusia. Selain itu, Fredrick menganggap ilmu dan pengetahuan yang datang
daripada agama sama taraf dengan mitos, tahyul, magik dan lain-lain.
Konklusinya,doktrin inilah yang menjadi penyebab kepada kelumpuhan
masyarakat islam sedunia. Islam sangat memandang berat pemikir-pemikir yang
cuba menggugat akidah umat islam.manusia sudan tidak lagi bertuhankan Allah
sebaliknya bertuhankan syaitan dan membiarkan nafsu bermaharajalela menguasai
diri. Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 3 yang bermaksud; Orang-orang yang menyukai kehidupan dunia
daripada kehidupan akhirat, yang menghalang manusia dari jalan Allah dan
menginginkan jalan yang bengkok. Mereka itu berada dalam kesesatan yang jauh.
TOPIK 2:ISU BLACK METAL DI MALAYSIA
Malaysia
digemparkan dengan isu Black Metal yang berlaku di Kedah pada bulan Mei 2001.
Ternyata, kumpulan anti agama dan anti moral semakin mendapat sambutan masyarakat.Malah,
pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah yang dikategorikan sebagaI remaja telah
terpengaruh dengan kegiatan kumpulan ini.
Pelbagai album Black Metal diedarkan ke seluruh dunia termasuk Malaysia
dengan mengedarkan album, pita video, kaset, dan cekera padat, poster serta
majalah kepada peminat aliran muzik tersebut. Kebanyakan
kumpulan Black Metal di Malaysia menerbitkan pita video lagu Inggeris dengan
menggunakan rentak yang sama tetapi liriknya lebih cenderung kepada ketahyulan
dan mistik. Antaranya contoh liriknya ialah ‘Puteri Kijang Emas ye beautiful name, for thou who do not know thou
hidden mystic, how extensiving yer kingdom’s throne in the vast skies, the
sparkling stars as yer guardiance at the thine palace’.
Walaubagaimanapun, lagu Black Metal tempatan tidak bersifat
anti-ketuhanan dan pemujaan iblis seperti muzik Black Metal barat. Justeru,
satu perkembangan sihat di Malaysia ialah munculnya muzik yang berbentuk nasyid
yang berkisar mengenai mengagungkan Allah ,personaliti Nabi Muhammad ,akhlak
nabi yang mana dapat membuktikan dalam islam juga masih dibenarkan muzik
asalkan muzik itu tidak membawa kepada kelalaian.
Sabda rasulullah s.a.w daripada ali b. abi talib yang bermaksud: “apabila umatku telah membuat lima belas
perkara, maka pasti akan turun bala kepada mereka,iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar pada
orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya.
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinngikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua suatu kaum adalah orang
yang terhina diantara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti
kejahatannya.
11. Khamar(arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain
sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para
artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melakanat(menyalahkan)
generasi pertama(sahabat).
Maka pada
ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka
akan diroboh menjadi makhluk lain”.
Jika diteliti dan difahami hadith di
atas, muzik yang banyak dimainkan merupakan perkara maksiat juga akan
mengundang bala dan kemurkaan Allah. Sebagai umat islam, kita tidak perlulah
mendengar muzik secara berlebihan semata-mata untuk menghilangkan tekanan
mahupun masalah yang dihadapi. Firman
Allah dlam surah Arra’du ayat 28 yang bermaksud : Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingati allah. Ingatlah, dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram.
Maka berbanyaklah berzikir kepadaNya agar kita sentiasa dalam keadaan yang
tenang.
TOPIK 3: KEGIATAN-KEGIATAN PENGIKUT BLACK METAL
3.1: MENGADAKAN PERTUNJUKKAN PENTAS YANG BERTEMAKAN KONSEP LIAR.
Diantara pertunjukkan pentas yang menampilkan unsur-unsur seperti
pemujaan syaitan, roh manusia, kritikan terhadap politik .sosial dan maslah
perkauman. Lizy Boorden,sebuah kumpulan rock Trash Metal yang pernah menyimbah
darah kepada penonton .srlain itu, pemain drumnya, Motley Crue bermain alat
muzik dengan kepala di bawah dan kaki di atas. Tambahan pula, mereka juga menonojolkan unsur-unsur
seks dalam persembahan menyampaikan muzik mereka.
3.2 : CORAK KEHIDUPAN YANG BERLAINAN
Kumpulan ini melakukan tindakan seperti minum darah kambing .perkara ini
hanya dilakukan oleh ahli tertinggi sahaja. Selain itu, mereka memotong kepala
kambing berwarna hitam di tepi pantai dan melukis gambar salib. Ada juga
setengah kumpulan yang menetapkan peraturan utama kepada pengikutnya iaitu
tidak dibenarkan mengadakan apa-apa hubungan dengan wanita sama ada melakukan
hubungan seks atau bercinta. Walaubagaimanapun, mereka tetap minum arak dan
mengambil dadah. Cara pemakaian mereka juga serba hitam dan mengenakan
aksesori-aksesori yang pelik serta melukis tatu dan mempunyai kad nama
berlambangkan Black Metal.
3.3 : MENGHINA AL-QURAN
Dalam
upacara kumpulan ini yang diadakan di kawasan perkuburan ,aktiviti yang
dilakukan ialah mengoyak Al-Quran dan membakar Al-Quran. Malah, ada yang
kencing di atas sisa-sisa Al-Quran mereka yang dibakar . Selepas itu, barulah
persembahan muzik metal secara live dimulakan. Selain itu,apa yang menyedihkan kita ialah , banyak
nama gelaran serta kumpulan muzik Black Metal telah diambil daripada bahasa
Arab dan ayat-ayat Al-Quranyang mana maknanya menjerumus kepada makna negative.
Ini kerana, ramai di kalangan ahli veteran kumpulan itu mempunyai pengetahuan
mengenai Al-Quran malah mereka bukanlah pengikut biasa, mereka juga
mempunyai lulusan universiti.
3.4: MEMILIH KUASA GHAIB SEBAGAI PEMUJAAN
Mereka sering mendendangkan lagu-lagu bertemakan hantu syaitan dan
dadah. Sebagai contoh, penyanyi kumpulan nirvana, Kort Cobain telah membunuh
diri kerana dikatakan terlalu taksub dengan pemujaannya tehadap syaitan
sehingga sanggup bunuh diri untuk mencapai nirvana(penyatuan diri dengan
tuhan).
TOPIK 4: PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA GEJALA
BLACK METAL
4.1 Kegagalan ibubapa dalam mendidik anak-anak
Kegagalan ibubapa dalam memberikan sepenuh perhatian dalam mendidik
anak-anak menjadi punca anak-anak tergolong dalam gejala sosial yang amat teruk
serta mendatangkan kebimbangan kepada orang sekeliling seperti contoh aktiviti
black metal. Hal ini berlaku disebabkan permasaalahan keluarga yang menjadi
kesan anak-anak hilang didikan dan dorongan sehingga mereka terjebak dalam
gejala aktiviti ini. Perkara ini terjadi kerana tidak adanya pengawasan ibubapa
ketika anak-anak berada di dalam atau di luar
rumah.
4.2 Tidak mengamalkan kehidupan yang dianjurkan agama
Kurangnya didikan agama menyebabkan remaja yang di didik oleh ibubapa
adakalanya bersikap biadap dan tidak senonoh sehingga berlakunya perbuatan yang
dilarang oleh syarak islam. Seperti contoh, berzina, membakar al-quran, dan
mempersendakan ajaran islam.
4.3 Terpengaruh dengan unsur-unsur barat
Kebanyakkan remaja pada masa kini,lebih banyak cenderung meminati
unsur-unsur barat yang adakalanya menyebabkan mereka remaja tidak sedar bahawa
mereka lalai dalam mengigati ajaran sebenar islam. Hal ini kerana, remaja
terlalu taksub sehingga tidak sedar bahawa unsur-unsur barat itu menyebabkan
mereka mula terjerumus kepada fahaman anti keagamaan dan anti moral.
4.4 Terpengaruh dengan muzik yang melalaikan
Satu persoalan yang timbul ialah
apakah muzik boleh mempengaruhi keadaan jiwa lantas meghasilkan tindakan yang
bermoral. Adakah muzik dan lirik yang baik boleh mendidik dan membentuk jiwa
lantas menghasilkan akhlak terpuji,atau muzik yang buruk mempengaruhi jiwa
sekaligus mencernakan perbuatan yang tidak bermoral. Muzik lagu dan lirik yang
bertemakan pemujaan sukar untuk dikesan kerana kebanyakkan lagu susah untuk
difahami. Tetapi itu lah perkara yang membimbangkan kerana majoriti generasi
muda dan pelajar melayu minat mendengar lagu
yang sedemikian rupa sehingga mereka tidak sedar akan lagu yang boleh
menyebabkan mereka terpesong akidah dan akhlak.
TOPIK 5: PENYELESAIAN MASALAH BAGI GEJALA
BLACK METAL
5.1 Keluarga
(ibu bapa)
a. Ibu bapa seharusnya mengambil peranan dalam memberikan didikan agama
kepada anak-anak dengan secukupnya. Hal ini, bagi mengelakkan anak-anak dapt berfikir
dengan rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan agar tidak mudah terpengaruh
dengan gejala sosial yang semakin meningkat ini seperti aktiviti black metal.
Walhal itu lah perkara yang membimbangkan ibubapa dalam mencorak anak-anak agar
menjauhi gejala yang boleh meruntuhkan akhlak dan aqidah seseorang individu
itu.
b. Pantauan ibu bapa sama ada di luar atau di dalam rumah juga harus
dititik beratkan supaya ibubapa mengetahui gerak geri anak-anak ketika mereka
berada di luar bersama rakan-rakan mereka. Hal demikian bagi memudah-kan ibu
bapa mengetahui kemana dan dimana pergi anak-anak ketika bersama rakannya,untuk
mengelakkan mereka dari terpengaruh dengan perbuatan yang tidak sihat yang
boleh membawa kerosakkan akhlak dalam diri seseorang yang mula meningkat usia
remaja.
c. Dalam memberikan didikan kepada mereka, ibu bapa perlu kerap dalam
memberikan nasihat dan kata-kata dorongan
yang bermanfaat yang boleh menaikkan semangat mereka dalam melakukan
sesuatu perkara. Hal ini dapat membantu pelajar berfikir dengan baik sama ada
perkara itu baik untuk dilakukan atau tidak.agar tidak mudah dipandang serong
oleh masyarakat sekeliling.
d. Menghadiri program yang berteraskan agama islam secara bersama. Ibu bapa
boleh menerapkan nilai agama dan nilai murni dalam diri anak-anak mereka kerana
dengan cara ini ibu bapa dapat terus
memberikan dorongan ketika anak-anak dalam proses mengenal ajaran islam
dengan lebih mendalam agar mereka tidak mudah terpesong akhlak nya di kemudian
hari. Malah ibu bapa juga dapat menambah ilmu dalam diri ketika bersama-nya.
Aktiviti seperti ini harus ada pada setiap keluarga agar tidak di kata kan
cetek ilmu agama.
5.2 Masyarakat
a. Merapatkan masyarakat dengan institusi agama setempat seharusnya di
ambil berat kerana dengan cara ini dapat menerapkan lebih banyak ilmu agama
dalam diri masyarakat agar masyarakat kreatif dalam mengeluarkan idea untuk
membangunkan Negara islam yang berlandaskan
hukum syarak yang sesuai. Dengan cara
ini , dapat meneruskan kehidupan mengikut perspektif islam.
b. Cara mengelakkan permasaalahan gejala sosial black metal ini semakin berleluasa.
Masyarakat perlu menubuhkan biro khas di masjid bersama-sama atau di
kawasan-kawasan yang berdekatan agar dapat memantau aktiviti yang songsang ini
di rumah-rumah yang kosong dan terbiar supaya tidak menjadi sarang tempat
mereka terus melakukan aktiviti yang tidak bermoral ini.
c. Masyarakat perlu mengadakan aktiviti yang bertemakan akidah islamiah
untuk menarik minat remaja di luar sana untuk mengikuti program seperti
motivasi dan kuliah agama, bagi memberi kesedaran kepada mereka bahawa aktiviti
yang dilakukan dapat menambah sikap nilai murni pada diri. Motif aktiviti ini
diada kan untuk menerapkan nilai cinta kepada agama agar tidak terjerumus ke
lembah maksiat.
5.3 Kerajaan
a. Pihak berkuasa juga harus mengambil berat dalam mencari penyelesaian
masalah gejala sosial ini berlaku. Contohnya, pihak berkuasa perlu menyediakan
pengajaran dan pendidikan islam secara berterusan. Hal demikian, supaya
masyarakat dapat dibentuk dengan adanya bahan-bahan bacaan dan kuliah-kuliah
yang berteraskan agama islam agar tidak dikatakan cetek ilmu agama oleh orang
lain.
b. Memperbanyakkan ceramah dan taklimat agama.
pihak kerajaan harus memperbanyakkan aktiviti yang berteraskan agama islam, supaya
remaja pada masa kini dapat mengikuti dan
mengambil peluang untuk menerapkan nilai-nilai positif dalam diri mereka
agar dapat memaju kan diri dalam semua bidang yang diminati mengikut syariat
islam dan menjauhi larangan nya seperti gejala sosial
Black Metal.
c. Penerangan kuliah agama melalui media elektronik.
Media elektronik juga memainkan peranan dalam menarik
tumpuan masyarakat untuk mengikuti program-program yang dianjurkan oleh pihak
berkuasa agama. Masyarakat dapat menambah ilmu pengetahuan dalam diri.
KESIMPULAN
Konklusinya, sudah terang lagi
bersuluh Black Metal merupakan golongan yang sesat akibat tiada pegangan agama
yang mantap dalam diri. Sebagai seorang muslim, wajib ke atas kita menuntut dan
mempraktikkan dalam kehidupan kita agar setiap yang kita lakukan mendapat
berkat daripadaNya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud diwajibkan ke atas setiap muslim menuntut ilmu.
Manusia mempunyai sifat untuk berubah dan
mampu mengawal dirinya sendiri sendiri,mampu bergerak dan bertindak di dalam
batas-batas yang ditentukan Allah s.w.t. terutamanya manusia itu dikurniakan
akal fikiran dan minda yang amat tinggi kapasitinya. Tetapi,kita masih
menghadapi golongan muslim yang amat
kompleks dan bermasalah pada hari ini . di manakah silapnya islam sehingga
berjumlah yang ramai di atas muka bumi ini terpesong dari akidah yang betul.
Penduduk islam di dunia kini hanya berjumlah 1.57 billion atau nisbanhya ¼
daripada penduduk dunia dan islam merupakan agama kedua terbesar selepas kristian. Mari kita
sama-sama fikirkan berapakah bilangan
umat islam 20 tahun akan datang? Sejarah islam sangat gemilang dengan bilangan
penganutnya ¾ dunia. Oleh itu, kita harus berganding tenaga dalam membendung
isu ini.
Akhir kata,setiap individu
perlumenitik beratkan soal agama dalam hidupnya. Agama seharusnya sipelajari
dengan penuh hikmah yang mampu menusuk dalam hati sanubari dan jiwa raga
penganut agama itu sekali gus dapat mempengaruhi tingkah laku dan perbuatan
penganutnya. Agama yang berpandukan nilai moral dan kerohanian wahyu Allah,
mampu melahirkan manusia yang sempurna pembangunan fizikal luaran dan dalaman.
btl ke tu black metal...npk cm bkn je...aku rase admin ketom lebeh ni...
ReplyDelete