PENGENALAN
Pada era globalisasi kini, penggunaan internet semakin meluas
penggunaanya oleh seluruh masyarakat dunia. Realiti kebenarannya manusia lebih
peka dengan penggunaan teknologi maklumat yang sememangnya semakin canggih dan
cepat jika dibandingkan dengan penyebaran risalah yang dikeluarkan seperti
surat khabar atau majalah di kedai-kedai dan pasar raya. Walhal, internet
adalah sesuatu kegunaan yang boleh mendatangkan kerosakan atau kebaikan
sekiranya individu itu pandai mengambil peranan dalam menggunakannya terutama
kepada perkara yang baik dan bermanfaat seperti melakukan amal makruf nahi
mungkar.
Dalam kontek, definisi “internet’’ adalah sistem perangkaian
antarabangsa yang membolehkan pengguna mencapai maklumat pangkalan data dari
seluruh dunia. ICT dikenali sebagai teknologi maklumat yang digunakan oleh setiap individu seseorang itu dalam mengumpul
data atau menganalisi data untuk menjadikan maklumat yang diperolehi digunakan
bagi menghasilkan maklumat yang pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara,
animasi dan maya. Maklumat dalam ruang waktu yang terbatas dengan cepat telah
menjimatkan masa melalui rangakaian setempat atau globalisasi. ICT yang
dianggap moden ini telah banyak mempercepatkan perhubungan sesama manusia. Di
samping meningkatkan kecekapan pemprosesan dan penyimpanan data serta
penghantaran maklumat.
Malah, laman web yang berunsurkan dakwah dapat memberikan kesan
dalam menarik minat pengguna bagi membaca halaman bahan bacaan yang sedemikian
bagi menambah ilmu pengetahuan yang
sedia ada.
Teknologi maklumat ini boleh dikatakan
sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan
maklumat diperantaraan teknologi. Sebagaimana, disifatkan sebagai satu bentuk
pemudah alih yang membuat pengaliran maklumat secara pantas. Terdapat beberapa
asas penting dalam penggunaan ICT ini:
i.
Teknologi
maklumat untuk mengumpul maklumat daripada setiap web yang dicari kita dapat
mengesan data tersebut.
ii.
Teknologi
maklumat untuk memanipulasi maklumat dan pemprosesan semula imej.
iii.
Teknologi
maklumat digunakan untuk berkomunikasi untuk menjelaskan bagaimana maklumat itu
digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima
Selain
itu, dakwah juga adalah satu perkara yang perlu dititikberatkan dan diambil
peduli oleh seseorang individu pengguna itu sendiri. Dakwah juga tidak hanya
perjumpaan antara satu sama lain. Malah
terdapat perbagai cara dakwah bagi menarik perhatian masyarakat melalui
pengunaan internet seperti penyampaian dakwah di laman web blog, facebook atau
laman sesawang yang lain.
Dari
segi bahasa ‘’dakwah’’ beerti panggilan , seruan atau ajakan. Menurut
ensiklopedia islam pula, mereka mentafsirkan bahawa dakwah membawa pengertian
yang popular sebagai ajakan islam. Terbuktilah tuntutan dakwah .Firman Allah al
Rahman al Rahim yang bermaksud: “Dan
hendaklah ada di antara segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan,
menyeru kepada maaruf dan mencegah dari yang mungkar’ sesungguhnya mereka
orang-orang yang beruntung.
Bagaimanapun,
dakwah adalah satu medium yang memandu manusia untuk terus berada di landasan
yang betul tanpa di pengaruhi oleh persekitaran. Namun, dakwah masih menekankan
konsep keutamaan manusia sebagai makhluk ciptaan allah yang bertanggungjawab
menyembahNya. Dakwah membimbing manusia mengenali keesaan Allah dalam mengatur
cabaran kehidupan.
Oleh
kerana itu, sebagai pendakwah harus peka dengan dunia teknologi maklumat ini, dan celik serta berpengalaman
dalam operasi pendakwahan Rasullulah SAW. Tugasan ini telah membincangkan
tentang faedah internet kepada manusia dalam penggunaan mereka di alam siber.
Malah, dalam pengunaan internet itu sendiri mempunyai cabaran dan isu-isu yang
mengkhususkan laman jaringan social dan blog kepada umat islam. Di samping
kefahaman tentang empat netiket yang
berlandaskan islam yang berasaskan Al Quran dan Sunnah. Walaupun begitu ICT
perlu dicorakkan dengan pelbagai pihak
dalam pelbagai bentuk individu atau organisasi agar dapat melibatkan
diri dengan bijak untuk memahami dan
menyedari tentang etika penggunaan internet dalam pencapaian objek dakwah
islamiyyah yang sempurna tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
TOPIK 1: FAEDAH INTERNET KEPADA
MANUSIA
1.1) ALAT KOMUNIKASI
Dasawarsa
kini, internet merupakan alat komunikasi yang paling berkesan. Internet amat
mudah digunakan juga tidak memakan kos yang tinggi dan mampu dimiliki oleh
ramai individu pada masa kini. Malah melalui internet juga, meberi kemudahan
kepada manusia untuk berkomunikasi pada bila-bila masa dan di mana jua walaupun
berada pada jarak yang jauh. Sebagai contoh, penggunaan melalui internet untuk
berkomunikasi seperti Yahoo Massenger(Ym,) Facebook, Twitter, Myspace,
Friendster dan sebagainya. Penggunaan komunikasi dengan cara ini juga memberi
hasil yang memuaskan kerana ia mampu menghubungkan dengan semua manusia di
seluruh pelosok dunia. Selain berkomunikasi menggunakan teks, ianya juga telah
dipertingkatkan lagi dengan penggunaan suara dan video. Sebagao contoh Sype,
Yahoo Massenger, Facebook yang membolehkan manusia berhubung dengan mendengar
suara dan melihat wajah masing-masing. Malah, komunikasi dengan cara ini juga
tidak memakan kos yang besar berbanding menggunakan telefon yang akan memberi
kesan kepada kadar bil telefon yang melambung tinggi. Bukan itu sahaja,
internet memberi kemudahan komunikasi kepada sesebuah syarikat yang mempunyai
banyak cawangan di seluruh dunia. Mereka tidak perlu memantau perkembangan
syarikat mereka dengan melawat ke setiap syarikat yang hanya akan memakan kos
yang tinggi, malah mereka boleh terus berhubung melalui menggunakan Video
Conferencing ataupun Tele-conference sahaja. Komunikasi cara Ini banyak di
gunakan oleh syarikat-syarikat telefon yang mempunyai cawangan yang banyak di
seluruh dunia.
1.2) MEDIUM
PENYEBARAN MAKLUMAT
Internet merupakan medium yang amat mudah,cepat dan murah untuk mendapatkan maklumat. Dengan penggunaan internet, segala maklumat berada di hujung jari. Berbeza dengan zaman dahulu sebelum adanya perkhidmatan internet, adalah satu perkara yang sulit untuk mendapatkan maklumat. Namun semuanya berubah dengan adanya perkhidmatan internet ini. Pelbagai Maklumat bukan sahaja boleh diperolehi melalui teks, malah di dalam bentuk bergambar mahupun video. Antara laman internet yang terkenal untuk mendapatkan maklumat ialah melalui Yahoo.com, Google.com dan juga search.com. Melaui medium ini juga pembelajaran, hasil kerja, kajian dapat di tingkatkan kualitinya kerana ia dapat dijalankan dengan mudah dan pantas melaui pencarian di internet. Sebagai contoh, pelajar universiti yang menjalankan sesuatu kajian,akan dapat menjalankan kajian nya dengan lebih terperinci melalui pencarian maklumat dari sumber-sumber yang berlainan di internet. Malah mereka juga akan berfikiran lebih kritis dan luas dengan peroleh pelbagai jenis maklumat daripada pihak berbeda yang sudah tentu mempunyai pemikiran yang berlainan antara satu sama lain.
1.3) TRANSAKSI ATAU PEMINDAHAN
Internet juga telah memberi satu impak yang besar kepada manusia apabila ia mampu melakukan sebarang transaksi atau pemindahan yang boleh dilakukan dengan mudah dalam jangka waktu yang amat singkat. Bertepatan dengan era goblalisasi kini, manusia bekerja dan mempunyai masa yang amat terhad. Jadi melalui internet , sebarang transaksi atau pemindahan wang merupakan satu alternatif lain yang membolehkan ianya dilakukan dengan mudah tanpa perlu terkejar-kejar . Sebagai contoh segala urusan pembayaran yang melibatkan bank, bil air, bil elektrik dan sebagainya dapat di bayar terus melalui internet. Antara perkhidmatan yang disediakan pada masa kini ialah Maybank2U yang disediakan oleh Maybank. Bukan itu sahaja, bagi mereka yang berminat dalam pasaran saham juga akan mudah untuk membuat transaksi. Selain itu, melalui transaksi dan pemindahan ini, memudahkan urusan jual beli. Sebagai contoh, tiket penerbangan boleh dibeli terus secara online tanpa perlu beratur panjang. Malah urusan membeli belah juga akan dapat dilakukan tanpa bersusah payah perlu ke luar Negara. Melalui transaksi dan pemindahan, pembelian boleh dilakukan di mana sahaja tidak kira masa dan tempat. Transaksi dan pemindahan melalui internet ini secara tidak langsung mampu juga menjimatkan masa dan tenaga.
1.4) PERNIAGAAN.
Di dalam urusan perniagaan, internet merupakan medium yang amat penting. Meraka yang menggunakan internet dalam bidang perniagaan sudah tentu akan bergerak maju dan jauh kehadapan berbanding mereka yang tidak menggunakannya. Ini kerana, melalui penggunaan internet, peniaga boleh mengiklan dan menjual barang-barang keluaran syarikat mereka secara langsung kepada pelanggan di seluruh dunia. Dengan ini , peniaga pasti mendapat keuntungan yang lebih banyak dan besar. Malah perniagaan mereka juga akan berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Mereka yang menggunakan internet di dalam bidang perniagaan juga dapat menjimatkan masa, kos dan tenaga. Ini kerana, urusan jual beli boleh di lakukan di rumah atau di mana sahaja. Secara tidak langsung, pelanggan juga akan turut mendapat faedah daripada perniagaan melalui internet ini iaitu mereka dapat mengurangkan kos. Pelanggan tidak perlu menghabiskan wang ke luar Negara semata-mata untuk mendapatkan sesuatu barangan yang hanya boleh didapati dengan mudah melaui internet. Malah , pelanggan tidak perlu bimbang lagi untuk bersesak-sesak di pasaraya atau kedai .
1.5)PERUBATAN
Dari sudut perubatan pula, Internet mampu memberi impak yang besar kepada doktor mahupun pesakit. Sebagai contoh, melalui kemudahan Teleperubatan, pesakit tidak perlu hospital. Teleperubatan membolehkan data pesakit di ambil dan segala maklumat tentang pesakit di rekod. Malah melalai penggunaan internet ini juga, pakar perubatan mengambil pendekatan dengan menggunakan telekonferens video untuk memberi membimbing , menasihati dan memberi tunjuk ajar kepada doktor pelatih di klinik perubatan desa. Bukan itu sahaja, pesakit yang mendapatkan rawatan dari luar negara boleh berhubung secara terus dengan pakar perubatan melalui telekonferens video.
1.6) PENTADBIRAN
Internet juga memberi banyak faedah di dalam urusan pentadbiran terutamanya di dalam pentadbiran negara. Dengan kewujudan Bandar pintar seperti Putrajaya dan Cyberjaya, sudah tentu banyak urusan yang perlu dikendalikan oleh oleh pejawat awam yang beroperasi di sana. Jadi dengan adanya kemudahan internet, segala urusan penghantaran tugasan dan laporan serta perkongsian fail hanya dilakukan menerusi e-mel atau mel elektronik. Bagi melicinkan urusan pentadbiran di Putrajaya, sistem pentadbiran di Putrajaya mengaplikasikan penggunaan internet sepenuhnya.
Internet merupakan medium yang amat mudah,cepat dan murah untuk mendapatkan maklumat. Dengan penggunaan internet, segala maklumat berada di hujung jari. Berbeza dengan zaman dahulu sebelum adanya perkhidmatan internet, adalah satu perkara yang sulit untuk mendapatkan maklumat. Namun semuanya berubah dengan adanya perkhidmatan internet ini. Pelbagai Maklumat bukan sahaja boleh diperolehi melalui teks, malah di dalam bentuk bergambar mahupun video. Antara laman internet yang terkenal untuk mendapatkan maklumat ialah melalui Yahoo.com, Google.com dan juga search.com. Melaui medium ini juga pembelajaran, hasil kerja, kajian dapat di tingkatkan kualitinya kerana ia dapat dijalankan dengan mudah dan pantas melaui pencarian di internet. Sebagai contoh, pelajar universiti yang menjalankan sesuatu kajian,akan dapat menjalankan kajian nya dengan lebih terperinci melalui pencarian maklumat dari sumber-sumber yang berlainan di internet. Malah mereka juga akan berfikiran lebih kritis dan luas dengan peroleh pelbagai jenis maklumat daripada pihak berbeda yang sudah tentu mempunyai pemikiran yang berlainan antara satu sama lain.
1.3) TRANSAKSI ATAU PEMINDAHAN
Internet juga telah memberi satu impak yang besar kepada manusia apabila ia mampu melakukan sebarang transaksi atau pemindahan yang boleh dilakukan dengan mudah dalam jangka waktu yang amat singkat. Bertepatan dengan era goblalisasi kini, manusia bekerja dan mempunyai masa yang amat terhad. Jadi melalui internet , sebarang transaksi atau pemindahan wang merupakan satu alternatif lain yang membolehkan ianya dilakukan dengan mudah tanpa perlu terkejar-kejar . Sebagai contoh segala urusan pembayaran yang melibatkan bank, bil air, bil elektrik dan sebagainya dapat di bayar terus melalui internet. Antara perkhidmatan yang disediakan pada masa kini ialah Maybank2U yang disediakan oleh Maybank. Bukan itu sahaja, bagi mereka yang berminat dalam pasaran saham juga akan mudah untuk membuat transaksi. Selain itu, melalui transaksi dan pemindahan ini, memudahkan urusan jual beli. Sebagai contoh, tiket penerbangan boleh dibeli terus secara online tanpa perlu beratur panjang. Malah urusan membeli belah juga akan dapat dilakukan tanpa bersusah payah perlu ke luar Negara. Melalui transaksi dan pemindahan, pembelian boleh dilakukan di mana sahaja tidak kira masa dan tempat. Transaksi dan pemindahan melalui internet ini secara tidak langsung mampu juga menjimatkan masa dan tenaga.
1.4) PERNIAGAAN.
Di dalam urusan perniagaan, internet merupakan medium yang amat penting. Meraka yang menggunakan internet dalam bidang perniagaan sudah tentu akan bergerak maju dan jauh kehadapan berbanding mereka yang tidak menggunakannya. Ini kerana, melalui penggunaan internet, peniaga boleh mengiklan dan menjual barang-barang keluaran syarikat mereka secara langsung kepada pelanggan di seluruh dunia. Dengan ini , peniaga pasti mendapat keuntungan yang lebih banyak dan besar. Malah perniagaan mereka juga akan berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Mereka yang menggunakan internet di dalam bidang perniagaan juga dapat menjimatkan masa, kos dan tenaga. Ini kerana, urusan jual beli boleh di lakukan di rumah atau di mana sahaja. Secara tidak langsung, pelanggan juga akan turut mendapat faedah daripada perniagaan melalui internet ini iaitu mereka dapat mengurangkan kos. Pelanggan tidak perlu menghabiskan wang ke luar Negara semata-mata untuk mendapatkan sesuatu barangan yang hanya boleh didapati dengan mudah melaui internet. Malah , pelanggan tidak perlu bimbang lagi untuk bersesak-sesak di pasaraya atau kedai .
1.5)PERUBATAN
Dari sudut perubatan pula, Internet mampu memberi impak yang besar kepada doktor mahupun pesakit. Sebagai contoh, melalui kemudahan Teleperubatan, pesakit tidak perlu hospital. Teleperubatan membolehkan data pesakit di ambil dan segala maklumat tentang pesakit di rekod. Malah melalai penggunaan internet ini juga, pakar perubatan mengambil pendekatan dengan menggunakan telekonferens video untuk memberi membimbing , menasihati dan memberi tunjuk ajar kepada doktor pelatih di klinik perubatan desa. Bukan itu sahaja, pesakit yang mendapatkan rawatan dari luar negara boleh berhubung secara terus dengan pakar perubatan melalui telekonferens video.
1.6) PENTADBIRAN
Internet juga memberi banyak faedah di dalam urusan pentadbiran terutamanya di dalam pentadbiran negara. Dengan kewujudan Bandar pintar seperti Putrajaya dan Cyberjaya, sudah tentu banyak urusan yang perlu dikendalikan oleh oleh pejawat awam yang beroperasi di sana. Jadi dengan adanya kemudahan internet, segala urusan penghantaran tugasan dan laporan serta perkongsian fail hanya dilakukan menerusi e-mel atau mel elektronik. Bagi melicinkan urusan pentadbiran di Putrajaya, sistem pentadbiran di Putrajaya mengaplikasikan penggunaan internet sepenuhnya.
TOPIK 2 : CABARAN INTERNET ,
KHUSUSNYA LAMAN JARINGAN SOSIAL
DAN BLOG KEPADA UMAT ISLAM.
Umat islam adalah makluk yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T
untuk menyebarkan dakwah. Ia merupakan
tanggungjawab yang mesti dipikul oleh setiap umat islam tanpa kecualian
mengikut kemampuan dan keupayaan masing-masing. Dakwah ialah seruan dan ajakan.
Firman Allah dalam surah al-imran ayat 104 yang bermaksud :“Dan hendaklah ada
dikalangan kamu yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan
Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik , serta melarang segala
perbuatan yang salah (buruk dan keji). Mereka yang bersifat demikian itulah
orng-orang yang berjaya.”
Dalam usaha seorang para da’ie
itu menyebarkan dakwah, terdapat pelbagai rintangan yang bakal dihadapi samada
secara dalaman atau luaran. Seperti iblis, syaitan, manusia, kafir atau munafik
yang sentiasa menjadi penghalang ketika mana mereka sedang menyebarkan agama
islam ini. Dalam firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 22 bermaksud : “Dan
ketika orang mukmin melihat golongan-golongan (yang bersekutu) itu berkata:
‘inilah yang dijanjikan Allah dan RasulNya (kemenangan sesudah mengalami
kesukaran) kepada kita.’ Dan benarlah Allah dan RasulNya. Dan yang demikian itu
menambahkan keimanan dan keislaman mereka.”
Sebagai seorang da’ie juga
mestilah mempunyai ilmu agar dapat menghindarkan manusia daripada kesesatan dan
digoda hawa nafsu.Maksud firman Allah SWT: “Dialah yang mengutuskan kepada kaum
yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayatNya
kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka kitab (al-Quran)
dan hikmah (As-Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam
kesesatan yang nyata.” (Surah
al-jumu’ah: 2) dan “Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan sebahagian besar
di antaramu. Maka apakah kamu tidak memikirkan?” (Surah yasin: 62)
Oleh itu, seorang da’ie mestilah
sentiasa bersabar dan kuat mengharungi cabaran dalam mengembangkan agama islam agar tidak terlalai
dan alpa mengikut peredaran zaman yang semakin maju dan canggih dengan
teknologi masa sekarang. Para da’ie juga sangat digalakkan untuk mendalami ilmu
teknologi agar ajaran islam berkembang dengan mudah dan cepat.
Antara cabaran umat islam dalam menyebarkan dakwah dalam internet:
2.1 Cabaran terhadap penyebaran ajaran yang salah.
Penyebaran ajaran yang salah dan menyeleweng iaitu kepercayaan
ajaran agama yang lain, pendedahan nilai-nilai serta budaya hidup yang negatif
dan bertentangan dengan ajaran Islam. Penyebaran bahan-bahan ini ada dijalankan
secara bersemuka dan tidak kurang juga yang menggunakan media cetak dan
elektronik.
Kesan dan akibat daripada ketaksuban
kepada agama boleh menimbulkan bibit-bibit penyelewangan dari pelbagai
sudut. Ajaran sesat boleh didefinasikan
sebagai sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau orang
bukan Islam yang mendakwa ajaran atau amalan mereka adalah ajaran Islam yang
sebenar sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan
daripada Islam yang berdasarkan Al Quran dan Al Sunnah. Dalam erti kata lain ajaran sesat bermaksud
ajaran yang bertentangan dengan dasar Islam khususnya dalam soal akidah
sehingga kepada perkara haram. Berdasarkan rekod oleh Bahagian Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), lebih 155 kumpulan ajaran sesat telah
difatwa dan diwartakan. (Kosmo,2006:6.)
Pada 16 April 2009, di dalam
internet terdapat ajaran Raelian Movement. Iaitu satu laman web khusus dibina
untuk menyebarkan ajaran songsang peringkat antarabangsa yang boleh dilayari
dalam hampir semua bahasa yang ada atas mukabumi ini termasuklah Bahasa
Melayu(Indonesia). Pengasasnya merupakan seorang jornalis perancis yang mengaku
bertemu dengan makhluk asing pada tahun 1973,
yang dipercayai sebagai “Pencipta” manusia atas bumi ini. Jornalis itu
mendakwa bahawa makhluk asing itu memberitahu bahawa apa yang manusia sembah
dan anggap sebagai tuhan sebenarnya adalah mereka. Merekalah yang menciptakan
manusia dengan teknologi terkini. Makhluk asing itu berpesan agar bersiap sedia
untuk menerima mereka nanti di bumi. Banyak lagi maklumat tentang gerakan ini.
Yang pasti, semua ini perancangan licik Yahudi untuk merosakkan aqidah umat
manusia.
Oleh itu, sebagai umat islam kita digalakkan untuk
berkongsi ilmu pengetahuan sesama umat manusia dan bukanya menyembunyikan ilmu
itu untuk kepentingan peribadi sahaja agar ilmu yang kita dapat benar lagi
sohih. Firman Allah SWT yang bermaksud:“sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan
apa yang telah diperuntukkan Allah, iaitu al-kitab dan menjualnya dengan harga
yang murah, mereka itu sebenarnya tidak memakan ke dalam perutnya melainkan api
dan Allah akan berbicara kepada mereka pada hari kiamat dan tidak akan
berbicara kepada mereka pada hari kiamat dan tidak akan mensucikan mereka dan
bagi mereka seksa yang amat pedih.” (Surah al-Baqarah: 174).
Dengan adanya perkongsian ilmu dari
pelbagai pihak yang terdiri dari pelbagai bidang kepakaran pasti dapat
menangani dan mencari strategi-strategi dakwah yang tercanggih dari semasa ke
semasa. Sesunnguhnya berdakwah melalui internet sudah tentu akan tercapai
dengan lebih optimum jika kemajuan teknologi
ini dapat dikuasai oleh umat islam.
2.2 Cabaran dari segi maklumat dan pemahaman.
Dalam konteks Negara Malaysia, maklumat telah disampaikan melalui
pelbagai medium antaranya melalui penulisan dan lisan. Terdapat juga dari media
seperti filem, video, kaset, radio, televisyen dan lain-lain mengikut
kesesuaian IT sekarang. Penggunaan pelbagai medium dalam menyampaikan dakwah
islam bukanlah suatu yang ditegah malah ianya sangat digalakkan selagi sesuai
dengan ajaran islam dan tidak melampaui batasan etika berdakwah islam. Tetepi
terdapat juga yang mengambil kesempatan menyabarkan dakyah-dakyah palsu. Dakwah
islam adalah untuk menyampaikan kebenaran tanpa menghina orang lain. Firman
Allah SWT yang bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan
hikmah kebijaksaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan
mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.” (Surah al-Nahi:
125)
Dr. Mustafa Ijazi berkata:
“Sesungguhnya telah tibanya waktu untuk mereka memajukan ilmu yang ada pada
mereka seperti ilmu ”Ilmu Kepemudaan”.
Tiba masanya kita mengembangkan ilmu ini kerana pada realitinya ilmu ini tidak
berkembang di pengajian tinggi kita pada masa kini. Ia juga perlu menunjukkan
kepada kita bahawa kita telah meminggirkan kepentingan para pemuda. Kita
perlulah mementingkan tentang pemuda kerana ia merupakan asas dalam pembangunan
negara dari sudut pendudukan kerjaya dan kemasyarakatan.”
Dato’ Hj.Abdul Majid bin Omar (Timbalan Mufti Jabatan
Mufti Negeri Selangor) berkata: “Dalam
konteks perbincangan mengenai tekno-da'ie (teknologi dan pendakwah), ia
memberikan satu peluang kepada mereka yang mempunyai pengetahuan dalam bidang
teknologi untuk berdakwah dan bekerjasama dengan golongan pendakwah dalam
menjalankan kerja-kerja dakwah. Golongan teknologis berperanan dalam membuat
pakej dengan menggunakan teknologi terkini supaya Islam akan dapat disampaikan
dengan lebih berkesan dan cekap.
Golongan pendakwah pula menyediakan bahan kandungan yang amat diperlukan
bagi tujuan dakwah. Perlu disedari bahawa cabaran yang menanti umat Islam hari
ini ialah ketandusan dan kekurangan bahan-bahan Islam yang menggunakan ICT.
Justeru, bahan-bahan Islam yang menggunakan ICT ini perlulah diperbanyak dan
diperkayakan.
Bagi menjayakan matlamat ini, perlu
ada kerjasama di antara golongan pendakwah dengan golongan teknologis. Gabungan
kedua-dua inilah yang akan mencetuskan dan merealisasikan jamaah tekno-da'ie.
Tidak dinafikan bahawa pendekatan dakwah konvensional dan tradisional adalah
penting. Bagaimanapun, perlu diwujudkan satu golongan pendakwah yang mampu
menggunakan ICT bagi tujuan murni ini. Ini kerana rata-rata generasi hari ini
adalah generasi yang celik ICT dan techno-savvy. Untuk menghampiri
mereka ini, perlulah digunakan pendekatan yang terkini dan moden.
Justeru, perlu ada satu golongan
tekno-da'ie yang bijak dan selesa menggunakan ICT untuk berdakwah. ICT dapat
dimanfaatkan oleh pendakwah menerusi dua cara iaitu untuk mencari maklumat bagi
memperkayakan ilmu pengetahuan pendakwah dan untuk menyampaikan mesej dakwah
kepada orang ramai. Kebijaksanaan pendakwah adalah diperlukan bagi tujuan ini
dalam memilih platform dan aplikasi ICT yang terbaik untuk menyampaikan dakwah,
baik menerusi e-mel, laman web, blog, aplikasi perbualan seperti IRC dan ICQ,
penggunaan SMS, telefon mudah alih, animasi, power point dan sebagainya”
Oleh itu, sangat penting kepada para
da’ie untuk menyebarluaskan agama islam yang benar serta mahir dalam teknologi
IT agar mudah menyebarkan dakwahnya dengan mudah dan pantas. Disamping itu,
maklumat dan isi ajaran islam yang hendak disampaikan perlulah bersesuaian mengikut sasaran.
Perbezaan golongan sasaran itu terdiri daripada
mereka yang belum memeluk islam, sudah memeluk islam dan yang ingin
mendalami islam. Maka sudah tentu usaha dakwah akan lebih mencapai matlamat
sekiranya pendakwah mengetahui cara menggunakan IT.
2.3 Cabaran pornografi.
Apakah maksud Pornografi? Pornografi bermaksud bahan bertulis atau
visual yang merangsang keinginan seksual, dan bertujuan untuk memberahikan
pemerhati atau pembaca. Era kecanggihan dan kemajuan teknologi kini telah menyebabkan
bertambahnya cabaran melalui bahan-bahan ponografi yang terdapat dalam pelbagai
media teknologi. Dahulunya bahan ponografi ini hanya terdapat di dalam majalah
playboy sahaja, kini boleh di dapati di pelbagai-bagai web. Umat islam kini
telah terdedah dengan medium baru yang boleh menggoyahkan dan merosakkan iman
serta akhlak mereka. Sepatutnya internet digunakan untuk mencari dan berkongsi
ilmu pengetahuan, tetapi telah bertukar menjadi tempat pemuasan nafsu. Aktiviti menonton ponografi ini boleh
mengundang masalah sosial yang lebih serius antaranya perzinaan, rogol, sumbang
mahram dan gejala seksual.
Menurut seorang pakar Psikologi dari
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM):
mereka yang melayari
internet akan berasa bahawa
mereka seolaholah berada dalam satu fantasi
seksual ciptaaan sendiri. Mereka akan cuba membayangkan bahawa
aksiaksi atau imej siber itu seolaholah gambaran mereka
sendiri yang sedang menikmati aktiviti
seks. Jika perbuatan menikmati bahanbahan lucah di internet
sudah menjadi satu
ketagihan, pasti seseorang akan lalai tentang tanggungjawabnya
kepada Allah. Syaitan pula akan tersenyum lebar
melihat manusia yang terpijak perangkap dosa ciptaan teknologi internet.
Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud: "Jangan kamu
hampiri perbuatan zina kerana ia adalah amalan yang sangat keji".
Selain daripada web, telefon bimbit
juga adalah salah satu medium menyampaikan ponografi. Pada tahun 2004, terdapat
14.2 juta orang menggunakan telefon bimbit dan 30 peratus di antaranya pelajar
yang berumur 15 tahun. Dengan menggunakan telefon bimbit 3G ia memudahkan
mereka untuk lebih mudah terjerumus terhadap gejala yang tidak sihat tersebut.
Ibu bapa juga perlu memainkan peranan bagi mengelakkan anak mereka dari terjerumus
ke lembah-lembah yang tidak bermoral ini.
Sabda Nabi Muhammad SAW yang
bermaksud : “Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran maka hendaklah dia
mengubah dengan tangannya (kuasa) kalau tidak mampu hendaklah mengubah dengan
perkataan, kalau tidak mampu hendaklah dia mengubah dengan hati, dan itulah
bentuk iman yang lemah.” (Sahih Muslim, Bab al-iman)
Ayat ini menerangkan kewajipan umat
islam untuk menegur kemungkaran dengan cara berhikmah demi kebaikan agama
dan mengembangkan ajaran islam dengan
lebih terperinci dan tegas lagi terutama sejak mereka kecil lagi. Sesuai dengan
peribahasa yang menyatakan “lentur buluh biarlah sampai rembungya”.
Inilah tugas sebagai para pendakwah. Seperti firman Allah SWT:“Kamu adalah umat
yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan
mencegah dari yang mungkar” (Surah ali-Imran: 110)
Modal yang perlu ada pada setiap
pendakwah ialah modal agama, pendidikan yang betul dan kebijaksanaan selain
mempunyai rasa tanggungjawab untuk mengetahui tabiat manusia, masyarakat dan
alam sekitar serta mempunyai kesungguhan meneroka disiplin ilmu sesuai aktiviti
dakwahnya. Pendakwah atau petugas amar makruf dan nahi munkar mesti berusaha
menerapkan pembawaan sederhana, bersikap mencegah bukannya menghukum dan berupaya
bercakap dalam bahasa moden sesuai dengan sasaran.
2.4 Internet boleh meruntuhkan silaturrahim.
Kewujudan internet kini lebih memudahkan umat islam dalam melakukan
pelbagai perhubungan samada secara e-niaga, e-commerce serta e-dakwah yang mana
memudahkan umat islam untuk mencari dan bertanya tentang pelbagai isu semasa
dan bab agama. Perkembangan multimedia secara langsung membantu meningkatkan
kefahaman manusia dalam soal-soal agama. Semua kerja dapat dijalankan dengan
cepat dan efektif. Umpamanya, dengan adanya emel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan
negara, masa dan ruang. Selain itu, pembangunan dakwah menerusi multimedia juga
dapat mengeratkan lagi hubungan antara
masyarakat islam Malaysia, sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara. Mereka boleh
saling memberi dan menerima pendangan,
nasihat menasihati dan saling tegur menegur antara satu dengan yang
lain.
Namun dengan kemajuan ini juga telah
menyebabkan berlakunya pergaduhan, penceraian dan terputusnya silaturrahim.
Perkara ini kebanyakannya berlaku dikalangan pasangan yang sudah mendirikan
rumah tangga. Punca utamanya ialah pasangan gagal menjalankan tanggung jawab
masing-masing. Walaupun tidak diperincikan bentuk kegagalan tersebut, sedikit
sebanyak jelas pengabaian tanggungjawab itu memang berpunca dari laman web
sosial masing-masing seperti facebook,
twitter dan myspace. Sebagai umat islam kita haruslah menasihati mereka agar
mereka tidak terburu-buru menyelesaikan masalah dengan bercerai.
Daripada Anas r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda : "
Janganlah kamu saling benci-membenci, dengki-mendengki, belakang-membelakangi
dan pulau-memulau. Dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara (dengan
berkasih-sayang dan ziarah-menziarahi). Dan tidak halal bagi seorang muslim
meninggalkan (memulaukan) saudaranya lebih dari 3 hari ". (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Berita semasa 25 november 2010
mengatakan: Menurut maklumat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sebanyak
27,110 kes perceraian telah direkodkan daripada 135,136 perkahwinan yang telah
didaftarkan pada tahun 2009. Ini disebabkan laman sosial yang disalahkan
gunakan oleh pasangan masing-masing.
Tidak ada perselisihan ulama bahawa
mengeratkan silaturrahim sesama saudara hukumnya wajib sebagaimana perintah
Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam ayat di bawah ini bermaksud:“Dan bertaqwalah
kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta
peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah
sentiasa memerhati (mengawas) kamu.” (Surah an-Nisaa’: Ayat 1)
Justeru, dalam islam sangat
ditegahkan agar saling bertolak-ansur antara satu sama lain supaya perhubungan
silaturrahim suami isteri, kaum kerabat serta sahabat handai tidak terputus. Dengan wujudnya
bertolak-ansur lebih mudah untuk manusia menjalankan aktiviti perniagaan atau
apa sahaja yang berkaitan. Penerapan nilai-nilai murni juga sangat penting
dalam menyampaikan atau menerima maklumat terutamanya dalam dakwah. Ini kerana
pengaruhnya yang amat besar dalam masyarakat. Jika ia tidak digunakan untuk
perkara-perkara positif ia akan diambil alih dan dipenuhi dengan aspek-aspek
negatif. Maka akan berlaku lebih serius masalah yang tidak diingini. Oleh itu,
semua umat umat islam diwajibkan untuk menyebarkan dakwah terutama pada zaman
yang sangat terkenal dengan kemajuan dan kecanggihan IT ini.
TOPIK 3: NETIKET YANG BERLANDASKAN SLAM BERSANDARKAN AL-QURAN DAN
ASSUNAH
Netiket adalah
etika dalam berkomunikasi di alam maya atau lebih menekankan etika- etika yang
perlu dijaga ketika menggunakan internet. Topik ini akan menfokuskan kepada
umat Islam yanag mana dicipta oleh Allah ke bumi ini dan kewajipan seorang
hamba itu ialah beribadah kepada penciptanya dan menjadi khalifah. Tugas
seorang khalifah iaitu dengan menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Maidah ayat 79 yang bermaksud : “ mereka
antara satu sama lain tidak pernah menegah tindakan mungkar yang mereka
lakukan. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereKA telah lakukan”. Internet
merupakan salah satu medium yang sangat efisyen kini untuk mendapatkan ilmu dan
maklumat. Sangat mudah untuk mendapatkan maklumat yang dicari hanya dengan
menaip sahaja dan segalanya hanya di hujung jari. Walakin, apa yang dikhuatiri
, adakah maklumat yang dicari dari sumber yang sohih? Atau maklumat tersebut
fitnah semata-mata. Sebagai umat Islam pensyariatan yang telah di tetapkan oleh
Allah merangkumi seluruh aspek kehidupan antaranya dari aspek akhlak, ibadah,
muamalat , munakahat dan jenayah. Role model yang perlu kita sanjungi
iaitu Nabi Muhammad s.a.w. iaitu pesuruh Allah. Sabda Rasulullah yang
bermaksud, “ sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia” .
Sudah terang lagi bersuluh, akhlak nabi sangat mulia. Diriwayatkan dari Aisyah
r.a. : “akhlak nabi ialah Al-Quran”.
Oleh itu, dalam
apa jua perkara telah digariskan adab-adab atau etika-etika yang kita perlu
ikut. Begitu juga dalam penggunaan internet.
3.1: Mengelakkan sebarang pendustaan.
Netiket yang pertama ialah mengelakkan sebarang pendustaan dalam
menggunakan internet. Pendustaan disini merujuk kepada penipuan atau pembohongan
maklumat yang diletakkan di dalam laman web, blog atau sebagainya. Sebagai
contoh, dalam penulisan blog, kita member maklumat yang salah dan samar- samar.
Oleh yang demkian, pendustaan tersebut akan tersebar luas dan puncanya adalah
dari penulis tadi. Sebagai seorang pengguna juga, kita perlu bijak memilih
maklumat yang dicari dan tidak menerima bulat-bulat terhadap maklumat yang
dapat. Dalam Islam, terdapat enam prinsip
yang disebut dalam Al-Quran sebagai ‘qaul’ iaitu qaulan sadidan, qaulan
balighan, qaulan mansyuran, qaulan layyinan, qaulan kariman, qaulan ma’rufan.
Prinsip qaulan sadidan sangat berkait rapat dengan netiket yang
pertama ini. Qaulan sadidan ialah perbicaraan yang jujur,benar, lurus, tidak
berbohong dan tidak berbelit.
Pemberian maklumat yang salah akan
menjadikan masyarakat rosak. Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “
jauhi dusta, kerana dusta itu membawa kepada dosa, dan dosa itu membawa ke
neraka”. Oleh itu, sebagai umat Islam, kita digalakkan agar tidak berbohong, mengelakkan
pendustaan dan perbuatan ini ditegaskan oleh Rasulullah bahawa ianya satu dosa
yang membawa kita ke neraka. Al-Quran menyuruh kita selalu berkata benar supaya
kita tidak meninggalkan keturunan yang lemah dan dengan kejujuran akan
melahirkan kekuatan.
3.2 : Menggunakan internet dengan tujuan yang baik atau medan
mendapatkan ilmu.
Netiket yang seterusnya iaitu menggunakan internet dengan tujuan
yang baik atau medan untuk mendapatkan ilmu. Lebih kurang 800 tahun dahulu,
tradisi pemilikan ilmu terletak di tangan umat Islam. Namun, pada hari ini
generasi Islam kini mundur di mana negara Barat ketika ini sedang bergerak
maju. Menurut Ibnu Khaldun sebab runtuhnya umat ini adalah keran kerosakan
nilai moral. Kemajuan teknologi dan agama adalah bersifat seiring, saling
berkaitan. Hakikatnya, Islam tidak pernah menentang kehadiran teknologi. Akan
tetapi, terdapat etika yang mesti
dijaga. Kini, kewujudan laman web dan
portal Islam merupakan sinar baru dan dijangka mampu menyuluh umat Islam
daripada kejahilan dan kesesatan dalam menggunakan ICT. Seterusnya, ledakan ICT kini sebagai
wahana baru dalama arena dakwah. Kini semua pendakwah atau seseiapa sahaja
boleh berdakwah 24 jam sehari. ICT mahupun internet harus diterima sebagai satu platform baru
dalam gerakan dakwah. Walaubagaimanapun, Islam telah meletakkan adab dan etika
tersendiri dalam mengaplikasi teknologi dalam kehidupan yang mana telah wujud
satu abad yang lalu. Umat Islam perlu lebih berhati-hati terhadap input-input
yang diletakkan di corong-corong internet kerana ianya dapat member kesan
terhadap ketakwaan kepada Allah yang Esa.
Sebagai contoh, pihak yang tidak
bertanggungjawab mengadakan fitnah perlu ditentang oleh umat Islam sendiri
khususnya seperti yang berlaku beberapa
tahun lepas iaitu umat Islam digempurkan dengan isu karikatur Rasulullah. Ini
merupakan fitnah yang besar kepada agama suci Islam dan telah menaikkan
kemarahan umat Islam. Sabda Rasulullah
s.a.w maksudnya : “ siapa yang
berdusta keatasku dengan sengaja maka dia telah menemoah tempatnya di dalam api
neraka”. Isu karikatur Rasulullah sebenarnya akibat daripada kelemahan umat
Islam sendiri kerana tidak bersatu dalam pelbagai isu-isu yang lain seperti isu
Palestin, isu Masjidil Aqsa, isu penggunaan kalimah Allah dan pelbagai isu0isu
lain juga yang menyebabkan umat Islam itu dipandang rendah oleh golongan kafir
sehingga ada yang berani menghina Nabi Muhammad. Sabda baginda yang bermaksud :
“ sesiapa yang hidup selepasku nescaya akan melihat banyak perselisihan. Maka
tetapkanlah kamu dengan sunnahku dan sunnah khulafa Arrasyidin yang telah
diberikan petunjuk, dan genggamlah ia serta gigitlah ia dengan gigi geraham
kamu. Maka jauhilah kamu daripada perkara bidaah kerana bidaah itu membawa
kepada kesesatan”. Berdasarkan hadith tadi, Rasulullah telah mengingatkan kita
agar sentiasa berhati-hati dalam perkara yang kita laksanakan.
3.3 : Tidak mempamerkan bahan pornografi.
Netiket yang ketiga ialah tidak mempamerkan video dan gambar lucah.
Era kecanggihan internet mendedahkan satu lagi cabaran getir iaitu serangan
bahan pornografi melalui web. Kini ratusan ribu laman web sedia mendedahkan gambar lucah yang boleh
merosakkan pemikiran umat Islam khususnya. Islam mensyariatkan umatnya supaya
menutup aurat lebih-lebih lagi kaum wanita. Begitu juga lelaki mempunyai
batasan-batasan yang wajib ditutup. Firman Allah dalam surah Al-A’raf ayat 26
bermaksud : “wahai anak-anak cucu Adam! Janganlah sampai kamu tertipu oleh
syaitan sebagaimana halnya dia ( syaitan) telah mengeluarkan ibu bapamu dari syurga,
dengan menaggalkan pakaian keduanya untuk memperlihatkan aurat keduanya.
Sesungguhya dia dan tenteranya dapat melihat kamu dari suatu tempat yang kamu
tidak bias melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan
itu pepimpin bagi orang-orang yang tidak beriman”. Perintah Allah ini adalah
untuk menjaga kemaslahatan umat manusia.
Ibnu Taimiyyah menyebut : “
sesungguhnya syariat Islam itu didatangkan untuk mencapai kemaslahatan serta
menyempurnakannya, dan mengelakkan kerosakan. Ibnu Qaiyyim juga berkata : “
sesungguhnya syariat Islam ditegakkan atas dasar mendatangkan kebaikan dan
kemaslahatan, iaitu untuk kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Ia
adalah adil kesemuanya, rahmat kesemuanya, maslahat ksemuanya dan kesejahteraan
semuanya.
Oleh itu, JAKIM sebagai peneraju
Islam di negeri ini tidak juga ketinggalan menggunakan internet lebih-lebih
lagi dalam medan dakwah. Laman web portal (www.islam.gov.my) mencerminkan usaha seriusbagi membendung gejala buruk di
internet. Jadi, pilihan di tangan kita untuk gunakan internet sebagai medium
memuaskan hawa nafsu atau keperluan kita mencari maklumat dan ilmu. Firman
Allah dalam surah Al-Jatsiyah ayat 23 bermaksud : “ maka pernahkah kamu melihat
orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya
sesat dengan sepengetahuanNya, dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya
serta meletakkan tutup atas penglihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah (
membiarkannya sesat)? Mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?
3.4 : Tidak lalai menggunakan internet.
Netiket yang terakhir ialah tidak lalai menggunakan internet
sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan yang paling
penting sebagai seorang muslim . Seperkara lagi, kerana sibuk melayari laman
web, facebook, twitter dan blog kita terlepas dari nikmat kemanisan bacaan
Al-Quran dan zikrullah khususnya bagi anak muda, permainan online sudah cukup
sebagai alas an bagi mereka melengah-lengahkan solat. Firman Allah dalam surah
Al-Mukminun ayat 1 hingga 3 bermaksud: “sesunnguhnya berjayalah orang yang
beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.Dan mereka menjauhkan diri
mereka daripada perkara sia-sia”.
Selain itu, internet dapat membawa manusia
leka dengan masa. Perkara ini perlulah di elak dan kita perlulah bijak
membahagikan masa. Bak kata pepatah masa itu ibarat emas. Firman Allah dalam
surah Al-asr yang menceritakan Allah bersumpah demi masa (kerana masa
mengandungi banyak keajaiban dan pen gajaran yang menunjukkan kekuasaan dan
kebijaksanaanNya) bahawa manusia tidak akan terlepas daripada kekurangan dalam
perlakuan dan keadaannya, kecuali orang yang benar-benar beriman dan beramal
soleh , saling menasihati antara satu sama lain, berpegang teguh dalam
kebenaranyang mengandungi segala kebaikan, dan saling menasihati untuk bersabar
dalam melaksanakan apa yang diperintahkan kepada mereka dan dalam menjauhi
segala larangan.
Tambahan lagi, etika yang perlu
dijaga ialah tidak melakukan jenayah seperti mencuri maklumat atau menceroboh
masuk (hacking). Perbuatan ini samalah dengan perbuatan mencuri dan ianya
dilarang keras dalam Islam. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Maidah ayat 38
yang bermaksud: “lelaki yang mencuri dan wanita yang mencuri, maka potonglah
(pergelangan) tangan (kanan) mereka sebagai satu pembalasan terhadap apa yang
mereka telah kerjakan dan sebagai seksaan daripada Allah ”.
Islam merupakan agama yang syumul.
Lantas, seluruh aspek kehidupan manusia tidak dipisah-pisahkan. Segala
hukum-hukum yang diperundangkan adalah bermatlamat untuk pembentukan akhlak dan
siasah seseorang itu. Sabda Rasulullah
s.a.w yang bermaksud : “ Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi
daripadanya”. Dalam mengejar kemajuan semasa contohya dalam penggunaan internet
ada etika yang perlu kita laksanakan agar segala permasalahan dapat dibendung.
KESIMPULAN
Alhamdullilah bersyukur kepada allah
dengan limpah kurnianya yang telah
memberikan kami kesihatan yang baik,dalam memyempurnakan tugasan yang
diberikan kepada kami.Sebelum itu, kami ingin menyimpulkan input-input yang
kami dapat dari awal tugasan hinggalah akhir tugasan kami.Berdasarkan kajian
yang telah kami lakukan berkenaan tajuk iaitu ICT dan dakwahyang sangat berkait
rapat dan sama memerlukan.Pada hari ini,kita dapat mengetahui bahawa manusia
dilengkapi dan dikelilingi dengan pelbagai kemudahan yang serba
canggih.Contohnya perkembangan ICT .Disni kita dapat lihat perkembangan ICT
bergerak seiring dengan Negara Malaysia yang bertambah maju.Tidak hairanlah
jika Negara Malaysia setanding dengan Negara-negara lain seperti Amerika syarikat,England,Eropah
dan Chinayang maju kerana Negara mereka mendominasi dunia dengan kecanggihan
teknologi.Banyak kegunaan ICT yang boleh diketahui sama ada baik atau
buruk.Kita ambil contoh mudah seperti internet yang tiada bersempadan.
Pada masa kini
kita dapat lihat,setiap rumah mempunyai internet sama ada menggunakan
WI-FI,Streamix,atau broadband.Penggunaan internet juga tiada had umur,sesiapa
sahaja boleh menggunakan iaitu dari kanak-kanak hinggalah dewasa.Disamping
itu,kita memerlukan teknologi yang boleh menyambungkan internet seperti
komputer,I-Pad,laptop dan telefon.teknologi seperti ini juga sangat penting
untuk melayari internet kerana tiada teknologi.kita tidak boleh untuk melayari
internet,namun kini teknologi seperti ini tidak dibimbangkan lagi kerana
terdapat pelbagai jenis dan jenama yang boleh didapati dimana sahaja dan
mengikut citarasa penggunanya.Dengan ini kami dapati bahawa internet dan
manusia tidak dapat dipisahkan bagai “isi dengan kuku”dan mereka menganggap
tanpa internet kita akan digelar manusia ketinggalan zaman atau manusia kuno.
Tidak dinafikan
bahawa internet sebagai medium untuk mencari maklumat tapi perlu tahu etika
ketika menggunakannya.jika kita salah menggunakan internet ia akan memberi
kesan buruk kepada diri sendiri dan inilah yang terjadi kepada zaman sekarang
sepeti hiburan yang melalaikan,gejala sosial yang berleluasa dan perpecahan
ummah.kita perlu membendung perkara tersebut sebelum terlambat.”mencegah lebih
baik dari merawat”.Kita sebagai umat islam perlu mencari solusi untuk
menyelesaikan perkara tersebut salah satunya dengan pengunaan ICT sebagai
medium dakwah.Tidak dinafikan penggunaan ICT dalam dakwah kurang digunakan,tapi
kita hendaklah mentransformasikan yang baru dalam dunia dakwah dan tidak
meniggalkan cara yang lama begitu sahaja.
Apa yang dimaksudkan ICT sebagai medium
dakwah ialah pendakwah boleh menggunakan intenet untuk dijadikan sebagai medium
utama dalam menyampaikan sesuatu maklumat selain daripada surat khabar dan
majalah.Disini kami bukan tidak bersetuju dengan penggunaan surat khabar
dijadikan sebagai dakwah tetapi dengan penggunaan internet masyarakat dapat
mengetahui informasi dengan cepat kerana masyarakat setiap masa dengan internet
sehingga tiada masa untuk membaca.Selain itu,memudahkan para pendakwah yang
ingin menyampaikan dakwahnya dan berita-berita terkini seperti saudara islam
kita di Palestin,Syria dan Negara Islam yang lain.Mereka tidak perlu bersusah
payah untuk menghantar maklumat tersebut ke setiap rumah.
Disamping
itu,dakwah dapat disebarkan dengan
meluas dan cepat bukan setakat di Malaysia malah Negara lain juga dapat
menerima maklumat tersebut.Dengan penggunaan ICT juga dapat menjadikan para
pendakwah seorang yang berfikiran kreatif dan kritis dengan menggunakan idea
yang bernas untuk menarik minat masyarakat mendekati meraka dan tujuan paling
utama adalah memastikan maklumat itu benar dan sampai kepada masyarakat dan
dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian.Cara yang boleh dilakukan oleh
seorang pendakwah ialah mencipta laman sesawang yang baru untuk dijadikan
medium dakwah selain facebook,twitter,dan blog.Laman sesawang tersebut tidak terhad kepada umat islam tetapi kepada
orang bukan islam.
Selain itu,dakwah
mengunakan ICT dapat meningkatkan martabat umat islam dipesada dunia.Seperti
yang kita ketahui pada hari ini umat islam ketinggalan dalam pelbagai
aspek.umat islam dianggap tidak wujud padahal
Islam adalah agama yang gemilang pada suatu masa dahulu,tetapi apa yang
berlaku pada hari ini sangat menyedihkan kerana sikap umat islam yang takut
untuk mencuba sesuatu yang baru dan masih dengan takuk yang lama.mereka
mengharapkan bulan jatuh ke riba tanpa usaha.kita perlu ubah tabiat dan
tinggalkan perkara negatif. kita perlu cuba memperbaharui sesuatu yang baru
lebih-lebih lagi dalam bidang ICT yang sangat dekat dalam diri masyarakat.Ini
tidak mustahil zaman kegemilangan umat islam akan kembali dan secara tidak
langsung dapat meningkatkan nama dan martabat umat islam.
Kesimpulannya,ICT
sangat penting kepada umat islam pada hari kerana umat islam perlu lebih jauh
daripada orang bukan islam.Kita sebagai umat islam mempunyai misi yang besar
dalam dunia dakwah.Oleh itu,gunakanlah kemudahan yang ada dengan sebaik mungkin
dalam memebina ummah yang gemilang.kami berharap umat islam tidak mensia-siakan
kemudahan tersebut dengan perkara yang negatif dan jadikan ICT sebagai medium
yang boleh memberi manfaat kepada seluruh masyarakat.Sampai sini sajalah
kesimpulan yang boleh kami berikan.Sekin terima kasih.
BIBLIOGRAFI
1)
Abu Bakar Abdul Majeed & Serina Othman. 1998. Cabaran
Teknologi Maklumat dan Internet: Agenda Umat Islam.Kuala Lumpur: Institut
Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
2)
Sharifah Azizah Sahil Jamalullail. 2001. Teknologi Maklumat dan
Harapan ,Cabaran dan Barakah. Kedah: Institut Agama Islam Kedah.
3)
Salamiah Mat Sah. 2006. Isu dan Cabaran Media di Malaysia.
Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia(USM)
4)
Dr.Aznan Zuhid Saidin.2012. Etika
Islam dalam ICT. Majalah Solusi. Isu No.49
5)
Syahrul Nizam Junaini. 2008. Internet dan Umat Islam: Madu atau
Racun? .Al-Islam. Mei.
6)
Abu Bakar Abd Majid & Siti Fatimah Abdul Rahman. 2000. Multimedia
dalam Islam. Kuala Lumpur: Percetakan IWC Sdn.Bhd.
7)
Shaikh Mohd Saifuddeen bin Shaikh Mohd Salleh. 2000. Memahami
Islam Melalui Teknologi Maklumat & Komunikasi. Kuala lumpur :
Percetakan IWC Sdn.Bhd.
terima kasih dik..akk jadikan rujukan esaimen akkuntuk tajuk nie
ReplyDelete